Kebaikan memakai Tapel, Param dan Pilis dalam tempoh berpantang

Kebaikan memakai Tapel, Param dan Pilis dalam tempoh berpantang | Tapel, param dan pilis adalah kaedah perawatan wanita berpantang yang diamalkan sejak turun-temurun. Sekarang ni lagi mudah. Semuanya dah disediakan dan dibungkus serta boleh terus digunakan. Kalau macam dalam set jamu Air Mancur yang aku guna masa bersalinkan Nufael, tapel, param dan pilis ini dipek secara tunggal, sesuai untuk sekali guna. So apa kebaikan memakai tapel, param dan pilis dalam tempoh berpantang ni?

Kebaikan memakai Tapel, Param dan Pilis dalam tempoh berpantang
Jamu Selapan | Cap Air Mancur

Khasiat Memakai Tapel, Param Dan Pilis Semasa Berpantang

1. Tapel

Tapel adalah herba sapuan yang diletakkan pada perut sebelum kita nak berbengkung. Bahan yang selalu digunakan dalam ramuan tapel adalah tepung beras, kapur sirih, air limau nipis, kencur, dan kayu manis. Jangan risau, tapel ni selamt digunakan untuk ibu bersalin normal dan caesarean. Cuma ibu yang bersalin caesar tu kena pastikanlah luka pembedahan korang betul-betul kering dan tiada bermasalah. Masa bersalin anak sulung melalui caesar 4 tahun lalu, aku tunggu sampai dua minggu sebelum nak pakai pape kat perut.


Kelebihan menggunakan tapel pada perut

-Mengurangkan rasa sakit-sakit di perut serta memulihkan keadaan luaran perut akibat selulit / stretch mark
-Membantu proses pembakaran lemak bawah kulit dan mengempiskan perut
-Menghangatkan perut dan membuang ‘angin’ serta darah kotor yang berada di dalamnya
-Menegangkan kulit perut yang menggeleber.


2. Param

Param pun lebih kurang sama dengan tapel cuma bezanya param ni kita sapu seluh badan, kecuali area perut dan breast. Param bertujuan untuk mengatasi pembengkakan badan yang dialami oleh ibu yang baru bersalin. Biasanya bidan akan pakaikan kita param lepas kita mandi, dua kali sehari sehingga 40 hari berpantang. Ramuan asas param terdiri daripada beras yang direndam dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kencur, sirih, halia, cendana, bawang putih, kunyit, kulit limau purut, dan beberapa jenis herba lagi.


Kelebihan dan khasiat menggunakan param

-Membantu melancarkan peredaran darah
-Mengelakkan ‘angin’ masuk ke dalam badan
-Memberi kehangatan kepada tubuh
-Memberikan kesegaran
-Menjaga kecantikan luaran kulit



3. Pilis

Pilis pulak merupakan campuran herba yang khusus untuk disapukan kat dahi. Ramuan asasnya adalah tepung beras yang dicampurkan dengan herba seperti kencur, kunyit, kenanga, daun pudina, halba, kapur sirih, air limau nipis dan sebagainya. Sama jugak macam penggunaan param, pilis sebaiknya disapu lepas mandi, dua kali sehari, sehingga hari ke-40 berpantang.


Antara kebaikan memakai pilis adalah

-Meredakan pening kepala
-Melancarkan peredaran darah
-Menyegarkan mata dan memberi keselesaan pada ubun
-Mengurangkan rasa pitam / ‘gelap mata’ / pandangan kabur. Ini biasanya dialami oleh wanita yang mengalami tekanan darah tinggi
-Mengelak ‘angin’ yang boleh menyebabkan kemurungan selepas bersalin



Ulasan akhir

Sebenarnya ramai ibu-ibu zaman sekarang yang mula "memodenkan" amalan berpantang. Permodenan tak sepatutnya membuatkan kita mengikis serta melupakan amalan berpantang style "orang dulu-dulu". Berapa ramai mak-mak dekat hospital yang aku tengok yang dah tak pakai stokin dah pun padahal baru je semalam bersalin. Itu belum sentuh bab, kejap-kejap mandi, kejap-kejap mandi lagi. huhu~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. macam nak try jugalah jamu selapan ni. berkesan tak untuk akak?

    #TheRealBloggerMak

    BalasPadam
    Balasan
    1. So far, serasi ngan badan akak. Cuma Jamu serbuk dia yg no 2 dan 3, akak bancuh setengah sachet je sekali minum. Kalo tuang semua, jadi sakit kepala. Panas kot.
      Tapi susu badan..perghh!
      Melimpah ruah.

      Padam
  2. Boleh tau kat mana boleh dapatkan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Aishah,
      AS dapatkan semua ni di toko-toko jamu area chowkit. Kawan AS yang tolong belikan.

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y