Cara Nak Bezakan Cili Kering Pedas, Biasa Dan Ekstra Pedas | Stok cili kering kisar dah habis. Pernah try juga beli yang dah siap kat kedai tu, err tapi tak sama rasa macam buat sendiri huhu. Bukan lah aku nak kata yang kat kedai tu tidak sedap. Tapi mungkin lidah aku ni dah tune dengan cili kisar homemade. Itu sebab lain sangat rasanya bila masak menggunakan cili boh readymade dari kedai.
Tips : Sebelum membeli cili kering dari pasaraya tu, anda perlu kenal terlebih dahulu mana satu cili kering yang sesuai dengan selera keluarga anda.
Pemilihan cili kering semasa membeli sangat penting terutamanya jika anda mempunyai anak kecil yang tidak tahan makan pedas macam budak Naufal dan Nufael aku tu haha. Kalau buat nasi lemak, aku mesti akan sediakan dua versi sambal. Pedas untuk aku dan ayahnya, dan yang kurang pedas untuk budak-budak.
Ok jom kita tengok jenis cili kering mana yang pedas manja, pedas sederhana dan extra pedas di bawah. Zass!
Cara Nak Bezakan Cili Kering Pedas, Biasa Dan Ekstra Pedas
Cili kering yang paling mild heat antara yang lain |
1 – Cili kering Pedas Pedas Manja
Biasanya cili kering jenis ni banyak dijual di Tesco dan Mydin. Bentuk fizikalnya yang "gemuk pendek" memang mudah nak dicam perbezaannya berbanding cili kering yang lain.
Ha, cili kering jenis ini lah yang aku selalu pilih untuk Naufal dan Nufael sebab ianya paling kurang pedas berbanding kedua cili di bawah ni ha.. Cili kering jenis ini sebenarnya adalah cili kering bergred tinggi. So, ianya sedikit mahal.
Cili Kering Gemuk / Cili Kering Lebar |
Cili kering jenis kerinting, paling popular |
2 – Cili Kering Sederhana Pedas
Cili kering jenis panjang berkedut ini merupakan cili kering yang paling common di gunakan di Malaysia. Tahap kepedasannya adalah sederhana dan warnanya hampir gelap. Mama aku gelar cili kering jenis ni "cili kering kerinting" hehe. Memang kerinting sungguh kan teksturnya? kalau dibuat sambal tumis udang petai ni, memang terangkat!
Super hot! Juga dikenali Mexican cayenne pepper |
3 – Ekstra Pedas!
Cili kering jenis ini adalah yang paling pedas. Melihat warnanya yang merah menyala ini sahaja sudah terpikat! Aku suka cili kering jenis panjang, lurus dan berkilat ini dalam menyediakan rendang pedas. Seperti anda tahu, kepedasan cili akan semakin bangkit apabila ditumis. Disebabkan rendang pedas asli negeri Perak memang tidak ditumis, maka penggunaan cili kering yang pedas sangat sesuai.
So rendang pedas yang berlemak dengan santan dan kerisik bagai tu, akan automatik jadi seimbang dengan kehangatan cili yang paling pedas ini. Rasa rendang pedas kita pasti mantap!
Ok. Dah kenal jenis-jenis dan tahap kepedasan cili kering?
So, lepas ni pergi pasaraya dah tahu nak pilih cili kering yang mana kan? Tapi sekiranya anda sudah tersalah pilih cili kering yang pedas, anda boleh mengawal rasanya dengan menambahkan gula keret (gula kabung/gula nisan) dan lebihkan asam jawa.
Insyaallah, ia dapat overlay rasa extra pedas itu kepada tahap pedas biasa dan boleh dimakan.
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
terbaek :)
ReplyDelete