Antara Gajet dan Pengaruh Rakan Sebaya? Mana Lebih Mencabar?

Ibu ayah yang kedua-duanya berkerjaya pasti akan menghadapi cabaran besar dalam mendidik anak-anak. Apa tak nya, kita ni laki bini, gelap-gelap lagi dah keluar rumah ke tempat kerja. Matahari hampir terbenam, baru kita balik.

Keadaan akan bertambah buruk bila slah seorang dari kita (ibu ayah) tak pandai nak balance kan antara komitmen kerja dan keluarga.

Akhirnya, anak-anak terabai dan terbiar. Tanggungjawab menjaga anak di sub-con kan kepada pengasuh 100%. Aduh.

Sangat tak adil bagi anak-anak kan?
Mereka tu anak kita. Kita laki bini yang "membawa" mereka ke dunia ini. Bukan ada siapa-siapa yang memaksa kita untuk "menagmbil" anak-anak kita tu. Memang kita lah yang bertanggungjawab sepenuhnya menginginkan anak itu lahir ke dunia.

Bila mereka dah hadir ke dunia, kita pula , gi mengabaikan kasih sayang yang amat mereka perlukan. Apa hal?

Membaca kisah viral mengenai masalah anak-anak seawal usia darjah 6 lagi sudah bikin gempar satu Malaysia? Patut-patut bila dah baca kisah sebegini, kita sebagai ibu ayah perlu banyak "pandang ke dalam" iaitu muhasabah diri.

Dalam sehari, berapa patah perkataan yang kita tuturkan bersama anak? 


Kata-kata maki, bentak, marah, dan leteran tidak boleh dikira sebagai komunikasi. 

Maksud Xu, komunikasi santun lagi bermakna dengan anak.
Ada tak?


Kalau ada, berapa patah perkataan yang kita tuturkan?

Berapa kerap kita berkomunikasi? Setiap hari?
Seminggu sekali?


Persoalan ini penting sebab apa tau?

Sebab ibu bapa yang jarang berkomunikasi dengan anak-anak, mungkin sebulan sekali atau seminggu sekali sahaja bertemu, akan menyebabkan anak-anak ini mudah rasa terpinggir dan kurang kasih sayang serta perhatian.

"Ehh! Setiap hari aku berkomunikasi je dengan anak aku apa?"

How the communication itu berlaku really does matter. Pentingnya komunikasi dua hala yang sihat antara anak dan ibu ayah dalam pembentukan peribadi dan akhlak anak-anak. 

Komunikasi yang baik perlu melibatkan eye contact, bukannya mulut bercakap tetapi mata duk tertumpu kat laptop mahupun smartphone je. Nonono way mommy daddy! Don't do that.



Cabaran dari kemajuan teknologi telekomunikasi

Teknologi dan media sosial hari ini amatlah rencam sekali. Anak-anak sering didedahkan dengan Facebook, Instagram, Youtube, Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Ini belum lagi sebut aplikasi merapu entah-apa-apa ntah macam Tik-Tok, BigoLive, Musically dan seumpamanya.

Kewujudan pelbagai aplikasi online ini amat membimbangkan. Ada anak-anak remaja yang dah pun berani bersembang topik yang berbaur lucah. 

Tak terkecuali remaja yang melayan perbualan video BigoLive sangat tegar dan berani mendedahkan aurat dan anggota sulit tanpa segan silu! Trend ini amat merisaukan.

Bagi Xu, teknologi tak salah! Teknologi yang semakin maju ini sebenarnya banyak membantu memudahkan urusan kehidupan seharian kita. 

Yang jadi masalah, bila teknologi ini tak dikawal dengan baik oleh ibu ayah.! Bencana keruntuhan akhlak lah yang bakal ibu ayah berdepan!




Bina benteng dalam diri anak-anak

Sentimen "setiap dosa pasti akan dibalas dengan hukuman oleh Allah" perlu ditanam ke dalam minda, hati dan jiwa anak-anak. Sentimen ini bila dah terpahat dalam hati, automatik benteng ketaqwaan akan terbina.

Benteng di dalam diri anak-anak kita inilah yang akan membuatkan mereka menjaga diri mereka sendiri sebaik mungkin sama ada di depan mahupun di belakang kita

Makanya, andai kata mereka diberi peluang menggunakan teknologi sekalipun, mereka akan tahu menjaga batas dan peraturan seperti yang Islam gariskan. Bahkan, mereka juga tahu membezakan mana pahala dan mana dosa.



