Dia Surirumah -Episod #2

Māmy Syu
2
Sebelum ini entri "Dia Surirumah", dan kali ni boleh dikatakan episod kedua kepada entri Dia Surirumah lah.huhu

Dulu, masa I baru ada Naufal seorang je, I belum berkerja dan hanya buat bisnes dari rumah sahaja. So most of the time I akan berkepit je dengan anak. Punya lah banyak masa sampai setiap inci badan dia ibu belek hahaha. Anak baru sorang kan. Macam tu lah.

Dan pada yang first time baca blog Syu ni, my Naufal tu merupakan baby preemie yang lahir pada 32 minggu. So setiap sakit demam dia masa kecil memang I akan sangat risau dan takut sampai tahap I mintak Tuhan pindahkan saja sakit tu pada I. Tak sanggup tengok anak sakit.

Tapi bila mama dengar, ma pun jawab cakap, "Biar anak sakit takpe. Jangan ibu nya yang sakit". 


I was like ehhh?!! Masakan ma yang merupakan ibu kepada 7 orang anak boleh cakap macam tuh?
Seriously I is kenot brain lah hhuhu~


Tapi kini, bila anak I dah masuk 3 orang, dan dah lebih 7 tahun menjadi ibu, barulah I faham apa yang ma maksudkan.



Biar anak sakit takpe, Jangan Ibu yang sakit


Ibu~ Biarpun seluruh family jatuh sakit sekalipun, SATU ibu tiada masalah nak menjaga kesemuanya. Sebaliknya, kalau ibu yang SATU ini sakit..huuuu~ seluruh family akan clueless dan tak tahu nak buat apa. Betul kan?

Dulu  masa I hampir-hampir hilang akal (baca:meroyan) keranan tak menang tangan nak handle anak-anak sendirian (as ibu dalam perkahwinan jarak jauh, PJJ), mama banyak bagi semangat dan jalan to ease my motherhood journey. Ma kata, hidup sebagai ibu ni kena pandai "mencuri". 

Kalau dah siap masak dan makanan dah terhidang, ada peluang seminit dua tu, "curi-curi" makan dahulu. Tak usah bimbang soal orang kemudian yang belum makan. Suami, anak-anak ke belum makan, tak mengapa. Makan saja lah dulu. Sebab seorang ibu memerlukan tenaga, so jangan tunggu masa yang sesuai untuk makan. Seorang ibu itu tiada masa sesuai untuk diri sendiri.

Kalau penjawat awam atau kerja makan gaji, ada juga diberikan waktu rehat makan tengahari. Tapi seorang ibu, tiada waktu kerja sebab khidmat insan berjawatan ibu itu tiada off, tiada lunch break. Ia nya 24/7. Dari jam 5 pagi ke 5 pagi esok! and continue..

Kemudian, ma kata kalau ada duit sikit, rasa teringin sangat nak makan something special yang agak pricey,  tapi tak mampu nak beli untuk semua isi keluarga, beli saja lah satu dan makan sendiri. Contohnya, teringin sangat nak makan kek Chocolate indulgence dari Secret Recipe, belilah sepotong dan makan sendiri dalam kereta. Tak usah rasa bersalah sebab anak-anak akan membesar dan dewasa insyaAllah, ma kata mereka akan ada rezeki untuk menikmatinya lebih dari kita suatu hari nanti. 

Sebagai seorang ibu, tak kiralah awak ibu bekerja atau surirumah tangga sepenuh masa, Ibu tetap ibu. Every mother on earth ni akan lalui perkara yang sama, khidmat yang sama, rutin yang sama. Maka, pandai-pandailah cari me-time sendiri.

Iyerr, tak semua bernasib baik dikurniakan sorang suami yang memahami dan memberikan ruang me-time buat isteri secara konsisten. Kalau macam I ni ha, suami tinggalnya jauh beribu nautika di atas laut. Kau rasa, macam mana agaknya I nak request me time dari dia?

Jadi, nak kata di sini, bila ada masalah, tertekan dengan kehipuan dan rutin harian yang padat, share!

Cari seseorang yang boleh menadah telinga dan sanggup simpan rahsia/aib kita untuk jadi tempat kita meluahkan. I bila runsing, orang pertama yang I akan cari adalah mak. Ada setengah orang berperasaan, taknak cerita masalah sebab taknak mak susah hati bila mendengar masalah kita.

Tapi percayalah, seorang mak akan berbesar hati bila anaknya mencari dia bila tengah sedih dan bermasalah. Dari pengalaman I, ma amat berkecil hati bila dapat tahu yang I merahsiakan masalah I dari dia. Dia rasa seolah-olah kita tak percayakan dia. Dia rasa jauuhh~

Haa lebih kurang macam tu lah. 

Kita manusia, bersifat makhluk. Dan setiap makhluk itu sifatnya lemah. Maka mohonlah bantuan Tuhan, yang maha Kuat untuk memberi kita kekuatan. Faham je. Kadang kita ni tak larat dah. Nak minta bantuan makhluk, tiada pula yang peduli..huhuu~ Akhirnya pulun jugak buat sendiri~lepastu lelah tak terkata~mulalah rasa tertekan dan seterusnya apa..? Syaitan pun masuk jarum lah.

Bila penat, berehat lah...

Jangan paksa diri. Walaupun rumah seperti tongkang pecah, sinki dapur penuh pinggan mangkuk, selipar di lura rumah berterabur, biarkan~

Sakit mata tengok bersepah? Biarkannn~~ 

Sekali-sekala, ambil masa downtime. Percayalah, lepastu nanti kita akan lebih positif dan energetik.

Post a Comment

2 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. kuatnya puan nur mendidik anak2 secara sendirian bila suami tiada d umah. Bersabarlah n bertabahlah kerana setiap pahit akan ada manisnya. Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih cikgu. Kata2 semangat macam ni lah yang bantu saya untuk terus kuat.

      Delete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!