10 Cara Cepat Melipat Kain untuk Ibu-ibu Bekerja

Cara paling cepat melipat kain baju untuk ibu-ibu berkerjaya | Bila sebut je melipat kain baju, mesti ramai ibu-ibu berkerjaya yang "bercinta" sangat nak buat kan? Alangkah indahnya dunia ni kalau ada mesin yang membolehkan kain baju tu dilipat dengan sendirinya haha. Yelah, lepas seharian berkerja, badan pun dah letih dan tak bertenaga. Dapat curi masa sikit-sikit melayan anak-anak dan suami buat homework dan makan pun dah cukup bermakna dah. Lipat kain? Hujung minggu mungkin?

Cara paling cepat melipat kain baju untuk ibu-ibu berkerjaya

Bila tiba hujung minggu, memang bercabang-cabanglah tangan ibu ni, dah macam tentacles sotong nak buat itu ini, dan bereskan kerja rumah yang tertangguh. Masa tu, bayangkanlah sendiri berapa punya tinggi daaa longgokan kain baju hoi! Seminggu punya tambun! Rasa-rasa kalau budak Fael ngan Naufal tu menyorok dalam timbunan tu pon, mesti aku tak jumpa haha.

Kalau korang ada suami dan anak-anak yang boleh diharap, untunglaa. Aku ni, anak pun kecik lagi. Suami pula tinggal jauh nuu di Pantai Timur, kerja. So, apa cara paling cepat melipat kain baju yang bertimbun ni? Jom aku kongsikan sedikit hacks untuk ibu-ibu berkerjaya macam aku ni untuk cepat surutkan timbunan kain baju yang tak berlipat tu. Check it out!

Cara paling cepat melipat kain baju untuk ibu-ibu berkerjaya



1) Jangan menyambil
Kalau serius nak jimat masa melipat baju, korang kena pastikan yang korang tak buat kerja ni "menyambil". Antara menyambil yang selalu kita buat adalah melipat baju sambil tengok tv atau layan movie online..haha. Sape selalu buat, mengaku cepat?!

2) Pandai curi masa
Tapi, ada jugak kerja "menyambil" yang bagus. Jangan tak percaya tau? Sambil-sambil mengangkat kain dari ampaian tu, korang boleh menyambil lipat kain-kain yang besar macam kain pelikat, kain batik, tuala dan selimut. Percayalah secara psikologi nya, korang akan kurang stress bila tengok bakul kain yang separuh daripadanya dah pun terlipat.

3) Lipat dulu yang kecil-kecil
Selain kain besar-besar, korang juga boleh jimat masa melipat kain baju dengan cara mengasingkan siap-siap pakaian kecil macam stokin, sapu tangan, dan pakaian dalam semasa mengangkat jemuran. Underwear dan stokin tu, aku selalu lipat bulat-bulat, macam bunjut. Kemas je cara lipatan bunjut ni tau. Kalau tak tahu, sila belajar dengan youtube haha. Memang cepat dan kemas!

4) Asingkan pakaian yang perlu digantung
Next, gantung semua baju yang nak digantung dengan hanger. Settle satu bab. Baju-baju yang bergantung dengan hanger tu dah terkecuali dah dari acara melipat kain. Lapang sikit dah dada.

5) Wujudkan sistem bakul khas 
Chop! Kita masih lagi dengan proses pengasingan okey. Korang jangan lupa kutip siap-siap baju yang nak iron. Korang just gulung atau lipat cincai-cincai gitu je, dan masukkan ke dalam satu bakul lain, then terus letak dalam bilik iron. Masa ni korang dah boleh tersenyum megah dah, sebab suku daripada timbunan kain dan pun susut dengan mendadaknya. ahaks!

6) Gunakan bantuan mesin pengering
Kalau korang nak lagi cepat, korang boleh laburkan sedikit duit untuk membeli mesin pengering. Sumpah, ia sangat-sangat jimat masa uolls! Tempoh yang lama yang kita perlukan untuk tunggu pakaian dikeringkan oleh matahari tu, dah pun kita cut off dengan menggunakan mesin pengering. Pastu jangan lupa, masa keluarkan pakaian dari mesin pengering tu, aplikasikanlah tips dari nombor (2) hingga (5) yang aku terangkan kat atas tadi.

