Doa murah rezeki

9/15/2021
Dalam keadaan pandemik yang melanda negara selama dua tahun ini sangat banyak menjejaskan kita dari segi sosioekonomi sekaligus turut menjejakan sosio-emosi kita. Memang tidak dapat lari dari terganggu aspek emosi kita dek ekonomi yang kian hari kian menekan begini.

Tipulah kalau ada yang mengaku yang dia tidak terjejas sedikit pun di minda. Kita sebagai orang biasa, selalunya memang mudah terkesan dengan tekanan yang berpanjangan. Jangan tipu diri sendiri.

Hanya segelintir yang bermakam tinggi, setara wali-wali sahaja bisa tenang, zuhud dan terus berbaik sangka dalam keadaan begini. Mereka memang sudah another level.

So bagi kita yang level biasa-biasa ni, perlukan bantuan, jangan putus asa. Mohonlah bantuan Allah, bantuan kerajaan dan mana-mana bantuan NGO ke sukarelawan ke pun. Asalkan dapat teruskan kelangsungan hidup. Don't loose hope.

Paling penting, jangan sampai lupa Tuhan dan bertindak tamatkan hayat sendiri. Alternatif dan jalan keluar sentiasa ada. Macam-macam bantuan ada sekarang, jangan malu~ Semua itu disedikana untuk kamu orang yang memerlukan.

~Bantu AKU Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Razzaq~

Doa memohon agar diperluaskan rezeki dan murah rezeki


do laris jualan, doa murah rezeki, doa jalan keluar dari masalah kewangan

"Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW; sebanyak aneka rupa rezeki.

Wahai Zat Yang Maha Meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendakiNya tanpa hisab.

Luaskan dan banyakanlah rezekiku dari segenap setiap penjuru dan perbendaharaan rezekiMu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahanMu jua.

Dan limpahkanlah pula rahmat dan salam atas nabi dan para sahabat beliau. "

2 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. semoga murah rezeki selalu amin.. btw, kin follower yg ke 460! ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termia kasih. mamy akan kunjung balas ya

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.