8 Kerja Yang Boleh Dilakukan Dari Rumah

Sebenarnya banyak kerja yang boleh dilakukan walaupun dalam tempoh perlaksanaan PKP atau perlu kuarantin kendiri di rumah. Tapi kenapa selama dua tahun ini, banyak kita mendengar keluhan-keluhan berbunyi :
kerja dari rumah yang boleh dipercayai
"Duduk Rumah Lama-lama bukan boleh buat apa? Kalau pergi kerja boleh dapat duit gaji untuk menampung keperluan harian"
 kerja menaip dari rumah 2020 
"Tak boleh keluar berniaga, mat! kering la kita duduk rumah"
kerja dari rumah 2021 

Sebenarnya mereka buntu sebab mereka tak tahu dan tak nampak jalan. Sedangkan banyak je alternatif yang boleh dilakukan untuk mencari peluang pendapatan. 
kerja di rumah buat barang kilang 
Jadi dalam post kali ini Syu nak kongsikan tentang beberapa jenis pekerjaan yang boleh dilakukan hanya dari rumah, dan sedikit sebanyak ia dapat membantu menjana pendapatan keluarga anda.
jana pendapatan dari rumah 2020 

Senarai Kerja Yang Boleh Dilakukan Dari Rumah Semasa PKP dan Lockdown

buat duit dengan tiktok

1. Buat Video di Youtube

Senbenarnya rahsia buat duit dari Youtube ini sudah popular sekitar tahun 2014, apabila ada seorang pemuda dari Sweden yang bernama Felix Kjellberg berjaya menjana pendapatan RM14 juta setahun (2.6 juta pound) dengan hanya bermain komputer melalui youtube.
pos malaysia part time di rumah 2021
Kalau perasan, sejak itu ramai orang Malaysia pula berpusu-pusu menjadi youtubers contohnya seperti Che Nom, Mr Kokom, Zukie Mohamad, Alief Irfan, Syahmi Sazli, Seminit Resepi, Ustaz Ebit Lew, dan lain-lain. Kalau kalian tak kenal semua nama di atas, Syu yakin kalian mesti kenal dengan youtube Sugu Pavithra yang namanya meletup semasa PKP 1.0 dulu.
kebaikan bekerja dari rumah
Untuk permulaan, kalian boleh bermula dengan membuat video  masak-memasak di rumah. Kan kena stay at home kan, so sudah pasti hari-hari pun kita masak, betul tak? Lagipun video resepi ini antara video yang tinggi permintaannya. Lebih banyak view yang diperolehi, lebih banyaklah pendapatan mereka.sebab bekerja dari rumah

2. Menjadi ejen dropship di Shopee

Ada peniaga dalam kalangan rakyat Malaysia berjaya buat rekod jualan sebanyak 6 angka sebulan secara part time di laman Shopee. Dropship adalah model perniagaan tanpa perlu menyimpan stok.Dalam erti lain kata anda adalah orang tengah.Anda tahu siapa pembekal dan tahu siapa pembeli. Gunakan media sosial, promosikan barang dari pembekal, naikkan harga sedikit kemudian jual menerusi Shopee.
  kerja dari rumah covid
Jom ikuti Kisah Puan Rohani, sebagai analogi! 
kelebihan bekerja dari rumah
Puan Rohani, 37 tahun, seorang kerani yang bekerja di sebuah syarikat swasta, keadaan beliau sebenarnya tidak berapa sihat untuk bekerja. Beliau kerap tidak dapat hadir ke pejabat kerana masalah kesihatan menyebabkan gajinya kerap dipotong. Gaji diterimanya tidak cukup untuk menampung keperluan hariannya menyebabkan beliau mencuba nasib untuk berniaga di Shopee.
tips bekerja dari rumah
Beliau memilih untuk menjual pakaian muslimah di kedai Shopee nya. Juga menggunakan konsep dropship, keuntungan bagi setiap pasang baju ialah sebanyak RM15. Bermula dengan menjadi reseller 20 jenis produk dari sebuah syarikat, dalam sebulan operasi, beliau dah berjaya menjual kepada hampir 50 orang pelanggan. 


