Sabar Kunci Utama bagi Pasangan PJJ

Assalamualaikum.
maksud pjj
Akronim PJJ dilihat tidak lagi asing di era krisis pandemik ini. Maksud PJJ adalah perhubungan jarak jauh melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga tetapi tinggal berjauhan.
pasangan pjj rentas negeri terkini syarat syarat rentas negeri terkini 2021 
Menjalani kehidupan sebagai suami isteri jarak jauh di zaman ini bukanlah mudah, lagi-lagi selepas negara mula dilanda pandemik pada awal tahun 2020 lalu. 
pasangan jarak jauh pkp 3 0
Pasangan PJJ kini bukan cuma berpisah kerana mempunyai kerjaya di tempat yang berbeza, malah terpaksa terpisah lebih lama dari tempoh normal, kerana mematuhi sekatan dan arahan operasi standard dari kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.
terkini bila boleh rentas negeri
sop pkp 3 0 pasangan jarak jauh 
Perkahwinan jarak jauh atau lebih popular dipanggil sebagai suami isteri PJJ ini sering berhadapan dengan masalah-masalah seperti masalah kewangan, cemburu, penat mental fizikal, dan juga masalah emosi seperti tertekan menjaga anak sendirian atau rasa kesunyian tanpa pasangan di sisi.

Kepada yang ditakdirkan menjalani perkahwinan jarak jauh sebegini, Mamy sarankan kalian agar lebihkan sifat sabar dalam diri untuk menghadapi segala yang datang di hadapan dan bersangka baiklah senantiasa.terkini bila boleh rentas negeri terkini sop pjj terkini pasangan jarak jauh pkp 3 0 
 
Sempena tahun kesepuluh perkahwinan kami, (9th anniversaryy) Mamy nak kongsikan beberapa cabaran dan masalah yang biasanya akan timbul di antara pasangan suami isteri jarak jauh ini. Antaranya ialah:
 pasangan pjj yang lengkap vaksinasi untuk merentas daerah 

Masalah kewangan

Bila suami isteri tinggal berasingan maka secara automatik komitmen kewangan akan semakin bertambah. Syu ibaratkan keadaan ini seperti mempunyai dua dapur. Bila semunya sudah ada dua, maka kosnya pun akan ikut berganda lah juga kan? Sewa rumah, bil elektrik bil air dan kegunaan kenderaan. Cash flow masuk dan keluar, sama laju je macam air. 
 

Masalah psiko-sosial

Masalah psikososial dan emosi biasanya melibatkan rasa insecure dan lonely. Tengok orang lain keluar membeli keperluan dapur dengan pasangan, kau yang tiba-tiba koyak. It's normal tu gais. Dah memang nature kita sebagai insan, sentiasa inginkan belaian dan perhatian daripada orang yang disayang. 
 

Penat yang tak berkesudahan

bagi PJJ hujung minggu, banyak tenaga dan masa terbuang sebab berulang alik jumpa keluarga dan setiap kali confirm banyak duit akan burnt. Keletihan ada kalanya membuatkan kualiti hidup merosot dan tak kurang juga gangguan emosi, seperti cepat melenting serta bersungut.

Cemburu dan Prasangka

Cemburu tu memang lah kena ada jugak dalam hubungan suami isteri tapi sifat prasangka tu pula adalah mainan jahat iblis yang ditiup ke dalam minda masing-masing. Bagi Syu, kalau nak curang, tak perlu tunggu PJJ. Laki bini yang hari-hari tidur sebantal tu pun kalau memang dah pasang niat nak curang, dia akan buat je. 
kisah hanafi curang
Apa yang penting, adalah iman dan jati diri. Pegang kuat pada nawaitu asal, kenapa kita PJJ, Lillahitaala tak?

Jadi itulah dia sedikit sebanyak perkongsian Syu tentang masalah yang mungkin timbul di kalangan pasangan suami isteri jarak jauh. 

Tapi pernah terfikir tak? Dalam ramai-ramai pejuang LDR (long-distance relationship) ini, ada juga pasangan yang prefer hidup PJJ dan telahpun mencapai mutual agreement antara satu sama lain. 

