Bandar Baru Setia Awan Perdana - Residensi Mesra Keluarga Mampu Milik di Sitiawan

Bandar Baru Setia Awan Perdana , BBSAP | Bila sebut sahaja tentang projek perumahan baharu, Syu yakin dalam fikiran setiap young working adults macam Syu ni ligat mencongak jumlah kasar pendapatan dan komitmen kewangan masing-masing, betul tak? 
master plan bandar baru setia awan
Dengan cost of living yang tinggi sekarang ni, impian untuk memiliki rumah pertama untuk kita orang muda ni seakan-akan hampir mustahil kan? Jadinya Syu hargai sangat inisiatif pemaju projek township BBSAP, Taraf Nusantara Sdn Bhd. yang membangunkan lima fasa residensi mampu milik di Simpang 5, Sitiawan, Perak.
rumah setiawan perdana
rumah setiawan perdana

Syarikat Taraf Nusantara Sdn Bhd

Mereka merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah di Perak dengan lima tahun pengalaman khusus dalam pembinaan rumah mampu milik yang banyak memanfaatkan golongan B40 hingga M40 dalam memiliki rumah sendiri. 
bandar baru setia awan perdana location
Projek mega Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan dan projek LAGENDA Teluk Intan merupakan bukti Taraf Nusantara komited membina perumahan berkualiti, moden serta lengkap dengan infrastruktur gaya hidup mewah.
rumah setiawan perdana
Projek rumah setiawan perdana merupakan sebuah bandar baru seluas 1,012 ekar dengan 10,500 lot residensi, lot-lot komersial, kemudahan infrastruktur dan bangunan kerajaan serta fasiliti yang akan dibina mengikut masterplan.

BBSAP Masterplan

Perumahan Fasa 1 dan 2 telah 100% terjual

harga rumah bandar baru setia awan perdana
Ya memang betul! Dua daripada lima fasa perumahan di BBSAP telah habis terjual. Kalau kalian nak tahu, sebanyak 1,147 unit rumah fasa pertama telah siap dibina dan sudahpun mula diduduki oleh para pembeli. 

Untuk perumahan Fasa 3 pula, kalian boleh datang untuk melihat rumah contoh Bandar Baru Setia Awan namun Syu cakap siap-siap ya, unit untuk fasa III pun hanya tinggal beberapa unit terhad manakala perumahan bagi Fasa 4 dan 5 masih dalam proses pembinaan dan dibuka untuk pendaftaran.
nak tengok rumah contoh bandar baru setia awan
Terdapat tiga jenis residensi yang boleh korang pilih, iaitu rumah jenis teres setingkat (20' x 65') dan dua variasi Semi-D Cluster (33' x 60').
bandar baru setia awan fasa 2
rumah contoh bandar baru setia awan
Rumah Teres Setingkat, berkeluasan 20' x 65'
    bandar baru setia awan perdana review 
rumah contoh bandar baru setia awan
Rumah Semi-D Cluster, berkeluasan 33' x 60'

rumah contoh bandar baru setia awan
Rumah Semi-D Cluster, berkeluasan 33' x 60' (dengan pintu sliding di bahagian sisi)


Lawatan Media ke Bandar Baru Setia Awan Perdana


Syu dan beberapa rakan blogger lain sempat turun ke tapak pembinaan rumah setiawan perdana BBSAP dan meninjau sendiri progress pembinaan fasa III dan fasa IV selaku wakil media digital.

rumah contoh bandar baru setia awan,bandar baru setia awan perdana postcode 32040

Lawatan sehari ini dibawakan khas oleh Taraf Nusantara sendiri sebagai pengelola utama, berkerjasama dengan Intelectasia (wakil PR agency) adalah bertujuan memberi pendedahan awam mengenai projek bandar terancang BBSAP ini adalah residensi yang mesra keluarga serta mampu dimiliki golongan belia.
Rumah Sewa, Semi D Setingkat, Setiawan, Perak
taraf nusantara lagenda properties bandar baru setia awan perdana postcode 32040

Menurut Pengurus Jualan Taraf Nusantara, En Farid Omar, rumah teres BBSAP dijual dengan harga permulaan RM135,000 manakala unit rumah semi-D pula pada harga bermula RM188,000

Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) By Lagenda Properties Berhad Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) 2023 Freehold

Just imagine, dengan pelaburan kurang daripada RM 200 ribu, keluarga korang akan dapat menikmati semua prasarana yang serba lengkap seperti :
  • Stesen minyak
  • Surau (di setiap fasa)
  • Masjid
  • Sekolah
  • Lot komersial
  • Klinik Kesihatan
  • Balai Bomba
  • Balai Polis, dan
  • Pejabat Majlis Perbandaran Manjung (cawangan)

Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP)

Selain itu, akan dibina juga clubhouse dengan keluasan 10 ekar, lengkap dengan kemudahan berciri 5-bintang seperti berikut :
  • Gym indoor
  • Kolam Renang bersaiz Olimpik
  • Lapangan Sasar Golf
  • Dewan Serbaguna
  • Gelanggang tennis
  • Gelanggang bola keranjang
Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP)
Kemudahan taman rekreasi untuk aktiviti santai serta beriadah bagi seisi keluarga juga turut terdapat dalam masterplan BBSAP tau. Antaranya termasuklah :
  • Taman Tasik Tropika
  • Trek jogging
  • Trek berbasikal
  • Taman Permainan
  • Gym outdoor

Syu memang suka sangat konsep perumahan dalam taman yang mesra keluarga macam ni! 

