Advertisement

AWAS! Penggunaan ubat krim sapu yang mengandungi steroid ke atas bayi dan kanak-kanak

Ubat steroid topikal ialah ubat sapu yang biasa digunakan untuk merawat masalah kulit seperti ekzema, ruam, keradangan kulit, psoriasis, bengkak, kemerahan kulit, kegatalan dan ketakselesaan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga. Krim steroid mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi yang bertindak mengurangkan keradangan yang berlaku pada kulit. Ia juga dapat mengurangkan rasa gatal dan kemerahan kulit.

krim-sapu-mengandungi-steroid-tidak-sesuai-untuk-bayi Krim steroid, krim sapu mengandungi steroid, betamethasone, momethasone hydrocortisone, elomet, betnovate, dermovate, krim gatal steroid

Mekanisma tindakan krim steroid

Bila terdapat interaksi antara alergen dan kulit, kulit secara semulajadinya akan bertindakbalas dengan mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia yang menyebabkan iritasi. Bahan kimia yang dilepaskan tu menyebabkan saluran darah di bawah kulit mengembang dan menyebabkan kulit yang terjejas menjadi merah, bengkak dan gatal.

Bila ubat sapu yang mengandungi steroid ni di letakkan pada kulit yang terjejas tadi, ia akan menghalang bahan kimia pencetus iritasi tu tadi daripada dibebaskan ke dalam sel-sel kulit, dan sekaligus mengurangkan keradangan dan melegakan kegatalan.


Korang sedar tak krim gatal yang korang dapat dari klinik atau farmasi tu kebanyakannya mengandungi steroid?

Contoh kegunaan-kegunaan krim steroid
1) Merawat ruam lampin (selalunya dicampur dengan ubat anti-kulat) seperti Daktacort, Candacort, Decocort.
2) Gatal-gatal disebabkan reaksi alahan (allergy) seperti Elomet®, Hydrocortisone, Betnovate®, Dermovate®
3) Digigit serangga
4) Psoriasis seperti Dermovate®, Diprosalic, Beprosalic, Elomet®

Contoh steroid yang tak sesuai untuk bayi

- Steroid sapuan topikal (krim) telah menyebabkan sindrom Cushing pada kanak-kanak sebaik sahaja sebulan selepas rawatan telah bermula (Sumber: Jurnal Arch Dis Child, 1982; 57: 204-7).

-Untuk bayi, steroid yang boleh digunakan ialah hydrocortisone atau mometasone. Jenama terkenal seperti Econazine tak sepatutnya digunakan pada bayi.

-Krim yang mengandungi steroid betamethasone, clobetasol, triamcinolone tidak sesuai untuk penggunaan pada bayi atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.


Kesan sampingan krim steroid sapuan luar 

1) menipiskan kulit
2) Sekiranya penggunaan berlebihan (lama atau banyak), mungkin akan berlaku penyerapan ke dalam badan (systemic absorption) yang boleh membawa kesan-kesan buruk terhadap kesihatan anak korang


Kesan sampingan (jika berlaku penyerapan sistemik)

- Cushing syndrome di kalangan bayi/ kanak-kanak
- Hypocalcemia, yakni kekurangan kalsium badan
- Osteoporosis
- Hilang daya kekuatan otot
- Penambahan berat badan secara mendadak
- Pembentukan tempelan lemak tidak sekata di tempat-tempat tertentu menjadikan:
   -buffalo hump (bonggok di atas belakang)
   -central obesity (gemuk buah pear, iaitu gemuk dari pinggul ke perut)
   -moon face (muka sembap, atau muka berisi penuh seperti pau)
- Perpeluhan terlampau
- Rambut kering, cering dan rapuh
- Penipisan kulit
- Penipisan lapisan membran mukosa (seperti dalam dinding perut)
- Lebam-lebam
- Hirsutism (pertumbuhan bulu muka seperti misai dan janggut di kalangan perempuan)
- Kerosakan mata


Macam mana ibu boleh kurangkan kesan sampingan?

