penawar sakit belakang-biobax

Rendang Pedas Ikan Tongkol Style Perak


Resipi rahsia rendang pedas asli negeri Perak dah terbongkar komer oii..ahaks! Ayat intro pun dah tak bley blah! bhahaha

Takde la rahsia sangat sebenarnya.

Cuma kalau dah namanya rendang, memang kita tahu, banyak versi kan. Versi utara lain, versi pantai timur lain, versi selatan tanah air lagi la AS tak tau macam mana pulak style memasak nye kan..tapi cemanapon tekak AS paling suka style Perak lah.. haha-haruss la kann..yang pedas-pedas tu dengan AS, berpisah tiada...eceeeh
rendang-pedas-ikan-tongkol-style-perak

Rendang Pedas Ikan Tongkol Style Perak

Masa penyediaan : 1¾ jam (sejam 45 minit)

Bahan-bahan :

          - 2 ekor ikan tongkol sederhana (siap cuci bersih)
          - Santan segar
          - Air 1-2 cawan
          - 2 helai daun kunyit, dihiris halus 
          - 5 sudu besar kerisik 
          - 10 biji bawang merah
          - 2 ulas bawang putih (resipi asal, tiada bawang putih pun)
          - 2 inci lengkuas
          - 4 inci halia 
          - 5 batang serai, dihiris 
          - 2 inci kunyit hidup 
          - 8 biji cabai kering 
          - 10 biji cili padi kampung (cabai burung)
          - Garam dan gula secukup rasa 
          - 2 keping asam gelugor  

rendang-pedas-ikan-tongkol-style-perak


Cara-cara :

          - Kisar semua bahan seperti dalam gambar, 
          - Dengan api sederhana, masukkan semua bahan kisar dan ikan ke dalam kuali.
          - Seterusnya masukkan santan, kerisik dan biarkan hingga keluar minyak santan, 
          - Digalakkan kacau sekali sekala untuk elak rendang berkerak dan hangus
          - Bila dah masak bolehlah letak asam dan perasakan dengan gula dan garam.
          - Taburkan daun kunyit yang diracit halus dan kacau bagi sekata.
          - Rasa manis tak boleh mengatasi masin, so beragak-agaklah dalam meletakkan gula.
          - Rendang yang sedap adalah yang cukup dan seimbang rasa masin, pedas, lemak dan rasa masam tak terlalu timbul.

Aih nak terang pun AS tak reti...adoi.. Complicated!

Pendek kata, nak memasak rendang yang sedap, sesedap masakan mak kita memang susah! Sebab pengalaman dalam mengimbangi gula, garam, dan asam tu memakan masa dan memerlukan cubaan berkali-kali. Tengok je lah mak kita memasak berapa puluh tahun dah~ Kannn..

Atau nak senang masak rendang sesedap air tangan mak-mak kita, boleh lah masak dengan Rempah Segera Rendang Pedas Kak Nas.
nas-food-capital-facebook
Resipinya memang asli dari tradisi Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar, Perak. Senang pun senang! Cuma tambah santan dan daun kunyit diracit jer! Dan tada!! Incik asben kompem memuji-muji rendang uoll sedap macam mak masak!

Kembang tau uolls kalo incik asben puji kita masak sedap, nak-nak pulak masakan yang mencabar macam rendang ker, masak hitam ker, yang memang jarang-jarang sekali orang nak masak di rumah. Kecuali raya atau kenduri..sebab renyah dan bahan-bahannya, hadoi bapak banyakkk oii!! Kalo duk kampung boleh la kutip belakang rumah je, kunyit serai bagai. Kalau duk bandar..??

Ok, harga sepeket RM 5.50 tapi kalau uolls nak borong boleh terus PM hakak Nas kat FB page NAS FOOD CAPITAL je hokey ^_^  


2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Anonymous15:57

    Nice..tapi kan sis A.S' betul ke cara masak rendang tak tumis minyak dengan bawang..confius

    ReplyDelete
  2. shedapp nyer lah hai

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.