Nufael, Anugerah Putera kedua buat Mamy Syu

Assalamualaikum,

Harini genaplah 2 minggu Mamy Syu berpantang. Baru sempat sentuh laptop hihi. Cewi dapat baby baru tak abis lagi. Keje nak berkepit je dengan baby..sampai nak makan pun tak ingat ^_^
Sebenarnye entri ni dah di drafkan bermula 7 ogos lagi .Syu taip dalam apps Note dalam phone. Sekarang baru berkesempatan untuk dipublishkan. So, knapa 7 Ogos?

Orait..7 Ogos tu merupakan tarikh jangka Syu bersalin sepertimana yang tertulis pada buku rekod ibu hamil yang kaler merah tu. Tapi, tunggu punya tungu, tanda nak beralin langsung tak mari..huu~
Jadi disebabkan dah postdate (overdue), SYu kena buat check-up jantung anak setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad di klinik untuk memastikan baby dalam perut ok-ok saje. Yelah, bila dah terlebih tarikh ni macam-macam kemungkinan boleh terjadi kan. Nauzubillahiminzalik! Ada yang dengar anak mati dalam perut la, terbelit tali pusat lah or even tertelan tahi (mekonium) sebab anak dah terberak dalam perut.

Ahad 9 Ogos 2015
Pagi-pagi lagi SYu dah menapak pegi klinik desa. *hihi klinik sebelah umah mak je* Yela masa tu memang dah balik kampung dah, cuti bersalin pon Syu ambil 2 minggu awal sebab memang rasa macam akan bersalin awal *konon*. Dulu masa mengandungkan Naufal kan Syu bersalin awal. Jadi Syu bajet-bajet kali ni nak standby awal-awal la kot-kot sejarah berulang kembali. Tup-tup...dua minggu terbazir begitu saje je..Syu pulak masih steady lagi naik turun supermarket, shopping baju, kasut, beg memacam lah. Huhu rugi cuti bersalin hakak tau! Kalo tak, dah sedap dah bulan 11 baru masuk keje.. *haip takbaik merungut!* Semuanya kuasa Dia.

Isnin 10 Ogos 2015
Macam biasa, pegi klinik jalan kaki sambil tolak abam Naufal dalam tricycle nye. Walaupun klinik dekat, tapi letih jugak lah sebab bawak diri sendiri pon dah 77kilo, pastu sorong pulak budak bertuah tu lagi. Tapi Syu gigihkan jugak berjalan kaki sebab orang kata ini petua nak senang bersalin. Petang nye pulak pegi memanjat tangga supermarket. Pon kononnye nak exercise mudahkan bersalin. ^_^

Malam isnin tu...... akhirnya baby dah ready nak jumpa ibu. Yay finally! Pukul 9 malam Syu dah masuk tidur. Tepat kul 1 pagi, Naufal kejut mintak susu. Lepas pada tu, Syu dah tak boleh lelapkan mata balik. Mungkin sebab dah cukup tidur..yela kul 9 dah tidur kot.haha..So macam biasa, bila takboleh tido, kita baring-baring sambil window shopping online! Sambil fefeeling isteri jutawan gittew..ahaks! Gediks taw. ^_^ 

Pastuh, masuk je jam 3, mula rasa sakit perut nak berak. Keluar masuk tandas dua tiga kali, tapi hajat tak dibuang pun. Masa tu dah mula rasa saspen. Nak beranak dah ke aku ni?! Walaupun dalam keadaan yang tak berapa pasti dengan tanda-tanda tu, Syu tetap siap-siapkan diri, mandi, solat sunat 2 rakaat..pastu trus gi dapur telan telur ayam kampung 3 biji mentah-mentah dan makan 7 biji kurma. 

Jam dah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Sakit perut tu makin kerap. Tapi taklah sesakit macam yang orang berlakon dalam drama-drama melayu kat tv tu. Macam over-acting je..sampai terjerit-jerit, macam nak mati huhu.. Kita sakit, kita duduk diam-diam, bersandar and tarik nafas sambil zikir. Tak gitu mommies? kan?? *tv tu mohong ja lebih*

Sementara Incik asben bawa masuk beg baby dan semua keperluan untuk gi hospital ke dalam kereta, Syu kejutkan Ma ngan Abah, bagitahu yang kami nak gi hospital dah. Ma ngan Abah cakap lepas subuh diorang folow. Naufal pun tak bangun tido lagi. Lepas salam-salam, peluk-peluk Ma Abah, asben tegur ade darah kat belakang kain. *ohh my* Syu yang dari tadi tenang dan relax ni dah mula jadi panic! huhu~ Aku bila dah kena panic attack, memang air mata berjurai-jurai la..ehehe maluu.. *tangan tutup muka*

Ok. Sesampai je hospital, terus masuk labour room. Tukar baju wad, dan buat urin test. Syu disuruh baring untuk cek jalan.
ALLAHUAKBARR! Lalilahaillallah dik!!