7) Dapatkan alatan pemudah-kerja yang ada di pasaran
Memang tak syak lagi! Kerja rumah pasti akan jadi lebih mudah dengan bantuan instrumen. Kalau tadi, aku syorkan mesin dryer. Mungkin tak semua orang mampu. Tapi cuba tengok alat ni. Fast speed folder organizer kit katanya. Harga tak sampai RM25 pun sekeping. Boleh lah bantu korang lipat baju dengan cepat.

Cara paling cepat melipat kain baju untuk ibu-ibu berkerjaya
Ada juga yang panggil benda ni "Magic Folder Board"

8) Ubah teknik melipat baju tradisional kepada teknik yang lebih cepat
Ataupun korang boleh cuba trik lipat baju 2 saat ni. Memang laju je siap lipat sehelai-sehelai baju tu. Kalau korang takleh nak "tangkap" teknik dia ni, korang boleh tonton je video yang aku attach di perenggan akhir artikel ni.
Cara paling cepat melipat kain baju untuk ibu-ibu berkerjaya
Cara paling cepat melipat baju. hanya 2 saat.

9) Gunakan servis kedai cucian
Kalau tak sempat jugak nak melipat baju, korang hantar je semua baju tu, basuh di kedai dobi. Nanti korang pick up, baju semua dah siap iron, dah siap lipat. Haa senang.

10) Upah orang untuk lipat kain
Korang boleh roger Iolls ni ha..ahaks! Kompeni i ada je buat servis melipat kain. Staf kite akan ke rumah korang. Eh! Bukan lipat kain je, basuh kain, seterika dan cuci-cuci rumah pun boleh. Tapi kita cover area Gerik, Perak jer la. hihi..jangan risau, kita caj dengan harga yang sangat-sangat berpatutan tau ^_^ Public holiday dan hari Ahad pun boleh panggil kitorang.

So this is my card. hikhik ^_^
Cara paling cepat melipat kain baju untuk ibu-ibu berkerjaya
House Cleaning Services | Berdaftar di bawah SSM | NAS Trading & Services


Video Step-by-step Teknik lipat baju 2 saat



Ok lah. Akhir kata, selamat bercuti panjang uolls! Especially cikgu-cikgi lah..esok dah start cuti seminggu kan. Sempena Chinese New Year ahaks! ^_^

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Wah, bagusnya tip ni. Nanti boleh try. Ni ibu yang tak berkerja pun boleh senyum lebaq kerja semua jd cepat. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi kalau nak lagi cepat, kita kecek incik suami untuk sediakan bibik untuk kita

      Padam
  2. bolehlah try 10 cara ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try KG, jangan tak try..nanti gitau feedback nye cemane hokey

      Padam
  3. baca smbil terigt bj yg menimbun kt rumh tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitu lah lumrah mak-mak ni kan..
      Selagi x selesai kerja, itu lah yang duk ligat bermain dalam kepala ni

      Padam
  4. Semoga rajin juga saya nak applykan ni. Tqq

    BalasPadam
  5. So far tak pernah try lagi upah orang luar lipat kain baju kita... Tapi, tips2 ni memang bagus utk wanita bekerjaya.. Mana taknya, 2,3 hari punya baju pun dah menimbun tambah lagi yg dah ada anak2. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann..
      Lagi2 kalau anak-anaknya terlajak rajin menyalin baju n mandi..adoii

      Padam
  6. wow...siap ada perkhidmatan ke rumah tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha zaman leni macam2 ado sha eyy.. Standby pitih ja

      Padam
  7. Wah, ada servis gituw. Bagus tips ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Class kan? Haha.
      Kat sini client kita kebanyakkannya dari kalangan cikgu la ^_^

      Padam
  8. Wah kalau dekat dah terus cal jew.

    BalasPadam
  9. melipat ni mmg leceh kan, tp ngn adanya tips ini melipat jadi mudah, thanks for sharing ya

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y