 

Plot Twist - Ada Pasangan Yang Lebih Memilih PJJ dan Bahagia dengan Itu

Jangan tak tahu, walaupun kebanyakan long distance married couple ni terpaksa berjauhan bukan atas kehendak dan pilihan mereka, namun wujud juga pasangan yang memang lebih memilih untuk hidup secara jarak jauh. 

Kenapa ya?

Teruskan membaca kalau nak tahu pengalaman dan confession Syu, yang daripada mula-mula hidup PJJ, hingga la dapat duduk sekali, dan akhirnya kami kembali hidup PJJ.


Penafian
Mamy Syu tak berniat untuk membuka aib rumah tangga sendiri or what. Mamy cuma rasa ianya dah jadi macam tanggungjawab sosial untuk educate dan spread the awareness, bahawa hidup berumahtangga ini tak semestinya akan bahagia kalau dapat duduk sekali di bawah satu bumbung.

Kalian ambil lah kisah ini sebagai something to ponder, nak-nak pula bila saat kalian rasa macam overwhelmed sangat-sangat dah dengan kehidupan jarak jauh ni.

Ingat satu je. Benda yang kita nak-nak sangat dalam hidup ni, tak selalunya sesuai untuk kita.

Dan sedikit penafian lagi. Bahawa story ini dah pun mendapat approval dari Incik Asben untuk dikongsikan ke dalam blog ni, demi manfaat bersama. 

Dan harapnya bermanfaat lah ye. 

Moga secebis bingkisan ini mampu mengubah dan menyelamatkan banyak bahtera-bahtera rumahtangga di Malaysia ini daripada karam. Mamy harap sangat kempen "Perkahwinan Seumur Hidup" ini dapat sampai ke segenap ceruk di Malaysia. Amin.


Bermulanya Episod Hidup Sebumbung

Terdahulu Mamy Syu pernah share bagaimana selama 5 tahun kami hidup secara long distance, dan bagaimana bermulanya bibit -bibit bosan dan rasa tawar terhadap suami. Kalian boleh baca dalam entri di bawah ini.


Ketika tu, aku rasa semua seakan tak kena dan salah je di mata aku. Ada saja point untuk mencari gaduh dengan Incik Asben tu. huhu. Bukan biasa-biasa ye. Benda ni sampai tahap Incik Suami pergi cari ustaz la, untuk berubat, sebab syak yang bini dia terkena sihir pemisah or whatsoever benda-benda syirik tu lah kan.

But it was proven wrong. Semua yang berlaku bukan kerana buatan orang yang dengki atau busuk hati, tapi sebab kami sendiri - iaitu masalah broken communication.

Komunikasi dan Mesej yang Tak Sampai

Tiga tahun lalu, cita-cita kami untuk kembali tinggal sebumbung alhamdulillah akhirnya tercapai. Pengorbanan karier Incik Suami adalah sebagai ganti untuk kami hidup bersama secara normal, seperti pasangan-pasangan lain.

Masa tu memang perasaannya, hanya Allah yang tahu. Banyak betul beban-beban yang selama ini terpaksa aku pikul sendirian, akhirnya menjadi ringan dengan kehadiran suami di sisi. Bahagia sangat bila dapat sama-sama membesarkan anak, dan mempunyai lebih masa bersama-sama.

Namun sehebat-hebat perancangan kita, hebat lagi perancangan Allah. 

Tak sampai setahun kami tinggal sebumbung, sesuatu yang besar telah berlaku dan puncanya masih sama. Kegagalan dalam komunikasi antara suami dan isteri.

Entahlah. Aku masa tu sangat tertekan dan keliru, apakah keputusan kami untuk kembali tinggal bersama ini merupakan keputusan yang betul. 

Rasa cemuih, rimas dan bosan semakin hari semakin kuat menghantui aku. Sampai satu tahap, melihat muka dia saja pun, rasa menyampah dan aku kerapkali menderhaka dengan cara melarikan diri, driving entah ke mana-mana seorang diri melebihi jarak dua marhalah dari rumah.
Hanya Pasangan Yang Kuat Sahaja Mampu Lalui Perkahwinan PJJ

Sifat Keras Kepala Isteri Menerukkan Lagi Keadaan

Teringat kata-kata my BFF masa tu, "Tak sangka kan, kau ni nampak je lembut Syu, tapi keras kepala mengalahkan batu dan besi!" Ye betul. Aku memang keras kepala, ego dan asyik nak dominan je dalam rumahtangga. 

