[REVIEW] Calcium plus Vita D Safwa-Health

Assalamualaikum..
Kali ni aku nak review sejenis supplement kesihatan yang aku ambil. Haha, sebelum ni aku asyik hentam produk-produk makanan tambahan kan? Kemain lagi kau Annur! Hahaha...sikit lagi kau pulak yang kena hentam..acaner?

Ok, ok..sebelum tengok apa komen aku tentang produk ni, izinkan aku hurai sedikit sebanyak tentang supplement kalsium dari sudut pandang saintifik dan farmaseutik.


Fungsi Kalsium
Kalsium berperanan penting dalam menstabilkan degupan jantung dan penghantaran signal saraf. Ia jugak diperlukan dalam mekanisma pengecutan otot dan mengelakkan kekejangan (cramp).

Bukan tu je, kalsium ni unsur terpenting dalam mengekalkan kepadatan jisim tulang. Supplement kalsium juga diperlukan oleh wanita yang mengandung untuk menampung keperluan kalsium ibu dan anak. Tapi...ha ada juga tapi nye kan..hehe?

Tapi apa? Tapi kalsium bukan untuk tulang je tau.. kalau nak tahu, kalsium juga dapat mengurangkan risiko mengalami pre-eklampsia semasa mengandung! Ibu hamil yang mengalami darah tinggi boleh mengambil kalsium sebagai tambahan dan secara tak langsung boleh menurunkan darah tinggi semasa hamil.

So, setelah aku amalkan Safwa-Health Calcium ni, apa yang aku rasa?

Jom tengok!


     Masa mengandung aku tetiap malam akan cramp otot betis. Sakit nye, hanya tuan punya diri yang tahu. Sampai terbit air mata katakau! Bila aku mkn calcium, kejang tu masih berlaku, tapi berkurang sikit. Dia jadi malam-malam yang sejuk, hujann atau time bila selimut terpelanting ke lantai.. *terpelanting ke? ehh really?*
     Harga? Aku beli RM 38.99, ada 90 biji kapsul lembut. Bagi aku, boleh tahan la harganye. Kalo habis sebotol, kiranya aku tak kisah la nak beli lagi. 
     Paling penting, halal. Produk keluaran Australian muslim. Dengan status GMP dan IMP.

Lebih kurang gini la rupa packaging nya. Cuma yang aku beli ada 90 biji. yang ni 60 je.
Safwa Health Calcium and Vitamin D

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. menyimak dan membaca mba :)

    BalasPadam
  2. Akak pun masa peknen just minum susu ja. Crem betis pun dah memang biasa dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann..hanya org perempuan je tahu cemana rasanya..

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y