20 resepi makanan dalam pantang bersalin normal dan ceasarean
Tahniah atas kehadiran khalifah kecil yang baru! Mommies masih dalam berpantang harus jaga pemakanan. Pengambilan makanan yang salah akan mendatangkan mudarat seperti susu badan berkurangan, tubuh terasa berat dan sakit-sakit, kekurangan darah dan lesu.
Di sini ada 20 senarai resipi masakan berpantang yang mudah buat momies dan sebagai panduan untuk suami dalam menyediakan masakan berpantang untuk mommies. Resipi ini sesuai buat mommies yang bersalin normal ataupun melalui pembedahan ceasarean. Ingat, mommies yang ceasar mesti elakkan lada hitam! Sebaliknya gunakan halia dan bawang putih untuk membuang angin dalam badan.
Resipi masakan berpantang 1: STEAM IKAN
Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam
Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.
Resipi masakan berpantang 2 : SINGGANG IKAN
Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam
Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.
Resipi masakan berpantang 3 : SUP IKAN
Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (optional)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
6 ulas bawang putih (ditumbuk) [Banyak ke? Ni elok untuk menghalau angin]
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam
Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
Resipi masakan berpantang 4 : IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak
Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.
Resipi masakan berpantang 5 : IKAN TENGGIRI MASAK ASAM
Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.
Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
Resipi masakan berpantang 6 : SUP IKAN TENGGIRI
Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup
Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.
Resipi masakan berpantang 7 : IKAN HARUAN GORENG REMPAH
(Ikan haruan baik untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka episiotomi)
(Ikan haruan baik untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka episiotomi)
Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak
Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.
Resipi masakan berpantang 8 : IKAN HARUAN KUKUS
Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris
Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.
Resipi masakan berpantang 9 : SUP IKAN HARUAN
Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup – di hiris
Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
Resipi masakan berpantang 10 : IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH BERLADA
Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.
Resipi masakan berpantang 11 : IKAN GELAMA MASAK ASAM
Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam
Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.
Resipi masakan berpantang 12 : IKAN BAWAL KUKUS HALIA
Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis
Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.
Resipi masakan berpantang 13 : IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau kerapu)
Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit
garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.
Resipi masakan berpantang 14 : IKAN PANGGANG HALIA MUDA
Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka
Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak
Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.
Resipi masakan berpantang 15 : IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)
Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.
Resipi masakan berpantang 16 : IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM
Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.
Resipi masakan berpantang 17 : IKAN BILIS BERKUNYIT
Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.
Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.
Resipi masakan berpantang 18 : IKAN BILIS DAUN KARI
Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.
Resipi masakan berpantang 19 : DAGING HALIA
Bahannya:
300 gm daging (dihiris) (seeloknya guna bahagian daging yang tak berlemak atau boleh ganti dengan hati ayam jika suka)
1 1/2 inci halia (dihiris)
1 inci kunyit (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sb sos lada hitam-pilihan
1/3 labu bawang besar-potong
garam, minyak
Caranya:
1. Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan daging biarkan air daging kering dulu.
2. Bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. Biarkan air kering.
3. Tuangkan minyak, kacau daging rata2.
4. Masukkan kicap, sos lada hitam dan lada hitam. kacau rata.
5. Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam.
6. Goreng sampai bawang besar layu. Siap utk dimakan.
Resipi masakan berpantang 20 : KERABU PEGAGA
a) Kerabu ulam pegaga - masak
Bahannya :
Pegaga di hiris halus
1 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah ditumbuk
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1/2 inci halia ditumbuk
Segengam kelapa parut (isi putih)
Ikan kembung - Rebus dan ambil isi
Air asam jawa
Caranya:
1. Goreng bahan yg ditumbuk.
2. Masukkan isi ikan, kelapa, garam & sedikit air asam jawa.
3. Apabila sudah sebati, masukkan pegaga & terus angkat.
4. Jangan biar terlalu lama dia atas api nanti zatnya hilang.
b) Kerabu ulam pegaga - tanpa digoreng
Bahan-bahannya:
6 – 10 cekak daun pegaga – dihiris kasar
5 cm halia muda - di hiris
5 cm kunyit - di hiris
6 ulas bawang merah – di hiris
1 sudu besar lada hitam
Air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Caranya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar bersama air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
2. Gaul sehingga sebati.
Annur: Selamat berpantang!
