Baby Hawraa' Milestones | Minggu ke-2

11:31 PM
Pada minggu kedua ini, tak banyak perubahan yang ibu nampak pada baby Hawraa'. Yang jelas ibu nampak bidadari kecil ibu ini macam sedang memecut nak besar je hihi. Kerjanya nak menyusu, menyusu dan menyusu sahaja setiap jam. 

Kadang tu belum sampai sejam lagi dia dah meminta susu. Ibu yang paranoid dengan masalah kurang susu badan ni mula lah menyangka yang bukan-bukan. Permintaan menyusu yang kerap tu membuatkan ibu beranggapan yang baby Hawraa' tak kenyang sebab tak cukup susu.

hawraa haura hawra hawraa'

Rupa-rupanya adik asyik menunjukkan rooting reflex itu bukanlah beerti dik Hawraa' tak kenyang. Tapi itu disebabkan perutnya tak selesa. Pada minggu kedua ini, dik Hawraa' mengalami episod kembung perut (colic) yang agak teruk. 

No comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.