Memang kepantangan aku lah bila disuruh, diminta buat itu buat ini. Aku cepat panas bila ada yang cuba buat macam tu kat aku. Sebulan dua, ok la, tapi lama-lama hadap kerenah dia request nak itu, nak ini. Urghh rasa tak boleh tahan dah. (padahal itu memang tanggungjawab isteri)

*Maaf gais, atas nasihat Asben, selebihnya aku tak dapat nak bagitahu lebih detail.* 

Dipendekkan cerita. Berlakulah 'Tragedi Oktober' pada tahun tu, which sadly has leaded to kehilangan bayi keempat kami (Mamy miscarriage at 12wks), dan akhirnya pernikahan kami terbubar (bercerai).

sijil cerai
It's a huge trauma! Dah la baru keguguran, pastu bercerai pula 

Yer gais. Kalian tak salah baca. Memang kami bercerai pun. Tapi, apa boleh buat. Nak menyesal pun tak guna. Benda dah terjadi. Bagaimanapun talak ini jatuh bukan sebab Incik Suami lafazkan cerai. Tapi ia berlaku sendiri berdasarkan lafaz taklik (sumpah).
Kelonggaran yang diberikan kepada pasangan suami isteri jarak jauh (PJJ)

Bila Berjauhan Fikiran Kembali Rasional

Missing each other even just for one day benar-benar membuka mata-hati aku. Bila difikir-fikir balik, kenapalah semua boleh jadi sampai berantakan begini? Satu je yang aku pasti. Ini semua adalah angkara 'saka' ego yang memang asal-asal dah bersarang dalam diri aku sekian lama. 
Tips Bagi Pasangan "PJJ"
Orang kata, saat kita kehilangan sesuatu tu lah baru kita betul-betul sedar, bahawa betapa berharganya benda yang kita miliki tu.

Dan dalam kes aku, memang sah-sah la kerana ego. Sebab apparently sejak kami mula tinggal sebumbunglah perangai aku jadi syaithonirrojim sangat!

Maybe sebab hari-hari menghadap muka dia, aku jadi get too used to having him around and start taking him for granted as a result. Yes, aku yang salah. 

Aku yang tak pandai menghargai bila dia ada depan mata. So gais, please jangan buat perangai kebudak-budakan macam aku ya gais.

Kita ni memang akan rasa puas bila kita berjaya membesarkan ego kita terhadap pasangan. Lepastu pasangan kita pula asyik mengalah je. Padahal dalam tak sedar, kita sendiri yang sebenarnya kalah!
Cara Untuk Mengimarahkan Perkahwinan Jarak Jauh
Benda ni aib kot. 

I'm telling you this for the sake of your marriage ya guys. Selagi boleh elak daripada bercerai, so elak lah. Sebab basically, semua orang akan banyaakkk sangat belajar melalui pengalaman kan? 

Tapi dalam kes-kes macam ni, tak semestinya you guys kena berpengalaman jadi ibu tunggal dahulu atau alami dulu keadaan macam aku ni baru you guys nak belajar. 
cara bahagiakan pasangan jarak jauh
Tak! Sesetengah perkara tu kita hanya perlu belajar daripada pengalaman orang lain je weh. 

Umpama kita nampak badai yang besar tengah lautan. Takkan lah kita bod*h nak serah tengkuk, pergi navigate bahtera kita tu masuk ke dalam badai dan taufan tu kot kan?  

Itu kerja bod*h namanya tu. Sedangkan badai taufan yang datang tu cukup-cukup dahsyat, yang mana kalau bahtera kita tu kena lambung dek badai tu, entah selamat entah tidak crew-crew di dalamnya.

Muhasabah diri Masing-masing

So gais, sebelum nak buat keputusan menamatkan episod perkahwinan jarak jauh tu, think again. 

Should I compromise on my career for the sake of my marriage?