a) Kerabu ulam pegaga - masak
Bahannya :
Pegaga di hiris halus
1 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah ditumbuk
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1/2 inci halia ditumbuk
Segengam kelapa parut (isi putih)
Ikan kembung - Rebus dan ambil isi
Air asam jawa
Caranya:
1. Goreng bahan yg ditumbuk.
2. Masukkan isi ikan, kelapa, garam & sedikit air asam jawa.
3. Apabila sudah sebati, masukkan pegaga & terus angkat.
4. Jangan biar terlalu lama dia atas api nanti zatnya hilang.
b) Kerabu ulam pegaga - tanpa digoreng
Bahan-bahannya:
6 – 10 cekak daun pegaga – dihiris kasar
5 cm halia muda - di hiris
5 cm kunyit - di hiris
6 ulas bawang merah – di hiris
1 sudu besar lada hitam
Air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Caranya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar bersama air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
2. Gaul sehingga sebati.
Annur: Selamat berpantang!
sedapnya tengok.
ReplyDeletesenang pulak tu. hari-hari biasa pun boleh buat kan.
Kan..mudah dan simple je kan. Siapa kata ibu berpantang kena makan nasi kosong dengan ikan panggang je kan
DeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Pantang Larang Semasa Berpantang
ReplyDeleteSama2 ummi. Moga bermanfaat
DeleteTerima kasih Pn kerana berkongsi resepi ini ya
ReplyDeleteSama2. Moga ianya bermanfaat buat semua ^_^
DeleteMohon izin untuk share di fb ya.
ReplyDeleteBoleh takde masalah. Lagi dipanjang-panjangkan , lagi bermanfaat kan.
DeleteCuma mohon letakkan credit link kepada artikel asal ye. Tenkiu 😉
tq utk resipi...blh masuk buku.... :)
ReplyDeleteSama-sama kasih dear 😘
Deleteterima kasih atas perkongsian. resepi menarik dan ringkas.
ReplyDeleteNak Kembali Kurus Lepas Bersalin? Guna Set Bersalin Ini..
Sama2.
DeleteSalam kenal syakirah. AS dah balas kunjungan syakirah ye
Resepi berpantang yang menarik dan mudah disediakan. Terima kasih
ReplyDeleteAlhamdulillah..moga bermanfaat buat sesiapa yang berhajat
DeleteDalam pantang boleh pulak makan santan ..
ReplyDeleteKn berangin n sejuk
Sebenarnya semua tu bergantung.
DeleteBadan orang lain-lain. Ada orang okey2 je makan santan, ada yang tak tahan. So kena sukat kat badan sendiri..hee~ 😉
Dalam pantang boleh pulak makan santan ..
ReplyDeleteKn berangin n sejuk
Puan A.S. mohon izin nak copy paste ke facebook sya nak buat rujukan nak masak lauk wife..tq
ReplyDeletePuan A.S. mohon izin nak copy paste ke facebook sya nak buat rujukan nak masak lauk wife..tq
ReplyDeleteBoleh. Tapi mohon sertakan sekali link ke artikel ni ye
DeleteTumpang tanya kenapa ya tak boleh makan lada hitam kalau bersalin bedah? Bukan ke lada hitam bagus untk panaskan badan
ReplyDeleteMelalui pengalaman AS sendiri yang pernah bersalin bedah. Bila makan lada hitam, rasa macam nak menggelupur. Tak tahan rasa pedih dan panas dalam perut. Mak bidan pun tak bagi makan lada atau pape yang pedas kalau beranak dengan cara pembedahan. Terpulang pada badan masing2. Kalau makan, tak jadi pape, then okey la.
DeleteTumpang tanya kenapa ya tak boleh makan lada hitam kalau bersalin bedah? Bukan ke lada hitam bagus untk panaskan badan
ReplyDeleteOrang pantang Ni,boleh makan ikan ape ye
ReplyDeleteSalam.
DeleteKalau ikut pada Opah saya, pilih ikan yang bersisik. InsyaAllah ok dan tak berbisa.
Contohnya ikan kerisi atau ikan merah.
Ikan tak bersisik pulak contohnya macam ikan keli.
Kalau camni punya resepi tak bosanlah time pantang.. thankz tau share resepi ni, boleh kunjung blog ni lainkali next pantang.. 😉
ReplyDelete