Tips Berpuasa Bagi Ibu yang Menyusui Bayi

Alhamdulilah berjumpa lagi di Ramadan tahun ini.

So hari ni Mamy nak share sedikit tips untuk ibu-ibu yang ada baby yang masih menyusu badan untuk terus kekal bertenaga dan terhidrat dalam tempoh seharian berpuasa. hukum berpuasa bagi ibu menyusu badan

tips berpuasa bagi ibu menyusui


Tips Berpuasa Bagi Ibu yang Menyusui Bayi

1. Waktu sahur, ambil makanan yang berat seperti nasi dan WAJIB makan buah kurma untuk bekalan tenaga yang lebih lama. Dan berusahalah untuk sahur pada masa yang lewat seperti dianjurkan bagi mengelak ibu jadi defisit tenaga di siang hari dan mengalami hypo. (terlalu lapar)

2. Selepas sahur (sebelum masuk waktu Subuh), boleh mengepam untuk sesi pertama. Dan sekiranya ada masa lagi sebelum azan, minumlah segelas penuh air suam selepas mengepam.

3. Jadual pam susu semasa puasa di tempat kerja, (3-4 jam sekali) wajib follow macam biasa, jangan skip hanya kerana risau akan dahaga. Kalau you all kerja jam 8 pagi hingga 5 petang, so dapatkan at least 3x sesi mengepam.

4. Bila balik rumah, biasanya ibu dah lembik longlai dah huhu. It's me lah tu! I know, you guys mommies out there sado dan gagah. So, I choose untuk tidak DF kan my baby, dan meminta tolong baby sitter susukan baby siap-siap, kenyang-kenyang dengan EBM sebelum I fetch baby dalam pukul 5 gitu.

5. Masuk waktu berbuka, jamah buah kurma terlebih dahulu. Why? Sebab gula dalam kurma atau tamar boleh membantu ibu revive dengan segera dengan memberikan tenaga yang lebih cepat.


6. Minum air yang cukup di waktu malam untuk menggantikan air yang hilang pada waktu siang nya. Bawa botol air sentiasa (ke masjid / kat ruang tamu / bilik tidur) supaya mommies ingat sentiasa untuk minum. Ini penting untuk pastikan badan circulate balik air pergi ke seluruh tisu-tisu badan yang dehydrated tadi siang. Pastikan ianya bukan air berais atau sejuk.

7. Dan mommies boleh mengepam pada waktu malam untuk bekalan stok keesokan hari. Mamy biasa mengepam selama 20 minit pukul 11 malam selepas tarawih dan juga 30 minit memgepam pukul 4 pagi sebelum nak prepare makanan sahur.



Dah amalkan Semua Tip Tapi Susu Badan Masih Sikit di Bulan Puasa


Dan ingatlah mommies tentang satu perkara: 
Kalau bekalan susu badan ibu-ibu merudum tu sebenarnya bukanlah disebabkan faktor mommies lapar kerana berpuasa. 

Ohh~ Maha suci Allah. 

'Kilang susu' kita takkan 'tutup' disebabkan kehabisan sumber kerana ibu berlapar ye! Ingat tu.

Allah maha Bijaksana. Badan ibu akan adjust sendiri, dan 'menarik' sumber 'simpanan' yang ada dalam badan ibu untuk menghasilkan susu. 

Hebat tak hebat!? Kuasa Allah.

Menurut kaunselor laktasi, faktor susu merudum masa bulan puasa ni sebenarnya lebih kepada gangguan hormon yang disebabkan keadaan unhappy, stressed dan exhausted yang you all hadapi di siang hari, lalu meningkatkan penghasilan prostaglandin. (hormon stres)

Menurut kajian, paras prostaglandin yang tinggi dalam darah boleh mengakibatkan rembesan hormon oksitosin oleh kelenjar pituitari tersekat.


Hormon oksitosin (oxytocin) kan memain peranan penting dalam penghasilan susu badan? 

So, bila oksitosin terganggu perembesan nya, macam mana nak facilitate operasi 'kilang susu'? 

So, sangat penting untuk mommies kekal bertenaga, stay positive dan chilling sepanjang tempoh berpuasa. Ingat. Stres itu pembunuh susu badan! 

Selain tu, cara kekalkan susu badan masa puasa, please make sure bersahur dengan makanan yang rendah GI (glycemic index) macam nasi, rolled oats, gandum dan buah berserat tinggi. 

Minum air yang mencukupi sepanjang malam dan elakkan pengambilan makanan yang bersifat diuretic (menggalakkan kencing) seperti air berkabonat, kopi, dan teh yang tinggi dengan kandungan kafein.

tips ibu menyusui berpuasa, petua susu meriah di bulan puasa
 Yield susu maintain lagi 10 oz sekali pam. Ini hasil pam pagi ni sebelum artikel ni ditulis.


Ini sahaja tips yang dapat dikongsikan setakat hari kedua puasa ni. Kalau mommies nak share pengalaman mommies untuk kekalkan bekalan susu badan di bulan Ramadan, sangat-sangat dialukan di ruangan komen.


SELAMAT BERPUASA!

Catat Ulasan

1 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y