Skip Hop – Jenama Pilihan Syu Untuk Barangan Anak-anak | Barangan Skip Hop memang kerap kali lalu di feeds instagram Syu tau. Tak boleh tidak hati si ibu ni terpikat dengan kecomelan barang keluarannya. Cute sangat okey! Kebetulan beg galas lama abam Naufal dah terputus tali penyandang nya tu. So I decided untuk hadiahkan dia dengan beg baru.
Previously, abam Naufal pakai beg jenis hard shell dengan design lebah. Bila beg tu rosak, dia insist nak design lebah jugak. Alahai anak~ Minat benar awak dengan lebah ye? Aduiii. Bila ditanya, design zirafah dan musang taknak ke?
"Taknak. Abam suka lebah je sebab cikgu cakap kita kena jadi sebaik lebah. Suka cari bunga yang wangi dan madu yang manis. Jadi dia takkan cakap buruk pasal orang lain sebab yang keluar dari mulut dia cuma yang manis-manis je"
Bulat mata ibu memandang si budak Naufal ni bercakap. Serius lah kata-kata ni keluar dari mulut budak 6 tahun. Lama ibu terdiam.
"Hmmm..I see."
"Alright kalau macam tu kita cari ganti beg lama tu ya. Kita beli sama design lebah jugak yerr"
Ini la beg lebah pertama abam Naufal dibeli tahun 2016 |
Anak bertuah ni memang jenis cakap straight to the point. Kalau dia kata nak "itu", maka itu lah. Sampai naik pening ibu ni melayan kerenah dia seorang. Itu belum campur kerenah adik-adiknya lagi. huhu. By the way, I bersyukur. Orang tua-tua kata, budak banyak akal kerenah ni otaknya bijak. InsyaAllah. harapnya begitulah.
Pelbagai Koleksi Zoo dari Skip Hop
Sebenarnya banyak lagi tema animals lain yang boleh dipilih dari Koleksi Zoo Skip-Hop ni. Antaranya Ladybug, Penguin, Owl, Leopard, Bat, Giraffe, Fox, Llama dan lain-lain. Mommies boleh tengok sendiri kat instagram Skip Hop : @skiphop.asia atau klik je laman web ni -> www.bloomandgrowasia.com <-. Serius semunya comel dan adorable!
Ibu berkenan dengan Skip Hop Zoo Fox sebenarnya. Sebab ibu minat merah haha. Tapi apakan daya, si budak pintar soleh Naufal ni tetap tegas dengan pendiriannya memilih Skip Hop Zoo Bee jugak. Ok la~ok laa. Ibu kasi chance la. Lagipun warna kuning memang warna kegemaran Naufal pun.
Itu dia lah penyakit mak-mak ni tau. Especially yang dah ada anak dua tiga orang macam I ni. Kalau hadiahkan something pada anak sulung, tak boleh tidak ibu belikan jugak untuk adik-adik juga. Haa tudia lah..itu diaa lah ibu kau.
Back pack dan pinggan untuk abam Naufal, Lunchie bag dan set mangkuk dan sudu garfu untuk angah Nufael, manakala botol air berstraw untuk adik Hawraa. hihiks
Apa Komen Ibu Tentang Koleksi Zoo dari Skip Hop
Skip Hop Zoo Backpack
Pertama sekali I nak highlight dia punya zip. Memang nampak gigi-gigi zip beg ni jenis yang elok dan berkualiti. sekilas pandang dah boleh nampak. Plus, comel je dia punya zipper dengan corak sarang lebah. Ohh~ how cute.
Material beg ni pun tebal dan tahan lasak. Haritu masa ke Cameron Highland, beg ni terkena stain dari coklat strawberry, I kesat dengan wet tissue je dah boleh bersih. Ok, agak impressive disitu. I wonder if it is waterproof or maybe half waterproof macam tu, sebab senang sangat wipe away kotoran tu.
