Kebahagiaan Rumahtangga Bermula dari Isteri yang Bahagia

Masa begitu pantas menghambat kita, dan sedar tak sedar rupanya perjalanan rumahtangga kita pun dah masuk tahun ke sepuluh, dua puluh, bahkan ada yang sudah lebih 30 tahun. 

Pada titik ini kita mula perasan yang pasangan kita dah tak se handsome atau secantik dulu.

Si suami, sudah semakin kurang rambutnya atau mungkin sudah pun botak licin. Si isteri pula dagu dah tak seruncing dulu dan pipi tak lagi gebu dan seanjal dulu. Sudah fitrah kita sebagai makhluk yang bersifat baharu, semestinya akan mengalami perubahan akibat penuaan.

Jujurnya, bila kalian melihat pasangan sama ada yang perempuan melihat suami, atau lelaki melihat isterinya yang semakin berubah rupa parasnya, apakah perasaan kalian?

Apakah mungkin jawapannya "makin hari makin bertambah-tambah sayang" ke, ataupun "malas lah nak balik, menghadap muka hantu kak limah kat rumah tu".?

Mamy Syu rasa lah kan, ayat memperlekeh dan membanding-bandingkan pasangan dengan orang lain yang lebih muda, cantik dan sempurna tu selalu kedengaran keluar dari mulut lelaki tatkala mengopi di kedai. Jangan marah arr kalau terasa.

Aku tak kata semua lelaki begitu, but I'm just saying apa yang aku biasa dengar. Apa yang tak dikutuknya kat bini tu; bau bawang la, gemuk la, rambut keras mengerbang macam puaka niang rapik la, ada belaka.

Bagi Mamy, kata-kata yang mengaibkan isteri seperti itu, tak sepatutnya keluar dari mulut mana-mana suami pun ok. Tak kisah lah kalau niatnya hanya nak bergurau atau sekadar nak memeriahkan cerita di kedai kopi, it's totally wrong!

Bukan tak boleh bergurau, tapi kena paham, bukan semua benda boleh buat gurauan. Ini kalau tiba-tiba sampai ke telinga si isteri, sudah pasti kecik hati dan merasa rendah diri. Perasaan rendah diri itu akan membuatkan dia jadi seorang yang pemarah. 

Jadi suka Mamy nak mengajak anda semua, supaya perbetulkan semula alignment yang dah lari tu, supaya dapat kembali kepada jalan yang betul. Perjalanan rumahtangga yang menuju ke syurga. Bukan sekadar nak seronok di dunia.

Jom kita tengok apa yang dipesan oleh ust. Ebit Lew ini.


Pesanan Ustaz Ebit Lew 


Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik, selekeh, mula menjerit, suka marah-marah, selalu mengadu sakit-sakit serta layanan mereka sudah tidak lagi sempurna.

Mereka jadi begitu sebab kerja mereka tiada cuti. Kerja 24 jam sehari. Termasuk isteri yang berkerja. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tak sempurna. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mencari rezeki buat keluarga.

Mereka tiada sesiapa lagi melainkan suami, anak-anak.

Jika berjaya rumahtangga, orang kata untung awak dapat suami baik.

Jika gagal? Ibu ayah salahkan anak perempuan sendiri, dikatanya tidak pandai menjaga suami.


Dari awal pagi kemas rumah. Siapkan suami dan anak-anak. Belikan atau sediakan sarapan. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan perlbagai karenah anak dan suami.


Tamat waktu kerja, segera cepat-cepat balik. Duit gaji baru masuk, terus dulukan beli barang-barang dapur. Sampai rumah siapkan makan malam suami dan anak-anak. Siap makan, kemas meja, kemas dapur. Rumah pun kembali bersepah. Kemas rumah lagi. Mandikan anak dan bantu anak-anak buat kerja sekolah.


Bila suami balik ,kadang-kadang anak seorang lepas berak. Dua orang lagi asyik bergaduh dari tadi. Tertinggi suara!


Cakap dengan suami pun dengan muka masam saja dek kerana anak-anak. Banyak nak cerita. Kerana ini teman hidup dan mati. Tersilap mula ayat atau nada. Tak sempat nak cantik-cantik. Tak pasal-pasal suami terasa hati dan marah juga, kerana penat.


Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah.


Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Cuba untuk terus bersemangat dan berdoa. Lalu diteruskan lagi dengan urusan rumah tangga, kerana Allah dan suami.