1) Krim-krim ini tidak boleh digunakan untuk jangkamasa panjang dengan banyak. Ia harus disapu nipis-nipis ke bahagian yang terjejas.
2) Jangan gosok, cukup sekadar menyapu suatu lapisan yang nipis sahaja
3) Elakkan menyapu krim steroid selepas mandi atau ketika kulit lembap kerana ia akan meningkatkan penyerapan steroid melalui kulit.
4) Jangan balut tempat yang telah disapu dengan krim steroid


Sebelum membeli ubat OTC (atas kaunter), semak:

-Label, dan kenalpasti kandungan bahan aktifnya
-Jika ada bahan yang penghujung ejaannya diakhiri dengan -one sperti -lone -sone dsb; itu adalah steroid





Nota : Generasi baru seperti mometasone adalah sangat kuat (digunakan hanya sekali je sehari) tapi kesan sampingannya sangat rendah, setaraf dengan hydrocortisone. Hydrocortisone adalah steroid yang paling mild dan mempunyai kesan sampingan yang paling rendah.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. assalamualaikum sis...kalau anak 2 thn 1 bln boleh x guna krim econazine tu😅

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama09:11

    Salam sis.. Saya kongsi kan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor / pergi farmasi.

    Secara jujurnya, jangan sewenang wenang nya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim.Dapat kan nasihat doktor.

    1- STEROID CREAM
    2- ANTI FUNGAL CREAM
    3- ANTIBIOTIC CREAM
    4- COMBINATION OF CREAM
    5- ANTI VIRAL CREAM

    1) STEROID CREAM
    Secara umum nya digunakan utk merawat keradangan ( inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal utk merawat eczema.

    Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu ( bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan " SONE". Contoh:
    - Hydrocortisone - Clobetasone - Mometasone - Fluticasone - Betamethasone.

    Krim steroid ini ada kelas nya. Kelas satu paling kurang power, dan makin tinggi kelas, makin power ( potent) lah ia. Rujuk gambar utk kenali kelas2 krim steroid ini. Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Utk kelas yg potency tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan yg sensitif seperti kulit muka /kawasan kulit yg dah menipis. Nanti kuli dpt komplikasi.

    Krim krim steroid juga secara umumnya tak boleh di sapu secara berterusan utk terlalu lama. Lama tu maksudnya > 2 weeks. Utk kes kes allergic /eczema yang kronik, doktor mungkin start kan rawatan steroid cream/ ointment guna yg kelas paling potent utk 5 hari, kemudia di ikuti dgn yg less potent utk seminggu berikutnya.

    Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama( prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak ( atrophy), kulit hilang pigmen ( hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yg disapu ( allergic reaction ), meninggikan risiko jangkitan ( infection), dan kalau di sapu di kawasan yg besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu di serap dlm badan ( systemic absorption ).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama09:12


      2) ANTI FUNGAL CREAM
      Kita gunakan utk rawat jangkitan fungus ( kulat). Jangkitan kulat ni org Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat.

      Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan "ZOLE". Contoh:
      - Miconazole - Clotrimazole - Econazole - Ketoconazole - Fluconazole
      Dan ada satu jenis anti fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine ( brand name Lamisil)

      Rujuk gambar utk tengok contoh2 anti fungal yg biasa di pasaran Malaysia.

      3) ANTIBIOTIC CREAM
      Kita gunakan utk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. So biar lah kerja men diagnosed itu doktor yg buat. Penat dia belajar, korang takyah susah payah main agak2 tengok imej Google :P Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu + latihan mata yg tajam. Doktor yg berpengalaman sendiri kadangkala buat silap masa diagnose.

      Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan " IN"
      Contohnya:
      - Gentamicin - Fucidin - Neomycin - Mupirocin

      4) COMBINATION OF CREAM
      Krim dalam jenis ke empat ini, ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yg biasa kita jumpa:

      - Steroid cream + antibiotic cream
      - Antifungal cream + steroid cream.

      Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
      Or sometimes, ada yg 3 in 1 ( kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal). * Rujuk gambar utk contoh.

      Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap ( fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dlm kes ini kita guna krim anti fungal + antibiotic /steroid.

      Ataupun kita ada eczema yg kronik. Garu punya garu sampai luka ---- lepas tu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.

      5) ANTI VIRAL CREAM
      Krim jenis ni utk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ni disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.
      Sebab jarang krim ini di gunakan secara meluas ( berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dgn lanjut tentang krim anti virus ini.

      So, please kenal krim yg anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya " saya nak krim warna putih tu ". Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yg di re-pack TIADA LABEL. Zaman dulu ya doktor /farmasi re-pack krim dalam bekas bulat leper. Zaman la ni, make sure beli krim yg dalam bentuk tiub macam ubat gigi tu. Kalau di re-pack sekalipun, ada berhak tahu kandungan krim itu ( mesti ada label).
      Jangan main hantam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu " serasi " sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap. Again, jangan berguru dgn Google image semata mata.

      Padam
  3. Tanpa Nama08:41

    elok consult pakar kulit dermatologist.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y