Skip Hop Zoo Lunchie
Beg bekal makanan ni sebenarnya I tak berapa suka sangat sebab dia tak ada poket untuk letak tumbler. So kurang sikit score untuk Lunchie bag. Sorry.
Tapi I suka sebab beg ni ada ciri tahan haba. So bento anak-anak akan tahan panas at least sehingga waktu rehat mereka di taska.
Satu lagi, lunchie bag ni zipnya boleh buka keliling, macam briefcase tu. so kalau dalam beg ni kotor ke, sos tertumpah ke, senang nak cuci dan cepat nak dikeringkan.
Skip Hop Zoo Melanie Set
Set pinggan mangkuk serta set sudu dan garfu dari koleksi Bee ni diperbuat daripada melamin yang dijamin selamat untuk kanak-kanak.
Material jenis melamin ni memang terkenal dengan sifat ketahanan yang tingginya. Rasanya Skip Hop memnag dah buat research, bekas makanan kanak-kanak haruslah tahan lasak, ye tak? Kalau tak, ini jam beli, ini jam jugak dah pecah berderai haha
Untuk set sudu garfu pula diperbuat dari stainless steel and I think stainless steel lebih hygiene berbanding plastik, sebab bakteria takkan melekat pada permukaan besi tahan karat. Tengok saja lah tools pembedahan, semua nya stainless steel sebab ia perlu dalam keadaan aseptik (bebas kuman)
Saiz pemegang dan panjang sudu garfu ni ideal molek dengan saiz genggaman budak. Pemegang nya pula ada dilengkapi dengan non-slip rubber di sisi kiri dan kanannya supaya sudu tak mudah terlucut dari genggaman.
Skip Hop Zoo Straw Bottle
Untuk botol air berstraw ni I bagi khas untuk di Hawraa yang tengah melasak sekarang ni. Hawraa sejak-sejak 'dapat kaki' ni, kerja nya asyik nak berjalan saja.
Memanjat sofa, selongkar almari buku, dan ulang alik, dari ruang tamu ke dapur dan berjalan balik ke ruang tamu semula. So pergerakan dia terlalu aktif membuatkan I rasa it's more convenient untuk bagi dia minum menggunakan straw, instead of hirup dari cawan.
Straw bottle Skip Hop ni kalau mommies beli, diorang akan bagi berserta straw spare lagi sebatang tau. Lucu ya. Macam tahu-tahu je budak Hawraa ni suka mengunyah straw.haha.
Budak seusia Hawraa (14bulan) ni bak kata Opahnya yang merupakan pesara dental nurse, memang suka mengunyah atau teething. Katanya ia salah satu latihan menguatkan rahang dan promotes pertumbuhan gigi.
Selain tu, botol ni ada tali dengan pelekat velcro tau. Senang kalau nak berjalan-jalan, tali botol ni boleh dibuka dan dibelit kat handle stroller baby je. Nak minum, 'zapp' je tali tu dan bagi kat anak.
Nak gantung kat beg pun boleh ni. Sure takkan tertinggal or tercicir kat mana-mana dah lepasni.
Ulasan Syu tentang Skip Hop Zoo series
Overall, berbaloi beli barang Skip Hop sebab kualitinya memang tip top. No complaint. Cuma dalam mana-mana brand pun, mesti perlu ada beberapa penambahbaikan dari semasa ke semasa kan?
Tiada yang 100% perfect di dunia ni. Sebab tu pentingnya review-review dan feedback yang membina macam ni. You guys ingat tak penat ke menulis panjang-panjang macam ni. Lenguh tau jari jemari I ni bhahaha.
So, mommies kalau ada beli or guna barang-barang 'baekk' di rumah, haruslah share review juga. Sama-sama kita perkasakan kuasa pengguna..gittew.
So, mommies kalau ada beli or guna barang-barang 'baekk' di rumah, haruslah share review juga. Sama-sama kita perkasakan kuasa pengguna..gittew.
