Cara bayar Insurans Prudential BSN Takaful secara online

Cara bayar Insurans Prudential BSN Takaful secara online | Kalau dulu, aku selalu bayar insurance contribution PruBSN aku dan anak-anak secara internet banking, melalui website Maybank2u. Sekarang agen aku bagitahu, dah ada cara baru untuk bayar contribution bulanan insurans Prudential BSN Takaful direct kepada company Prudential. Jom tengok macam mana cara bayar insurans Prudential BSN Takaful secara online ni.

Sebelum tu aku nak bagitahu apa yang bagusnya kalau korang bayar sumbangan bulanan insurans korang melalui webportal Prudential Takaful ni. First, korang boleh check balik korang punya jadual pembayaran dan jumlah sumbangan bulanan korang melalui portal ni. Kedua, payment korang cepat masuk ke dalam sistem, berbanding kalau korang bayar dalam web maybank2u, dia akan ambil masa 3 hari berkerja untuk masuk sistem.

Cara bayar Insurans Prudential BSN Takaful secara online di E-Payment Validate


Langkah 1 : Pengesahan


Masukkan nombor polisi atau nombor sijil Takaful korang dalam kotak pertama yang bertulis Proposal numberCertificate number tu.


Cara bayar Insurans Prudential BSN Takaful secara online


  • Kemudian isikan nombor kad pengenalan korang. Kalau macam aku, aku sekarang ni nak bayarkan insurans untuk anak aku. So bahagian ni aku isikan nombor kad pengenalan aku sebab aku yang daftarkan polisi insurans PruBSN Takaful ni untuk dia.
  • Payment frequency ni aku letakkan pada monthly, sebab manalah nak cekau duit nak dibayar setengah tahun lump sum oii~ haha
  • Kotak yang last tu, sebenarnya untuk tujuan keselamatan. Ala, prosedur biasa untuk mana-mana laman web yang melibatkan transaksi jual-beli kan. So korang isikan lah nombor dan huruf seperti yang tertera di depan mata korang tu nanti.



Langkah 2 : Maklumat diri


Kotak yang kaler kelabu tu dah di generate secara auto oleh sistem, korang tak perlu edit dah. Tapi, hubungan pemegang kad kepada orang yang dilindungi tu korang letak la Self, kalau korang bayar untuk diri sendiri punya polisi.

Cara bayar Insurans Prudential BSN Takaful secara online


  • Aku pilih hubungan Parents tu sebab sekarang ni aku sedang bayar contribution untuk polisi anak aku.

  • Pastu pilih berapa jumlah korang nak bayar kali ni. then klik Proceed to make payment.



Langkah 3 : Pembayaran



Ok. Step ke-3 ni, korang pilih payment method korang sendiri. Boleh je nak bayar pakai kad kredit. Ikut pada pilihan masing-masing.

Cara bayar Insurans Prudential BSN Takaful secara online

  • Aku pilih maybank je lah. Sebab dalam bank lain bakinya dah tinggal zero bhahaha



pay pruBSN prudential bsn takaful online

  • Bila dah pilih cara pembayaran, korang terus klik butang Proceed.


  • Bila paparan interface bank korang tu dah keluar, macam biasa korang lengkapkan lah username dan password untuk membolehkan korang akses ke akaun bank korang.

pay pruBSN prudential bsn takaful online

  • Selepas dah berjaya login, korang akan nampak paparan details pembayaran korang macam kat bawah ni. Klik je Continue.
pay pruBSN prudential bsn takaful online
Request TAC number dan tunggu nombor TAC tu sampai ke telefon bimbit.

  • Bila dah sampai SMS nombor TAC tu, jangan tunggu-tunggu lagi. Terus masukkan TAC number dan klik Confirm!



Langkah 4 : Resit dan bukti pembayaran


Yay! dah successful. Untuk simpanan dan rekod, aku download resit dulu sebelum klik Continue with Transaction.


pay pruBSN prudential bsn takaful online




  • Bila keluar paparan macam kat bawah ni, korang klik je Return to FPX


Cara bayar Insurans Prudential Takaful secara online


  • Korang tunggu sampai korang redirected back ke website Prudential BSN Takaful dulu okay! Jangan tergesa-gesa main close window camtu je tau. 



  • Takut sistem tak terima lagi payment korang, korang dah out. Susah pulak nanti korang nak kena call agent korang untuk retrieve balik korang punya payment.



Cara bayar Insurans Prudential BSN Takaful secara online


Haaa...

Dah pandai?

Jom, bayar contribution insurans Prudential BSN Takaful korang kat SINI sekarang.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Saya baru bertukar dr insurance Prudential ke takaful Prudential bsn sejak tahun lepas
    Bagus sistem boleh bayar online tp yang xsyok sy xpernah pun sekali dpt resit rasmi bukti pembayaran yang di hantar ke rumah . Kalau kedepan Hari nnti jadi apa2 mmg susah nak tunjuk bukti bayaran. Setahu sy mmg resit bukti pembayaram di hantar ke rumah .Annur dpt resit rasmi Prudential bsn x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul dulu memang dapat resit bulanan. Tapi sekarang tahunan saja dia bagi statement.
      mungkin cik perlu contact ejen yang daftarkan cik dulu untuk pencerahan.

      Padam
  2. Salam saya nak tanya..Macam mana kita nak buat surat appeal mengatakan yang kita ni tak ada penyakit? Haritu saudara saya baru je warded dan dr tulis yang dia accute bronchitis..Ikutkan accute bronchitis tu biasa ja kan..And saudara saya plan untuk upgrade policy since policy dia dah lama and tak banyak benefits (kena tanggung 30% kos hosp)...

    Disebabkan dia pernah masuk hosp, dia kena amik plan yang mahal sikit...Jadi, saya nak tnya..mcm mana kita nk buat surat appeal mengatakan kita ni sihat je? Terima kasih sudi menjawab soalan saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam.
      Tentang itu, sy minta maaf byk2. Sy tak arif bab tu. Jadi sy x dapat jawab.
      Maaf ye. Mungkin perlu tanya ejen yg handle policy dia.

      Padam
  3. Kene bukak web prudential touch..kat situ ada resit kita dah bayar.. Boleh download

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y