Tetibe mengucap panjang nurse tu..katanye jalan dah bukak 7 cm!! OMGA! Apa aku buat ni? Dah la kena gi Hospital Ipoh, sebab history of previous scar of LSCS. Sempat ker?! Perjalanan lebih kurang sejam lebih. Berkarung-karung aku kena leter dek nurse. Bukan seorang, tapi tiga orang tahu?! Haih, orang dah la sakit, diorang boleh berleter lagi. Sabar je la~

SYu takde pengalaman bersalin normal. Ini 1st time. Anak 1st dulu emergency ceasar. Syu taktahu sakitnye macam mana. lagipun, sumpah memang Syu tak sakit sangat, rasa nak berak gitu je la. Memang tak jangka langsung sampai boleh 7cm. *mungkin ini rezeki Allah bagi mudah,tak sakit sangat*

11 Ogos 2015
Dipendekkan cerita, pukul 8 pagi Syu tetap dihantar ke Ipoh. Naik ambulans tu ohh..hanya tuhan je tahu. Memang boleh terberanak!. Tapi tak terberanak pun hihi..sempat je sampai hospital. Jam 9.30 pagi Syu check in, terus masuk labour room. Doktor pakar O&G datang cek parut ceasar dua tahun dulu, dan dia cakap boleh try bersalin normal. Alhamdulillah. 

Then datang doktor perempuan sorang lagi, seluk tangan dan pecahkan ketuban. Lpeas air ketuban pecah, contraction rasa semakin kerap dan kuat. Tapi you know what, walaupun dalam keadaan contraction makin kuat tu, boleh pulak aku lena? Dua round pulak tu. Incik asben yang duk tepi ni pon naik pelik..sampai diletak nye jari kat hidung aku nak test tengok bernafas lagi ke tak..haha nak tergelak hakak tau. Konpius gamaknye, tidur ke pengsan bini aku ni..kan? Hakak tak tido tau malam tadi, mengantuk hokey? Lagipun nak simpan tenaga nak teran kejap lagi ni..haa

Tepat jam 11:10 pagi, Syu dah rasa tak tahan nak teran. Taktau nak cerita macam mana rasanya. Ibu-ibu yang pernah alami je tahu.. asben pulak dengan keadaan blur-blur nye pergi keluar bilik untuk panggilkan doktor. Doktor masuk-masuk je, terus aku teran.. Tak pedulik haku..ak tak tahan dah! Ahaks. Doktor nye pulak, glove pon tak siap pakai lagi. Hihi memang pngalaman laa..

Alhamdulillah 11:25 pagi, selepas 5x teran..baby pun selamat dilahirkan dengan berat 2.9 kg. ^_^ Not bad la kan 5 kali try untuk ibu yang 1st time bersalin normal and ada athma macam Syu ni kan.. Papepun, memang lega sangat. Seriously! So, selamat berpantang untuk diri sendiri hehe.

newborn baby


AnnurSyuhadah: Syukur sangat bersalin kali ni Allah permudahkan sangat. Duduk hospital pun kejap je..jahit pun sikit. Dan yng paling penting, anak sihat. ^_^ Rasa bertuah sebab diberi peluang merasa dua-dua kaedah bersalin secara bedah dan normal.

Psst..Syu amalkan minum minyak kelapa 2 sudu setiap pagi dan malam. Mungkin itu juga membantu memudahkan bersalin. Semua dengan kuasaNya.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Wow..best weh..tahniah...
    inspirasi untuk aku menulis juge...kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. tenciu..tenciu..tapi iols punya blog biasa2 je..
      ade lagi yang lebih otai..
      lagi banyak membaca lagi banyak ilham tau..
      kipidap..dongibap ^_^

      Padam
  2. tahniah annur
    cute baby.Bersih suci je nampak

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekacih..
      setiap zuriat itu fitrahnya memang suci dan bersih..
      tinggal kita sebagai orang tua nak mencorakkan nya

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y