Terus berlari siap-siap nak layan suami.


Tiba-tiba anak pula menangis tak mahu tidur. Seorang lagi, masa nak tidur itulah dia baru nak minta makan. Lepas makan, berak la pula.

Anak paling kecil asyik menangis. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Letih menunggu. Akhirnya tidur dalam keadaan kecewa dan marah.


Isteri sepanjang malam rasa bersalah sampai menitis air mata.


Itulah seorang isteri. Dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan tanpa henti, terus-menerus uruskan rumahtangga sehingga habis usia. Sampai 40 tahun. Tapi semuanya kerana Allah. Dia mengasuh anak-anak juga kerana Allah. Itulah kehidupan wanita. Ibu kita wanita. Isteri dan ibu kepada anak-anak kita juga wanita.


Sebab itu kalau kita lihat orang lama-lama, atuk kita dan lapis atas-atas kita selalu cool je, tak kisah isteri berleter, isteri marah-marah. Kerana mereka tahu susah yang isteri mereka lalui. Mereka faham akan isteri.


Jadi, sayangilah isteri kita. Maafkanlah mereka jika mereka sudah tidak secantik dulu.

Bantulah mereka di dalam rumah. Bantulah sikit-sikit. Jika kita nampak orang angkat barang banyak, sebagai manusia yang berhati nurani kita akan rasa nak tolong. Kita tengok orang buat kerja berat kita malu rasa nak duduk.

Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkan mereka. Beri cuti. Cuti dari mengurus anak. Cuti dari mengurus segala hal rumahtangga.

Layan mereka seperti permaisuri di hari cuti mereka ini. Selama ini mereka berkhidmat untuk kita tiada gaji. Hanya amanah dan ihsan mereka selaku insan bergelar ibu.

Jadilah pendengar setia dan penyayang. Mereka bukan milik kita tetapi milik Allah, yang di amanahkan kepada kita. Untuk kita pimpin masuk syurga. Jangan pula disebabkan kita, mereka akhirnga dicampak ke neraka.

Mereka perlukan masa juga. Beri mereka waktu peribadi dengan Allah. 'Me time' terbaik untuk mereka adalah dengan menghadap Allah. 

Mereka bukan tukang masak. Mereka bukan bibik. Mereka hamba Allah dan umat Nabi. Hak mereka untuk menghidupkan islam dalam diri, menuntut ilmu. Bukan sekadar berkhidmat untuk keluarga 24 jam.

Berikan mereka ilmu.

Itulah kehidupan rumahtangga. Saling memerlukan, saling melengkapi. Kesucian hati dan keikhlasan seorang isteri dan ibu layak diberi ganjaran kebahagiaan.

Ya Allah bahagiakanlah hati ibu-ibu dan para isteri yang ada di luar sana. Kau ampunkanlah segala dosa mereka. Berikan mereka syurga yang paling tinggi. Amin ya robbal alamin.


Wrapping up

Kesimpulannya, jagalah roomate a.k.a isteri anda. Jaga jiwanya, emosinya. Dan paling penting, jaga kecantikan dia. 

Berikan segala yang diperlukannya untuk mencantikkan dirinya semula. Kerana selepas 10 - 20 tahun berkahwin, badan mereka sangat letih. Dan mana-mana isteri pun di dunia ini akan mengidam untuk nampak cantik sepertimana ketika mereka remaja. 

Jangan berkira. Jangan kedekut. Kerana dengan menjaganya (luar dan dalam) adalah bersamaan dengan menjaga kebahagiaan diri anda sendiri. Seperti yang apa orang kampung aku selalu duk ulang-ulang cakap, "Happy wife, Happy Life".

kunci-kebahagiaan-rumah-tangga-kekal-bahagia, ebit lew


Renung-renungkan dan selamat menjaga jodoh anda masing-masing. Jangan asyik sibuk nak menjaga jodoh orang lain pulak. Jodoh sendiri dibiarkan layu dan mereput.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Terimalah seadanya. Kita bukan semakin muda, dan semua akan menuju usia tua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Cuma perasaan sayang & kasih itu tak sepatutnya pudar, seiring pudarnya rupa paras. Seharusnya, makin kasih.

      Padam
  2. Sayangi isteri anda...

    BalasPadam
  3. Sayangi isteri anda...

    BalasPadam
  4. terima kasih banyak.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y