Pendaftaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019 Akan Dibuka

14:42
Akhirnya laman rasmi Lembaga Hasil » Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) telah mengumumkan tarikh pendaftaran BSHR. Dikhabarkan sebelum ini, penunaian BSH akan bermula sebaik selepas Tahun Baru Cina. Tapi ramai yang mula runsing dan keliru tentang bagaimana dan bila mereka boleh memohon BSH 2019.


Tarikh pendaftaran BSH 2019 akan dibuka bermula pada tarikh 1 FEBRUARI 2019 sehingga 15 MAC 2019.

Bagaimanapun terbaru, kerajaan mengumumkan pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi penerima Bantuan Sara Hidup 2018 (sebelum ini telah lulus dan menerima BR1M 2018). Jadi penerima bantuan terdahulu akan menerima pembayaran pertama mereka secara AUTOMATIK tanpa perlu melalui apa-apa proses permohonan.
Permohonan baru dan kemas kini BSH 2019 boleh dilakukan sepanjang tempoh pendaftaran ini. Urusan permohonan baru dan kemas kini boleh dibuat secara online dan offline melalui:

Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my) atau,
-Di pejabat cawangan LHDN
-Pusat khidmat hasil (PKH) LHDN
-Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN
*Kaedah pendaftaran akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dibuat.

Penerima BR1M 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

-Berkahwin (Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
-Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
-Warga emas sebatang kara

Namun tidak semua penerima BR1M 2018 akan layak menerima Fasa Pertama BSH 2019.

Bagi mereka yang pernah/layak menerima BR1M 2018 dahulu, namun sekiranya mereka tergolong dalam kategori di bawah, mereka tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019:

-Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
-Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
-Bujang yang mempunyai tanggungan

Bagi mereka yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, permohonan baru boleh dibuat bermula 1 Februari 2019.

Manakala bagi mereka yang telah pun menerima Fasa pertama BSH 2019 pada 28 Januari 2019 tersebut, anda perlu mengemas kini maklumat pendapatan dan tanggungan terkini anda sebelum tamat pada 15 Mac 2019.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BSH 2019, sila hubungi talian Bantuan Sara Hidup Rakuat 2019 di talian 1 800 88 2747

1 comment:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Moga agihan dpt diberi dgn lebih adil, insyaAllah..

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.