4 Sebab Kenapa Wanita 'craving' Nak Makan Makanan Manis

4 sebab kenapa aku asyik 'craving' nak makan makanan manis | Aku kalau tak preggy pun aku memang selalu datang masa dan ketikanya aku craving nak makan manisan. Manisan yang paling kerap aku buat time aku craving adalah puding karamel, tak pun puding sekaya. Sebab bahan-bahannya paling mudah dan cepat je nak dibuatnya. Tapi kenapa aku asyik craving nak makan makanan manis jugak walaupun sebelum aku mengandung pun? Tertanya-tanya jugak aku.

4 sebab kenapa aku asyik 'craving' nak makan makanan manis

Sebenarnya persoalan ni aku pernah ajukan pada pakar zat pemakanan. Kebetulan itu hari berat badan anak aku tak berapa bagus, so nurse di klinik kesihatan Ibu dan Anak tu refer kes dia kepada pakar zat pemakanan. Okey, menurutnya ada beberapa sebab kenapa kita asyik craving nak makan makanan manis, biarpun bukan atas sebab kita mengidam semasa hamil. Jom aku story satu persatu.

Gula rendah di dalam darah

Pertama, mungkin faktor paras gula dalam darah aku rendah. So secara semulajadi, badan kita akan regulates paras gula dalam darah tu dengan cara mengahntar signal kke otak supaya aku makan sesuatu supaya gula dalam darah aku kembali ke paras normal. Gula yang rendah ni besar kemungkinan disebabkan tabiat "tahan makan" yang aku selalu amalkan. haha alasan? Tak sempat makan lah konon.


Keletihan dan tak cukup tidur

Faktor kedua, kenapa aku asyik craving gula adalah bila badan terlalu letih dan kekurangan tenaga. Katanya, craving makanan manis ni memang kerap berlaku pada orang yang mengalami masalah sukar tidur dan tidur tak lena. Bila badan kurang tidur dan rehat, badan kita akan mula mencari sumber tenaga dari gula. Obviously, gula adalah penyumbang tenaga segera untuk badan sebab ia cepat dimetabolismakan untuk ditukarkan kepada tenaga.


Diet yang ekstrem

Ketagihan gula atau craving ni mungkin juga berlaku sebagai respon terhadap diet yang terlampau ketat. Memang susah nak follow perancangan pemakanan yang banyak mengetepikan keinginan selera serta menepis perasaan nak indulge diri kita dengan makanan yang sedap-sedap. Sebaiknya, kita amalkan diet secara sederhana dan sihat dengan mengawal jumlah porsi pengambilan makanan berbanding diet yang ekstrem.


Psikologikal

Akhir sekali, craving gula ni juga ada kaitan dengan faktor psikologikal tau. Contohnya, kalau kita dalam keadaan serabut dan stres, kita akan cenderung untuk mencari sesuatu makanan untuk memanjakan diri dan bertenang, seperti aiskrim coklat atau fruit smoothies. Makanan yang bergula akan mencetuskan reward mechanism dalam otak dengan pembebasan sejenis bahan kimia neurotransmiter yang dipanggil serotonin (5-hydroxytryptamine) yang memabantu boost kan mood kita sekaligus membuatkan kita berasa lebih baik.


So, antara 4 sebab yang mencetuskan craving gula ni, korang tergolong dalam kumpulan yang nombor berapa?

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. nice sharing... Gula rendah dalam darah

    disebabkan doktor suruh Bonde diet baru ni check doktor sebab rasa pening dan nak pitam, rupanya bila check... kandungan Gula rendah dalam darah... jadinya kena makan/minum benda manis juga.. sebab badan terkejut.

    BalasPadam
  2. Sama mcm kawan kat opis memg suka manis sbb kurg gula dlm darah

    BalasPadam
  3. tahap gula rendah dalam badan ni bahaya...boleh buat sesrg yg rendah gula ni seakan hayal mcm blur pada mula lepas tu terus unconsious..kalau nampak tanda2 ni..kena cepat bagi makan esp nasi..ni experience terjadi dkt mak sy..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Annur, Mek Onie datang ni. First onie nak mohon maaf atas kelewatan untuk balas kunjungan. Second salam perkenalan dari Mek Onie,hehe... Yesss! Onie kalau tak dapat gula atau benda-benda yang manis onie akan rasa menggeletar je badan ni. Puding karamel tu my favourite! Betul, kitakan kalau kurang makanan manisan atau ambil gula,cukuplah sehari.. akan rasa lain macam je badan tu. Apapun, kita kena pandai jaga pemakanan dan kesihatan tubuh badan kitakan. Onie doakan, moga kita semua diberi kesihatan yang baik-baik sahaja. Amin

    BalasPadam
  5. yes this is so true.

    hi jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  6. kalau camni punya rupa makanan, memang tiap masa wajib tewas

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama15:35

    Jom join program DSSK. Kita buang craving jauh jauh. Kita diet ramai ramai. Keahlian percuma seumur hidup. Call admin 01111800131 masuk grup. Memang terbaik‼️.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y