Hope mommies out there dapat panduan lah sedikit sebanyak dari review Syu ni. Semoga kita menjadi mak-mak yang bijak dan berhemat dalam berbelanja.
Bagi I kalau nak beli anything biar menang membeli dan menang memakai. Kan.
Bagi I kalau nak beli anything biar menang membeli dan menang memakai. Kan.
Bye!
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Pertama kali tau pasal jenama ni. Hehe. Comey jugak produk nya 😍
ReplyDeleteMinat juga dengan koleksi skip hop ni..cantik-cantik koleksi dia. Anak-anak teruja lah dengan design cute macam ni.
ReplyDeleteComelnya design beg ni.airah oun tengah survey-survey barang anak.nanti nak survey brand ni jugak la
ReplyDeleteBijak betul dia bagi alasan kenapa nak beg design lebah juga ye, ibu nak bantah pun tak boleh hehehe.
ReplyDeleteComelnya semua koleksi gambar yang sama. Lebah ye. Cute je.
ReplyDeleteAnak anak ni, kalau dia kata nak yang tu, memang kena bagi yang tu la kan. Jangan bagi yang lain. Hehe
Comelnya la bebudak nie.
ReplyDeleteMasing-masing dah ada fikiran sendiri nak jenis dan warna apa kan.
Yang penting parents pun menyediakan yang terbaik untuk anak-anak mereka kan.
Hey beg tu kenapa comel sanga . Kalau belubsatu untuk bujang ni confirm dia suka. Jenama ni baru lahi ke kat oasaran sebab first time dengar tapi nampak conellah semua produknya. Nanti nak grablah satu beg
ReplyDeleteLawa lah color dengan design bag dan bekas makanan ni. Gerenti anak anak suka kalau dapat ni. Makan pun mesti lagi berselera kan? Hehehe. Boleh la beli untuk anak anak buah nanti
ReplyDeleteLooks cute. I should get one for my nephew too.
ReplyDeletecomel la design dia..budak-budka memng suka design macam ni..beg tu boleh bawak pergi masa berjalan isi barg diaorang..botol air tu..eee gram ..kene cari ni
ReplyDeleteEee comelnya , anak pun duk asyik mintak bag untuk dia hehe nanti nak usha
ReplyDeleteCute lah beg bee tu. Mesti ramai kawan2 kat sekolah jealous tengok beg bee hitam kuning tu tiap2 hari. Hehe.. Dah ada idea dah nak hadiahkan anak buah macam ni! :)
ReplyDeleteSerius comel giler la beg nie. Kalu tunjuk kat anak2 AM confirm diaorg suka.. Nak sambar 2 la beg nie.. Jadi dapat sorg satu.. Ada design lain lg x?
ReplyDeleteComel pulak tgok anak2 kecik pakai produk jenama ni. Boleh jugak ni jadikan hadiah bila ada birthday party budak2 kan..sure diorg suka
ReplyDeleteKalau dapat satu set lagi menarik sangat
ReplyDeletewahhhhh! Before this onie pun ada terbaca entry from my blogger friend. All collections memang terbaik dan cantk! anak-anak pun mesti suka yang amat kan bila dapat. Beg tu cantik kak :D
ReplyDeleteAtotooo comelnyaaa skip hop bee diaaa hehehe
ReplyDeletecomel2 betul barangan skip hop nie. ini bukan budak je yang suka, org2 dah tua mcm sy pon rasa nak beli. comel2 !! kalau boleh semua benda nak berjenamakan skip hop
ReplyDeleteComelnya beg dia..bdk2 mmglah suka dan byk jgk produk lain
ReplyDeleteComel lah beg bee tu. Patut anak-anak suka. Qiss nak usha beg yang lain juga la. Nak beli juga satu kalau berkenan. Senang letak barang budak-budak. Bila ada satu set dengan beg makanan tu pun ok juga.
ReplyDeleteThis is so cute, i pun nak beli untuk my anak buah. Thanks for sharing this info ya.
ReplyDelete