Pendek kata, kalau beli rumah di BBSAP ni, kita tak payah keluar pun dari kawasan ni semata-mata nak beriadah dengan keluarga. Dan yang paling penting, mak-mak tak perlu risau soal keselamatan anak-anak. Semuanya ada di sini.

Sejujurnya Syu sendiri pun terpesona dengan konsep bandar baru yang diterapkan di sini. Mencari rumah landed dan berstatus freehold (hak milik kekal) dengan kejiranan yang aman dan sesuai untuk anak-anak membesar bukan senang sekarang ni tahu?

Dewan Badminton Datuk Misbun Sidek



Dan ini pula merupakan tapak dewan badminton yang masih dalam pembinaan. Dewan yang diberi nama bersempena nama lagenda sukan tanahair iaitu Datuk Misbun Sidek ini dijangka siap tahun depan. Dewan dengan 6 court badminton ini dibina dengan harapan dapat melahirkan bakat baharu badminton negara melalui kelab badminton Nusa Mahsuri.

Rumah Milik Datuk Misbun Sidek di BBSAP

Lawatan kami diteruskan pula dengan melawat ke kediaman Datuk Misbun Sidek iaitu kediaman jenis teres berkeluasan 20' x 65' yang terletak berdekatan dengan clubhouse.

Rekabentuk minimalis dalam rumah ini memberikan ilusi 'luas' kepada ruang dalaman rumah ini sekaligus mencetuskan mood relaks dan tenang bila berada dalam rumah.. 
Bilik Tidur Utama
Bilik Tidur kedua
Bilik Tidur ketiga



Hanya 90 minit dari KL ke BBSAP


BBSAP terletak di lokasi strategik dan jangkaan Syu, untuk 5 ke 10 tahun akan datang, rumah di BBSAP akan menjadi properti dengan ROI yang tinggi kerana kedudukannya yang hampir dengan Lebuhraya Pantai Barat (WCE: West Coast Expressway) yang menghubungkan Kuala Lumpur - Manjung - Pulau Pinang dan dijangka siap pada 2021.

Confirm laku keras!

So kalau berminat nak memiliki rumah di BBSAP, jangan tunggu sampai esok.
Hubungi terus wakil jualan mereka melalui saluran di bawah ini:


Setia Awan Gallery

No. 131, Persiaran PM2/1, 
Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 2, 
32040 Seri Manjung, Perak, Malaysia.



Hotline

+605-6882222
+605-6888882
+6012-6492722


Laman Web:




Facebook:



Wakil jualan sah :

013 – 615 9722 | En. Muhammad Hafiz

019 – 646 3722 | En. Farid Omar


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Walaupun setingkat nampak luas jugak.

    BalasPadam
  2. Cantiknye rekabentuk rumah dekat Bandar Baru Setia Awan Perdana nih! kemudahan fasiliti lengkap sekali, paling best club house ada kolam renang saiz olimpik

    BalasPadam
  3. cantik juga kawasan dia..teringin nak ada rumah sebiji atas nama sendiri..hope ada rezeki

    BalasPadam
  4. Fuhhh.. Bestnya kalau dapat sebiji ni. Hakmilik sendiri. Hehehe

    BalasPadam
  5. Cantik interior dia. Kawasan pun luas. Sesuai sangat sesiapa yang tak miliki rumah lagi boleh cuba. Berkenan jugak tgk design rumah ni.

    BalasPadam
  6. Thanks for the info, will share with my friends about this development.

    BalasPadam
  7. Wahhh siap pergi ke rumah dato lagi. Beruntung betoi. Syioklah ada dewan badmintan..sihat2 le org sana

    BalasPadam
  8. Cantiknya. Speechless tengok. Banyak membangun sitiawan ni ya. Dulu stay sana tak banyak rumah. Sekarang ni banyak dah. Cantik cantik design rumah

    BalasPadam
  9. Wow...tulisan mcm advertisement je...brp diskaun Taraf Nusantara kasi? Apa pun tahniah... stori yg cukup lengkap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nope.kita buat kerja biasa as team media saja. Macam buat press release to spread awareness je wak.

      Padam
  10. Tanpa Nama23:26

    lalat...

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y