10 Cara Menenangkan Bayi Menangis

10 cara yang tak disangka-sangka dapat menenangkan bayi | Mommies, kalau baby korang asyik menangis je tanpa sebab yang pasti, selalunya korang buat apa ye? Korang dah breastfeed diorang, dah sendawakan, lampin dah disalin, badan dah dibedung, pastu siap korang cuddle lagi baby tu dan kepok lagi ke sana kemari, tapi dia tetap jugak takmau berhenti menangis. Korang jugak yakin yang dia sihat dan tak kembung perut. urghh! Cemana ye nak menenangkan bayi yang macam ni.

10 cara yang tak disangka-sangka dapat menenangkan bayi
Sumber : tesco-baby.com
Stress kan? Nak-nak pulak kalau mommy yang masih dalam pantang dan badan kita sendiri pun kita tak dan nak bela, bercampur dengan penat lagi. Pastu nak kena handle anak yang asyik menangis je walaupun takde silap pape. Orang tua-tua selalu gelar budak-budak yang macam ni sebagai sawan tangis. So, Annur nak share 10 tips yang biasa-biasa je, tapi luckily dapat tenangkan baby tu dari terus menangis. Jom scroll satu-satu.


1. Bagi sesuatu untuk dia hisap

Refleks menghisap bukan sahaja dapat steady kan semula kadar denyutan jantung baby, malah dapat merehatkan otot perut diorang tau. So berikan puting tiruan atau pacifier untuk dihisap. Paling tak pun, korang bagi je dia hisap jari.


2. Perdengarkan muzik dan zikir (dengan bunyi gendang & kompang) 

Mainkan beberapa muzik kesukaan korang, dan gerak-gerak ikut rentak muzik tu sambil mendodoi kan baby. Korang boleh eksperimen beberapa jenis muzik, untuk tengok mana yang baby korang suka.


3. Bunyikan sesuatu yang bising (white noise)

Cuba hidupkan mesin vacuum, pengering rambut atau mesin basuh. Memang bunyi-bunyi ni bising bagi kita orang dewasa, tapi bagi baby, bunyi bising yang steady dan konstant macam ni dapat menutup semua bunyi-bunyi lain yang mungkin mengganggu diorang. Takleh dinafikan, dalam perut juga, diorang selalu dengar bunyi jantung ibu, bunyi darah dipam dan macam-macam lagi bunyi bising yang bersifat konstant dan teratur.


4. Keluar dan dpatkan udara segar

Kadang tu, bila baby di bawa keluar ke balkoni dan melihat persekitaran luar, baby akan berhenti menangis. Atau, mungkin setakat bawa keluar je tak memadai, so korang kena stroll around taman perumahan korang ke. BTW, berjalan-jalan di luar ni pun boleh mnyegarkan otak ibu juga.


5. Mandikan baby korang

Mandian air suam sememangnya sangat selesa dan boleh membangkitkan ketengaan. Kalau ada minyak esen lavender lagi terbaek! Ibu titiskan beberapa titis esen lavender ke dalam tub mandian. Dengan mengidu bauan segar aromaterapi dari lavneder ni boleh membuatkan baby korang tenang dan berhenti menangis.


6. Ubah cara korang mendukung baby

Mendukung baby dengan menghalakan dadanya ke depan selalu berhasil membuatkan baby happy dan berhenti menangis dengan sendirinya. Sebab ada setengah baby, diorang sukakan sosial, so bila dapat menhadap ke depan dan melihat semua yang ada di depannya, akan cheer them up.


7. Lakukan sentuhan kulit ke kulit

Peluk baby korang dalam keadaannya yang tak berbaju, hanya lampin sahaja. Rapatkan dadanya ke dada korang sampai menyentuh kulit korang. Peluk lah dia dalam posisi seperti mana dia di dalam perut dulu.

8. Mendodoi dengan pelbagai cara (bounce, swing, rock or jiggle)

Biasanya baby mudah terlelap dengan pelbagai pergerakan mendodoi seperti, ayunan, menghenjut, ritma hentakan, berjalan dsb. Tapi hati-hati, jangan sesekali menggoncangkan baby, sebab tindakan itu bakal mencederakan otak baby.


9. Keajaiban sentuhan dan urutan

Baby memang suka disentuh dan dibelai. So kalau baby menangis tak tentu pasal, korang boleh cuba mandikan dia macam sterp no 5 tadi, lepas tu korang gunakan losyen atau minyak, buat urutan lembut ke atas badan baby korang.


10. Akhir sekali, sila give up dan biarkan baby korang seketika

Kalau baby korang terus-terus jugak menangis walaupun korang dah cuba pelbagai cara, jalan akhir nya korang tinggalkan je dia dalam keadaan selamat, seperti dalam baby cot atau crib diorang untuk 5 hingga 10 minit.

Korang mesti keletihan dan stres. So ambil masa ni, untuk pegi minum, atau dapatkan snek untuk dikunyah. Kadang-kadang cara ni, baby boleh letih dan tertidur sendiri. Tapi kalau sebaliknya, selepas 10 minit pun dia masih menangis juga, sekurang-kurangnya korang dah lebih bersedia untuk mencuba teknik lain pula untuk buat dia senyap.

Korang cuba bacakan Al-Fatihah, ayatul qursi, dan doa ni.

"A 'uzubika min hamazatisy syayatiin, wa a 'uzubika robbi aiy yah dhu ruun,"
(Al-Mu'minun : 97-98)

Doa Pohon Perlindungan daripada Syaitan
Doa ni di ijazahkan dari Abah Annur sendiri : Hj Abu 


Annur: Dapatkan juga bantuan keluarga, sama ada suami, atau mak abah korang sekiranya baby takmau berhenti menangis. Kebarangkalian, ada faktor lain yang kita tak ketahui. 



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Teringat masa syafi baru lahir. Asal malam nak tidur je menangis tak berhenti. Sampai pening satu family dibuatnya. Last2 baru dpt solution. Rupanya dia nak tidur berkepit dengan Ana. Nak berbantalkan lengan. Bukan main lena tidur lepas tu. Sampai skrg pun sama nak tidur mcm tu juga. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la kan. Baby ni kadang kita sendiri kena experiment teknik apa yang boleh sooth diorang kan..
      Pengalaman yang sangat bernilai tu~

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y