Blog performance update : July 2018

Blog performance update : July 2018 

So here's the summary for July 2018
Total posts : hanya 6 buah entri telah di pos untuk bulan Julai
Pageviews : 101,613

Ulasan : Generally PV mencanak naik berbanding bulan lepas (PV bulan June : 88 K). In spite of sikitnya bilangan entri yang disiarkan bulan ni, namun PV blog maintain menaik. Seriously aku surprised sangat hokey!

Ada juga aku pernah terbaca artikel dari pakar SEO luar negara, bahawa sesebuah laman blog yang usianya mula menjangkau 5 tahun dan ke atas, "value" nya akan melonjak naik. Walaupun aku tak pasti apakah "value" yang dimaksudkan oleh beliau, tapi aku rasa mesti dia ada kena mengena dengan PV blog aku yang boleh menaik walaupun hanya 6 artikel sahaja di pos sepanjang bulan Julai ini.



PENERANGAN GRAF :

Sessions : 

Bilangan kunjungan aktif yang berinteraksi dengan laman kita. Bila pelawat singgah homepage kita, dikira 1 session. Pastu pelawat klik page About Me, Penafian dan seterusnya kembali ke homepage, maka total session yang terlibat adalah 2 sahaja. Hompage tadi tu hanya dikira sekali.

Namun, sebuah session itu akan expired jika tiada apa-apa aktiviti pada laman kita dalam tempoh 30 minit.

Kalau lepas tamat sesi, pelawat tersebut mula berinteraksi semula dengan laman kita ( klik next entri contohnya), itu dah dikira 2 sessions.



Users :


Merujuk kepada bilangan pelawat unik (spesifik) yang singgah di blog dalam satu hari. Sekiranya pelawat yang sama datang singgah ke blog kita beberapa kali dalam hari yang sama, ia tetap akan dikira 1 user sahaja.

Dan sekiranya korang di tanya, berapakah bilangan unique view blog korang (UV), so bilangan users ni lah yang harus korang bagi.


Pageview :

Pageview atau ringkasnya dikenali sebagai PV merujuk kepada jumlah "visits" ke blog tanpa mengambil kira visit tu datang dari pelawat yang sama atau pelawat yang berbeza-beza. So mana-mana page yang dibuka tu akan dikira 1 pageview.

Refresh page juga dikira 1 view. Interaksi dengan mengklik page About Me, Contact, Notis Privasi dll juga akan dikira setiap satunya. Pelawat yang klik next entry pun tetap dikira 1 view.


Bounce rate :

Data yang menunjukkan kadar pelawat yang meninggalkan blog kita tanpa berinteraksi dengan kandungannya. Secara mudahnya, bounce rate ni adalah peratus bilangan pelawat yang "visit" blog kita dan terus serta merta keluar. Bounce rate yang cantik, katanya adalah dalam range 10% - 20% sebulan.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. hai. wah selamani saya tak pernah tahu pun function ni. nice info. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 482

    BalasPadam
  2. Rajin rajin up entry lepas ni...thanks sharing

    BalasPadam
  3. good tips Syu..so mcm blog umifuzy tu belum 5 tahun on domain..baru hampir setahun tu yg tak mencanak lagi kot..heehe

    BalasPadam
  4. Lagi lama blog, artikel dah terindeks dalam SE, sebab tu 'value' naik =)

    BalasPadam
  5. bestkan tulis blog

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y