Diari Mengandung: Pengalaman trimester pertama Annur

Assalamualaikum. Esok 28 Ogos 2012 akan genap masuk minggu ke-12 kehamilan Annur. Alhamdulillah aku dapat melepasi tempoh 3 bulan pertama yang sangat-sangat tak selesa. Aku hampir-hampir dimasukkan ke wad sebab Hb (haemoglobin) terlalu rendah~7.5 gm%. dimana Hb optimum untuk ibu adalah 11-13 gm%
Selain mual, loya dan vomitting, deria bau aku jugak jadi hyper-sensitive dimana bau lori sampah yang jauh berbatu pun aku boleh hidu. Perfume yang selama ni wangi (termasuk perfume favorite aku) tak semena-mena jadi busuk dan memeningkan. Semua benda yang dulunya wangi, sedap dan mengasyikkan, berubah jadi busuk dan meloyakan. Apa yang wangi?..hanyalah bau Mr Asben gua jer. Tobak pon!

Keadaan emosi pulak, selalu je nak nangis.. Adik aku rampas remote control Astro dan tukar siaran lain pon, aku boleh sentap~ lari masuk bilik nangis. Tidur malam pulak, kaki selalu kejang, selalu terjadi kat bahagian betis. Sakit yang amat! Bila bangun dari katil, mesti gelap mata nak pitam. Walaupun aku dah bangun slow-slow, gelap mata tu tetap jadi jugak. This could be due to low blood-pressure and haemoglobin. Untung ade hubby yang selalu ringan tangan memicit kepala ngan bahu walopon tak diminta. Sedapp sangat!

Dari segi fisiologi pulak, aku selalu mengalami kesejukan tak kira pagi petang atau malam, sakit-sakit bahu, sakit belakang dan pinggang. Bila berjalan pulak, aku akan rasa sakit tajam menusuk dan sengal di bahagian bawah perut atau ari-ari. Disebabkan sakit, aku pegang je perut setiap kali melangkah. Memang perut tak besar lagi, tapi taktau nak cakap. Aku rasa macam segala isi perut aku nak terjelabak keluar je bila berjalan. Tapi dua tiga hari ni sakit tu dah makin kurang..syukurlah~

Oke lah, setakat ini dulu coretan pengalaman pertama si mommy-to-be =) Mr Asben pesan takleh ngadap laptop sangat, tak elok untuk baby, bcoz of its radiation. Ape-ape pon, perhatian dan bantuan Mr Asben sangat-sangat meringankan beban dan membuatkan aku terharu.


buku diari hamil keluaran telaga biru

Just got it from a person that really care bout me
manual diari hamil


Annur: Second trimester awaits! Kena lebih fokus dalam diet untuk mencapai Hb sekurang-kurangnya 12. Go! Go!

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Alhamdulillah.. tahniah syu.. nak jdi mommy daah dia.. hehe.. tahniah syu..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. tahniah syu.. nak jdi mommy daah dia.. hehe.. tahniah syu..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama19:59

    mekaceh..doakan selamat sampai baby lahir na..

    BalasPadam
  4. jaga diri baik2 :)

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama08:59

    =) dilakukan dgn yg terbaik..

    BalasPadam
  6. semoga syu diberi kekuatan dan kesihatan yang baik..

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. semoga selamat dan dipermudahkan

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama08:23

    mekaceh fiza..aminn mudah2an gitu la..

    BalasPadam
  10. syu dh pregnant??? ya Allah, lamanya x keep in touch kan? tahniah! hope x terlambat... mcm x percaya tau syu dah kawen dan x lama lagi nak jadi ibu... take care, semoga semuanya baik2 saja

    ps: salam aidilfitri, maaf zahir batin

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama13:47

    mekaseh yana..tu la..life goes on~

    ;)

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y