Kini kedai shopee beliau semakin banyak pilihan, dengan 5 pembekal baju muslimah dan 200 jenis produk, hanya sebagai agen dropship. Beliau tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan tak perlu menyimpan stok barang.
  cabaran bekerja dari rumah
Sekarang, beliau telah pun berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa dengan perniagaan online dan bercadang untuk membuka butik muslimah jenama beliau sendiri kelak.
pendapatan blogger pemula

3. Buat Duit Dengan menulis

Kerja Part Time seterusnya yang saya lakukan dan masih on sehingga sekarang ialah menulis. Daripada seorang penulis blog, boleh jadi penulis ebook, penulis upahan (ghostwriter), dan juga pengarang copywiting (penulis content di Facebook) untuk client. 
pendapatan dari blog
Menulis ini sebenarnya sangat bagus sebagai fixed deposit jangka masa panjang. Buat kerja sekali tapi duit masuk berkali-kali. Syu sekarang hanya menulis blog sahaja pun berjaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya USD100 sebulan yang dibayar oleh Google Adsense.
 cara menjadi blogger yang dibayar
Jadi bayangkan kalau campur dengan servis upah menulis, servis advertorial, menulis copywriting, dan menyiarkan artikel tajaan, purata pendapatan daripada menulis sahaja pun boleh mencecah RM 1.5K. 
 buat duit dengan blog tanpa modal
Contoh platform pihak ketiga yang menawarkan peluang menulis artikel tajaan adalah seperti sushivid, Intellifluence, dan juga theAsianParents.


4. Jana pendapatan dari program affiliate

Bekerja dari rumah 100% sebagai ejen affiliate memang Syu paling suka. Sebab kerja kita cuma bermodalkan ayat (tolong promote produk orang), dan dibayar komisyen antara 4% - 60%. Memang best!
 macam mana nak jadi penulis blog
Antara affiliate yang Syu setia buat sampai sekarang adalah affiliate Shopee. Dulunya affiliate Shopee menggunakan platform pihak ketiga, seperti Involve Asia dan accestrade, jadi komisyen yang kita dapat memang kena bahagi kepada 3 pihak.
 buat duit dengan website
Sekarang komisyen dengan affiliate Shopee dah makin lumayan sebab mereka dah mula menguruskan sendiri program affiliate mereka melalui program Shopee Ambassador. Senang sangat nak buatnya, sebab siapa yang mendaftar sebagai Shopee Ambassador, automatik aplikasi hopee anda akan ada feature "Affiliate program" pada profile.
 buat duit dengan blog
Komisyen tinggi, tiada langsung risiko kerugian sebab pendaftaran untuk menjadi Shopee Ambassador adalah Percuma.

Salah satu contoh keseronokan 100% bekerja dari rumah sebagai ejen Affiliate adalah kita boleh lalukan dengan santai-santai sahaja sambil bermain TikTok.

Kalau kalian perasan, di TikTok kan trending dengan konten "racun Tiktok" dan juga "Shopee Check". So usah sia-siakannya. Setiapkali ada barang rumah kalian yang dibeli menerusi shopee, kalian share video unbox atau video menggunakan barang tersebut.

Kalau barang tu dah lama ada di rumah, contohnya vacuum atau gajet dapur (yang asalnya dibeli di kedai biasa), tapi kalian dapati ia ada juga dijual di Shopee, kalian boleh juga promote barang tersebut, dan sertakan unique link kalian di bahagian link di bio.

Kalau video tersebut viral dan FYP, pasti ramai yang membeli barang tersebut melalui link yang kalian tampal di sana. Uishh berkepuk-kepuk lah komisyen masyuk!