Yes. Marriage is a beautiful part of life, no denying this, but on a side note, it ought not to be your only goal in life.
ayat percintaan jarak jauh
Jadi sebelum salah seorang daripada kita buat keputusan untuk quit their job demi nak hidup sebumbung, bincang betul-betul ikhlas dari hati.

Kalau kita rasa sayang dengan karier kita tapi ragu-ragu macam mana cara nak jelaskan pada pasangan, takut dia kecil hati. Kalian gunalah khidmat orang tengah. 

Mak ayah ke, siblings ke. Terus terang je. Kalau sebenarnya jauh di sudut hati kita tu, kita belum bersedia nak lepaskan karier kita tu. Bincang elok-elok and make your spouse understand that you don't wanna let go of your entire career.

Serius gais, aku taknak you all pun buat silap yang sama. Sebab hidup selepas berpisah tu, jadi betul-betul down dan hilang arah. Jadi penting sangat, untuk capai kesepakatan yang benar-benar tulus antara suami isteri. Tak lupa juga, kebergantungan pada Pencipta, jangan putus.

Serahkan Kembali Urusan kepada Allah

Hal macam ni, nak mengadu pada orang, malu. Even kawan rapat aku sendiri pun aku rahsiakan perkara ni daripada pengetahuan dia. 

Jadi sebagai selingan, aku nak selit juga amalan aku sepanjang aku down tu. Amalan ni betul-betul works like a magic to me. Dan amalan ini jugalah yang bantu kuatkan aku untuk bangkit semula :

Doa Ketika Sedih Hati Gundah Gulana

surah ghafir ayat 44 doa ketika sedih gundah gulana

 Keluh kesah pasangan 'PJJ'
Amalan ni mujarab sangat bagi sesiapa yang rasa stuck tiba-tiba di pertengahan jalan hidup dia. 

Bagi Mamy, dia macam seolah-olah kita ambil keluar selambak bebanan masalah dari dalam kepala kita ni dan letak di atas meja kemudian cakap "Ya Allah, aku dah tak mampu handle semua ni, jadi hamba serah belaka lah kepadamu ya Allah. Engkau aturkanlah ia untuk diriku" 
pengalaman cinta jarak jauh
Ajaibnya, dalam kurang seminggu je aku dah nampak satu persatu jalan keluar, dihamparkan di hadapan aku. Korang cuba amal, then baru tahu!

So I came into a conclusion yang tinggal sebumbung bukanlah faktor utama sebuah perkahwinan itu bertahan atau bahagia. Bagi orang yang sama spesies macam Mamy yang cepat bosan ni, berjauhan itu membuatkan cinta kita jadi lebih kuat. Serius!

Being in a long distance marriage isn't that bad actually. Sekurang-kurangnya setiap kali dapat berjumpa tu masing-masing dapat fefeeling macam pengantin baru balik.. eh! haha

Pesanan sebelum penutup

Jadi for those di luar sana, mana yang masih dalam LDR, hari ini aku nak tarik balik kata-kata aku yang dulu. Di mana dulu aku sarankan agar kalian berusaha cari jalan untuk tinggal sebumbung, dan jangan berjauhan lama-lama. But hari ini aku tarik balik kata-kata tu.

Minta maaf, minta ampun atas saranan yang really dumb dari aku yang dulu. Masa tu, apa yang ada dalam kepala otak aku cuma lah harapan untuk hidup bersama, supaya ringan sikit beban aku yang terpaksa jadi mak dan jadi ayah dalam satu masa.

Allah dah cakap, boleh jadi benda yang kita sukai itu, adalah buruk untuk kita. Padahal benda yang kita paling tak suka itulah sebenarnya yang terbaik buat kita.
TIP PJJ
Anyone can relate?

Banyak yang kita temui di sebalik sebuah kepergian. Adakalanya lebih banyak dari kenangan yang sempat dibina bersama. Kita menjadi seseorang yang baru, setelah kita belajar menerima bahawa hidup tak perlu bergantung seperti dulu.
pasangan pjj rentas negeri terkini syarat syarat rentas negeri terkini 2021  

Catat Ulasan

0 Ulasan