4 sebab kenapa aku asyik 'craving' nak makan makanan manis | Aku kalau tak preggy pun aku memang selalu datang masa dan ketikanya aku craving nak makan manisan. Manisan yang paling kerap aku buat time aku craving adalah puding karamel, tak pun puding sekaya. Sebab bahan-bahannya paling mudah dan cepat je nak dibuatnya. Tapi kenapa aku asyik craving nak makan makanan manis jugak walaupun sebelum aku mengandung pun? Tertanya-tanya jugak aku.

4 sebab kenapa aku asyik 'craving' nak makan makanan manis

Sebenarnya persoalan ni aku pernah ajukan pada pakar zat pemakanan. Kebetulan itu hari berat badan anak aku tak berapa bagus, so nurse di klinik kesihatan Ibu dan Anak tu refer kes dia kepada pakar zat pemakanan. Okey, menurutnya ada beberapa sebab kenapa kita asyik craving nak makan makanan manis, biarpun bukan atas sebab kita mengidam semasa hamil. Jom aku story satu persatu.

Gula rendah di dalam darah

Pertama, mungkin faktor paras gula dalam darah aku rendah. So secara semulajadi, badan kita akan regulates paras gula dalam darah tu dengan cara mengahntar signal kke otak supaya aku makan sesuatu supaya gula dalam darah aku kembali ke paras normal. Gula yang rendah ni besar kemungkinan disebabkan tabiat "tahan makan" yang aku selalu amalkan. haha alasan? Tak sempat makan lah konon.


Keletihan dan tak cukup tidur

Faktor kedua, kenapa aku asyik craving gula adalah bila badan terlalu letih dan kekurangan tenaga. Katanya, craving makanan manis ni memang kerap berlaku pada orang yang mengalami masalah sukar tidur dan tidur tak lena. Bila badan kurang tidur dan rehat, badan kita akan mula mencari sumber tenaga dari gula. Obviously, gula adalah penyumbang tenaga segera untuk badan sebab ia cepat dimetabolismakan untuk ditukarkan kepada tenaga.


Diet yang ekstrem

Ketagihan gula atau craving ni mungkin juga berlaku sebagai respon terhadap diet yang terlampau ketat. Memang susah nak follow perancangan pemakanan yang banyak mengetepikan keinginan selera serta menepis perasaan nak indulge diri kita dengan makanan yang sedap-sedap. Sebaiknya, kita amalkan diet secara sederhana dan sihat dengan mengawal jumlah porsi pengambilan makanan berbanding diet yang ekstrem.


Psikologikal

Akhir sekali, craving gula ni juga ada kaitan dengan faktor psikologikal tau. Contohnya, kalau kita dalam keadaan serabut dan stres, kita akan cenderung untuk mencari sesuatu makanan untuk memanjakan diri dan bertenang, seperti aiskrim coklat atau fruit smoothies. Makanan yang bergula akan mencetuskan reward mechanism dalam otak dengan pembebasan sejenis bahan kimia neurotransmiter yang dipanggil serotonin (5-hydroxytryptamine) yang memabantu boost kan mood kita sekaligus membuatkan kita berasa lebih baik.


So, antara 4 sebab yang mencetuskan craving gula ni, korang tergolong dalam kumpulan yang nombor berapa?