Untuk jadikan link affiliate Shopee anda laris, terdapat 2 faktor:
-Barang tersebut unik dan menarik
-Harga barang tersebut sedang sale gila-gila


5. Jadi Influencer Internet secara Part Time Dari Rumah

Nak jadi Influencer Internet secara Part Time dari rumah ni tak susah. Kalian pergi sahaja ke aplikasi perantara jenama dan influencer yang Syu senaraikan di bawah. Syarat kelayakannya seminimum 1000 followers sahaja pun ada tau. Medium influencer recruitment ni terbahagi kepada dua. Pertama, mereka menawarkan bayaran dan produk, manakala yang kedua, hanya produk percuma ditawarkan.

Bayaran upah (cash) berserta produk percuma

Produk percuma (gift review)

6. Bisnes Bakeri & Savoury Di Rumah dan Jual Secara Online

Masa PKP 1.0 kalian semua pakat-pakat banyak masa duduk di rumah kan? pasti masing-masing dah penuh ilmu masakan kan di dada. So boleh gunakan ilmu dan kemahiran tersebut untuk menjana pendapatan dari rumah.

Ya! Anda boleh memulakan bisnes Bakeri dari dari rumah dengan membuat kek, donat gebu, tart, kuih siput dan sebagainya kemudian jual secara online. Mulakan dengan group whatsapp taman, kampung dan tempat kerja dahulu. Jalankan jualan secara open order.

Makna kata, kalian akan kumpulkan pesanan terlebih dahulu, dan dalam 3 hari, mereka perlu collect pesanan mereka. Jadi, kalau kalian baking kek atau apa-apa kuih, ianya sudahpun bertuan semuanya. Jadi kurang risiko rugi dan pembaziran bahan mentah.

7. Berniaga airkrim malaysia Dari Rumah

Jangan pandang rendah terhadap aiskrim 50 sen ye. Walaupun harganya murah, antara RM 0.50 -RM 1.00, tapi bisnes air dan aiskrim lah bisnes yang paling laba (berbaloi & margin besar).

Dalam keadaan sekarang ni, selagi ada cara untuk survive, buatlah. Jangan asyik mengeluh, salahkan sana sini sebab sekarang ni semua orang pun terkesan okey. Syu sendiri pun, walaupun bergaji penuh PKP ini, Syu tetap jalankan bisnes aiskrim malaysia dan jual kepada kanak-kanak di taman perumahan Syu ni.

Slow-slow Syu tambah produk kepada aiskrim choki-choki, aiskrim sumi jelly, dan asikrim oreo. Tabungan hasil jualan airkrim Syu berjaya himpun, dan melunaskan bil air setiap bulan, sekitar RM 60+. Itu pun masih ada lebih lagi, walaupun dah bayar bil dan tolak modal.

8. Sertai Lalamove sebagai ambassador

Kalau kalian tinggal area Lembah Klang, boleh ambil peluang sertai lalamove. Usah bimbang kalau kalian tak nak keluar rumah dan jadi runner pun. Sebab komisen lalamove berikan kepada anda RM100 sebulan jika anda menampal sticker mereka pada kenderaan anda. 

Kenapa masih mengeluh kalau anda boleh Buat Kerja dari Rumah Sepanjang Tempoh PKP ini. Khabarnya selepas ni kita perlu hidup bersama-sama Covid di kalangan kita. Sama macam kita hidup bersama denggi. Siapa yang dijangkiti, nasiblah. Lebih kurang gitulah. Dan SOP serta norma baharu ni kita kena teruskan sampai bila-bila.

Selagi mampu, kita buatlah. Demi kelangsungan hidup
Membeli makanan sekeluarga
Beli susu, pampers anak
Bayar sewa rumah
bayar hutang kereta, rumah
bil-bil utiliti dan sebagainya.

Harapnya entri ini dapatlah membantu sedikit sebanyak untuk kita sama-sama bertahan menempuhi saat getir ini. #kitaAdaKita #kitaJagaKita Bersama kita membantu selagi kita mampu. Sebarkan kebaikan biarpun hanya dengan sekadar kata-kata semangat.

#worldKindnessdaymalaysia2021


1 comment:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Thanks for the tips. Rasa nk buat kerja separuh masa dari rumah la...

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.