Anak-anak mudah memberontak

Sifat anak-anak memang suka mencari perhatian. Mereka mahu diberikan belaian mesra. Itulah fitrah yang tidak boleh kita nafikan. So bila ibu bapa gagal menjadi pendengar setia kepada anak-anak, mereka akan mencari pihak ketiga untuk dicurahkan segala masalah mereka.

Kalau orang ketiga tu molek akhlaknya, alhamdulillah.

Tapi macam mana kalau sebaliknya?
Bencana! Sudah pasti akan tiba. ~Nauzubillahiminzalik

Jiwa muda pada anak-anak kita tu mudah membara. Kalau kita laki bini ni kat rumah sentiasa je bermasam muka, bergaduh bagai, jiwa muda anak-anak mudah tertekan. 

Terasa "panas" apabila berada di rumah. Tiada lagi istilah “rumahku syurgaku” bagi mereka. Pergolakan rumah tangga anatara kita laki bini biasanya akan menyebabkan anak-anak menjauh hati seterusnya rumah kita ini akan menjadi tempat terakhir yang anak-anak nak jejakkan kaki.

Kalau boleh, selepas tamat waktu sekolah pun mereka tak ingin nak balik ke rumah.


Antara Gajet dan Pengaruh Rakan Sebaya Mana Lebih Mencabar

Bendung sebelum parah

Justeru, sebelum ia menjadi parah, jom kita cegah (bagi yang mempunyai anak masih kecil) dan tanganinya segera demi masa depan anak-anak. Masalah takkan selesai kalau kita sebagai ibu ayah ni asyik nak menyalahkan satu sama lain saja.

Sebaiknya, kita perlu sama-sama "berhenti" sejenak dan bermuhasabah diri seikhlas mungkin. Moga Allah memberi kekuatan dan membuka seluas-luasnya jalan buat kita.


Cabaran Mendidik Anak-anak dalam era Teknologi | Antara Gajet dan Pengaruh Rakan Sebaya? Mana Lebih Mencabar?


Ada 13 cara yang boleh diamalkan di dalam rumah kita bagi membendung masalah akhlak anak-anak. Jom ibu ayah, bermula hari ini, kita amalkan 13 cara yang disarankan para ulama' ini mudah-mudahan terbinalah benteng pertahanan dari dalam diri anak-anak kita semua. Amin

1. Hidupkan amalan solat secara berjemaah di rumah.


2. Melazimi Al-Quran serta membudayakan juga membaca buku hadis di rumah


3. Berikan didikan agama sesempurna mungkin kepada anak-anak. Jika tak mampu mengajar, jemputlah para ustaz dan ustazah untuk mengajar agama di rumah.


4. Membawa anak-anak dan ahli keluarga ke masjid dan surau selain mengikuti kuliah ilmu


5. Sentiasa amalkan budaya makan semeja bersama keluarga. Penting bagi mengekalkan kemesraan dan komunikasi berkesan.


6. Meminimakan penggunaaan gajet bila berada di rumah,. Berikan perhatian sepenuhnya pada komunikasi bersama anak-anak


7. Sentiasa memperuntukkan masa berkualiti bersama anak-anak atau orang sekarang menggelarnya sebagai "bonding time". 


8. Berinteraksi dan sering menjadi pendengar setia kepada apa jua yang diutarakan anak-anak. Berikan tumpuan terhadap apa yang anak perkatakan, biarpun ianya kedengaran remeh.


9. Sentiasa memperingatkan adab menggunakan telefon bimbit dan media sosial berulang kali kepada anak.


10. Memantau pergerakan anak-anak dan cuba mengenali siapa rakan-rakan mereka.


11. Jangan putus mendoakan kebaikan anak-anak. Berdoalah bersunguh-sungguh,nescaya doa ibu dan ayah sangat mustajab.

12. Berkomunikasi menggunakan bahasa yang lembut dan nada yang rendah. Usah sesekali menggunakan bahasa yang kesat, atau mencarut.


13. Menjadikan rumah tempat yang paling bahagia, paling tenang dan paling seronok untuk tinggal.




Demikian. Sampai sini sahaja perkongsian pada minggu ini. Semoga bermanfaat.

Hingga ketemu lagi dalam perkongsian akan datang.


Jumaat 18 Safar 1440H
26 Oktober 2018

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Both plays a crucial role. So it’s important to actually know how much limitations to use in order to prevent these things from happening.

    BalasPadam
  2. Dua 2 mencabar.. :)

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y