Review Filem Frozen 2, Dari Perspektif Seorang Ibu

Māmy Syu
1
Syu sebenarnya ada hati juga nak tonton Frozen 2 di pawagam dengan anak-anak. Tapi bila memandangkan kategori filem ni adalah P13, I jadi was-was untuk bagi anak-anak tonton. Dan bila I scroll-scroll facebook~ ohh subhanallah! yang mengetahui segala isi hati ibu.. Macam "dilorong" elok je jari ni sampai I terserempak dengan status dari ummi  Adhwa, iaitu Puan Aai Shah berkenaan filem Frozen 2.

So here it is, review filem Frozen 2.

Frozen 2 review, review frozen 2 2019, review filem frozen 2019, frozen tak sesuai buat tontonan kanak kanak

FROZEN 2 REVIEW

Sejujurnya, untuk plot jalan cerita dia memang superbb! Tak dapat dinafikan & ummi tak nak ulas panjang. Memang best!

Tapi BAD THINGS (for kids). Terdapat 6 scene k_ssing dalam filem ini

1) Masa Anna & Elsa kecil
Sambil main, Elsa buat magic & Anna sebut k1ss² sambil dia temukan kedua² patung ais tu menjadi adengan k_ssing.

2) Masa Anna, Elsa & Kristoff main game
Anna X Kristoff 

3) Masa Anna, Elsa & Kristoff otw cari suara Elsa & Olaf tidur dekat belakang. Anna nak k!ss Kristoff

4) Masa Anna & Kristoff dekat hutan
Sempat k¡ss pipi Kristoff 

5) Masa Anna, Elsa & Kristoff dah berjaya
Yang ni memang over! Strictly tak sesuai untuk tontonan anak-anak!

6) Masa Kristoff nyanyi sebab kena tinggal dgn Anna & Elsa.
Adengan berc¡um yang ni paling berat. Sungguh bukan level anak-anak.


Review jujur dan ikhlas

Sejujurnya review ikhlas dari ummi. Awal plot asyik dengan Kristoff nak lamar Anna je. Awal cerita ni lebih fokus pada percintaan antara lelaki dan wanita je. 

Adengan bercumbu ringan dan berat terlalu banyak diselit dalam movie ini seolah-olah pembikinnya sedang ingin menanam idea betapa indah dan seronoknya relationship antara lelaki dan wanita ke dalam minda bawah sedar kanak-kanak. 

Seriously, sangat tak sesuai. Lagi tengok dekat pawagam dengan screen besar tu dan sound sytem tu semua. Tiada cover atau sensored langsung.

Adengan-adengan ni seolah-olah dah tiada apa-apa bagi kita? 

"Ehh. Normal la omputih c!um².
Hey itu pun nak kecoh. Kartun je pun."

Hmm..
Ke mana hilang malu kita? Mommies, daddies?
Perkara macam ni dianggap kecil dan biasa?

"Ala, tak sampai 2 saat pun scene tu."

Ibu ayah sekalian, anak kecil tak perlukan 2 jam atau 2 minit untuk develop semua tu. Cukup 1-2 seconds je untuk permanently saved dalam minda bawah sedar mereka. Jangan open minded sangat ye mommies. Anak-anak kita, generasi Alpha ye. Ingat tu.

Buat ibu ayah, anak seawal usia ni lah paling cepat absorb apa yang dia tengok dan dengar di sekeliling dia. 

Kalau sekecil ni kita dah dedahkan pada anak, jangan terkejut bila besar sikit ada yang berani mencuba sebab sifat ingin tahu mereka tinggi.

Inilah yang dikatakan jarum halus industri hiburan yang bertujuan merosakkan anak-anak kita. Itu belum kira lagi filem drama orang dewasa yang terpampang di rumah. Itu kita sendiri yang hidangkan.huu~

Ummi terpaksa tulis benda ni sebab 90% yang teruja nak tengok filem Frozen 2 adalah kanak-kanak.

So as parents, buatlah penilaian yang bijak. Yang ada anak kecil tu, mana mana filem dengan klasifikasi P13 tu, pertimbang lah semula. Adakah wajar atau tidak mereka tonton.

Banyak lagi cerita lain yang lebih selamat & bermanfaat dan ada nilai murni. Kalau anak-anak insist nak tengok juga, dapatkan DVD dan sunting bahagian yang tak patut . 

Frozen 2 review, review frozen 2 2019, review filem frozen 2019, frozen tak sesuai buat tontonan kanak kanak

**(P13) - Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan   ibu bapa atau penjaga ketika menonton. Filem mengandungi unsur seram,  menakutkan, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi  tidak berlebihan. Jalan cerita yang sukar difahami dan unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak.



------------------------
So, lebih kurang begitulah bunyi nya ulasan yang I baca di facebook. Penulisan ini berbeza la sikit dsri yang ori sebab I sunting sedikit dari segi kualiti ejaan dan penggunaan ayat agar lebih sesuai dan menepati syarat penyiar iklan Google.

Kesimpulannya

Haa..kesimpulannya. Syu tak jadi lah nak bawa anak-anak tonton filem Frozen 2 di pawagam. So kita layan Ejen Ali the movie yang dikelaskan sebagai tontonan umum. Lebih selamat. Poket I pun selamat hahaha.
Tags

Post a Comment

1 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. ummi feni pon nasib tak tengok hari tu sebab ada 2 pilihan. frozen ke ejen ali. anak lelaki ofkos nak tengok ejen ali. Haha alhamdulillah selamat rasanya kami ni. baca review pon banyak yang share tak sesuai untuk anak-anak kecil.

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!