BIJI RAMBUTAN MERAWAT KENCING MANIS

Oleh: Datuk Dr Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
.
PENIPUAN cyber isu biji rambutan dan diabetes

Lebih kurang seminggu lalu telah timbul kenyataan bahawa ubat terbaik untuk bebas daripada penyakit kencing manis (diabetes) adalah dengan mengambil biji buah rambutan.
.
Berdasarkan semakan rujukan ilmiah, tiada rujukan didapati menyatakan kegunaan tradisional atau perubatan biji rambutan (N. lappaceum) untuk sebarang rawatan termasuk penyakit kencing manis. Biji rambutan dikatakan mempunyai kandungan lemak (saponin) yang tinggi dan bahan ini adalah dikatakan toksik kepada manusia.

KAJIAN BIJI RAMBUTAN DAN KENCING MANIS
Kajian yang menyeluruh iaitu kajian praklinikal dan klinikal perlu dijalankan sebelum sesuatu bahan berasaskan herba dapat membuat sebarang tuntutan perubatan dan keselamatan bahan tersebut adalah terjamin.
Oleh kerana tiada kajian keselamatan/klinikal yang menyeluruh dijalankan untuk menyokong tuntutan dan keselamatan pengambilan biji rambutan, pengguna adalah digalakkan untuk mendapat khidmat nasihat daripada pegawai farmasi atau pegawai perubatan sebelum mengambil sebarang bahan/produk berasaskan biji rambutan.
.
PRODUK BIJI RAMBUTAN UNTUK MENYEMBUH KENCING MANIS
Sehingga kini juga, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM belum pernah mendaftar produk dengan bahan aktif biji rambutan (Nephelium lappaceum).
Sesiapa yang ingin menjual/membekalkan produkproduk dengan tuntutan kesihatan seperti ini adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan produk tersebut dengan menghantar permohonan kepada Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang merupakan sebuah agensi di bawah KKM yang dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia semua produk farmaseutikal termasuk produk tradisional di Malaysia.
Permohonan tersebut perlulah lengkap dengan maklumat yang menyokong keselamatan dan kualiti produk mengikut keperluan seperti yang tertera di dalam Garis Panduan Pendaftaran Produk (Drug Registration Guidance Document) yang boleh didapati dari laman sesawang http://www.npra.moh.gov.my.
Secara umumnya produk-produk tersebut akan dinilai dan mesti mematuhi kriteria kualiti, keselamatan dan efikasi sebelum didaftarkan.
KKM memberi amaran bahawa memiliki, menjual atau membekal produk tidak berdaftar adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika disabitkan kesalahan individu boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga 3 tahun untuk kesalahan pertama atau denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 5 tahun untuk kesalahan kedua dan berikutnya.
Jika kesalahan dilakukan oleh syarikat, jika disabitkan kesalahan syarikat boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama atau denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya.
Masyarakat juga dinasihatkan untuk memastikan terlebih dahulu kesahihan maklumat atau tuntutan perubatan sesuatu bahan, makanan, produk atau peralatan sebelum menyebarkan maklumat kepada orang lain.
.
LIKE page Medical Mythbusters Malaysia dan KKM untuk info kesihatan terkini.

Cakna ubat anda.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. OOooo.. memang scam lah ya. Tak ada ubat kencing manis yang paling bagus selain pemakanan yang sihat.

    Ini pun kena disiplin juga kan :)

    BalasPadam
  2. Check dengan KKM untuk lebih pasti. Jangan mudah tertipu dengan lambakan produk kesihatan sekarang

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama23:22

    Bukan scam juga, masih dalam kajian dan belum menyeluruh. Ada asas...

    Rujuk: http://www.nst.com.my/news/2015/09/rambutan-seeds-prevent-diabetes

    BalasPadam
  4. kena pastikan btul2 la kn..tak boleh main percaya sahaja.

    slm kenal.. jemput singgah blog saya juga..

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y