Kek Pelangi Kukus Bersantan | Simple dan sedap!

Māmy Syu
5
Kek Pelangi Kukus Bersantan - Simple dan sedap! | Request dari anak teruna, si Naufal. Dah lama dah dia minta sebenarnya. Last mamy buat kek pelangi / kek rainbow ni masa Naufal berusia 23 bulan. Lama tu. Sekarang abang Naufal dah 8 tahun pun. ahaks

Mamy kalau masak makanan ala carte, goreng-goreng panas, lauk pauk memang no problem. Tapi bab baking ni I tak berapa berkenan sikit sebab renyah.

Banyak benar cotek-cotek nya. Nak asingkan tepung la, nak ayak, timbang-timbang, adui~ Lemah..lemahh.Huhu

Tapi hati ni tak tergamak nak biarkan anak kecewa. Nak 7 warna pelangi katanya. Alahai, matilahnak oii~ Mak kau nak melapis sampai tujuh kali. Diskaun boleh? hakhak. Mamy buat 5 color je okay?

So berikut merupakan bahan-bahan nak buat kek pelangi kukus berserta dengan cara-caranya. Resepi ini I ambil dari facebook Group MAHN. Nak di kreditkan, I tak simpan pula link nya. Dulu I screenshot je resepinya. Malas nak salin ahaks.

Kek Pelangi Kukus Bersantan | Simple dan sedap, rainbow stemed cake, kuih bolu, coconut cake, kek pelangi santan, kek pelangi kukus, kek lembut.


Kek Pelangi Kukus Bersantan | Simple dan sedap, rainbow steamed cake, kuih bolu, coconut cake, kek pelangi santan, kek pelangi kukus, kek lembut.Resepi Kek Pelangi Kukus Bersantan 

So kek pelangi ni sangat sesuai menjadi hidangan hari Raya sebab tekstur dia yang lembut gebu ala-ala apam, dan rasanya yang kurang manis, sangat disukai oleh warga emas yang bertandang ke rumah Aidilfitri ini.

Selain itu warnanya yang gemilang bakal memeriahkan lagi presentation meja hidangan kita tu nanti. Dari jauh makcik kau boleh nampak kek pelangi kau jah! Haaa

Ini baru betul Warna Warni Di Aidilfitri gittew!

Bahan-bahan:

6 biji telur AA
2 biji kuning telur
250 gram gula kastor
½ sudu teh esen vanila
½ sudu teh garam
1 sudu teh ovalette
175 ml santan kotak - dicairkan dengan sedikit air
200 gram tepung kek

Pewarna pelangi Kek Pelangi Kukus Bersantan | Simple dan sedap, rainbow steamed cake, kuih bolu, coconut cake, kek pelangi santan, kek pelangi kukus, kek lembut. Ungu, biru gelap, biru muda, hijau epal, kuning, orange, merah.

Pra-penyediaan:

Loyang 22 x 22 x 8 cm yang digris dengan butter dan alas dengan kertas minyak dan gris lagi. Bedakkan sedikit dengan tepung nipis-nipis gitu.
Panaskan periuk kukusan hingga air mendidih.

Cara-cara :

1. Pukul telur, kuning telur, gula kastor, garam, ovelette dan esen vanila hingga kembang dan gebu kira-kira 3-5 minit.
2. Masukkan tepung kek sambil diayak secara sedikit-sedikit dan kacau rata.
3. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
4. Bahagikan adunan menjadi 7 bahagian. Dan setiap bahagian lebih kurang 130gm dan diletak pewarna yang berbeza.

Nota tambahan : syu tak cukup pewarna masa ni, so syu buat 5 sahaja, So untuk kali ni aku buat 1 bahagian beratnya lebih kurang dalam 180gm gitu

5. Tuang adunan pertama warna ungu ke dalam loyang, dengan api sederhana kukus selama 10 minit.
6. Lepas 10 minit tuang adunan kedua warna biru muda kukus selama 10 minit.
7. Ulangi langkah tadi untuk adunan berwarna hijau, kuning dan pink sehingga habis.
8. Kukus yang terakhir dengan api sederhana selama 20 minit hingga masak.
9. Angkat dari periuk kukusan, dan tunggu hingga sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
7. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang.

Inilah hasilnya. Kek pelangi kukus yang ringan dan gebu bak chiffon cake gittew. Tak terlampau manis dan tak terlampau lembap padat. 

Kek Pelangi Kukus Bersantan | Simple dan sedap, rainbow stemed cake, kuih bolu, coconut cake, kek pelangi santan, kek pelangi kukus, kek lembut.


Begitulah cara menyediakan kek pelangi bersantan ni. Senang je pun, bahan-bahan nya pun tak susah. Majoriti bahan-bahan yang memang dah ada di dapur kita pun.

Tapi bercinta nya nak buat kek ni bukan sebab bahan dia, tapi teknik penyediaan dia yang panjang. Kena tunggu 10 minit demi 10 minit huu~ 

Makan nya sekelip mata je. Sedap! Memang sedap! Aku sendiri pun suka. Teksturnya lembut, ringan macam apam susu. 

Onyang Naufal yang tak ada gigi pun suka makan kek ni sebab tak manis sangat, lembut, lembap tapi tak tercekik, pastu wangi berbau santan. 

Bau kek pelangi ni seakan-akan bau manis kuih bahulu kemboja a.k.a kuih penganang. Dapat bayangkan tak?

Menjejes teruk tuu.hahaha Kek Pelangi Kukus Bersantan Simple dan sedap, rainbow steamed cake, kuih bolu, bahulu, coconut cake, kek pelangi santan, kek pelangi kukus, kek lembut, kek warna warni raya,

Post a Comment

5 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. cantiknyeeeee. nak makan pun sayanggg

    ReplyDelete
  2. tgk gambar je dah tau sedap :)

    ReplyDelete
  3. Macam kek lapis je ekin tengok. .Selalu ada yang rainbow cookies tu. .tak tahu pulak ada kek pelangi.. Mesti sedapp nihh

    ReplyDelete
  4. Alahai comel2 kek pelangi ni.ini kalau buat time birthday party memang meriah kan

    ReplyDelete
  5. Ok.. Boleh try ni.. Tak susah mana cuma kena rajin..

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!