Amaran Nabi Supaya Berhati-hati dengan Golongan Ar Ruwaibidhah

Māmy Syu
14
Assalamualaikum. Salam Jumaat.

Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ

Maksudnya : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibhidah ? maka baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.

Antara yang dapat diambil kesimpulannya daripada hadith ini ialah :
1. Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya agar berhati-hati ketika menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya dan pada waktu itu, kebenaran dan amanah akan terletak pada orang-orang yang bodoh dan keji lagi fasik. Mereka ini digelar sebagai ar-Ruwaibidah.

2. Nabi SAW menyifatkan al-Ruwaibidah dengan dua sifat iaitu sebagai orang yang keji atau kurang ilmunya dan dalam masa yang sama bercakap berkaitan perkara-perkara umum yang besar sedangkan dia tidak mempunyai ilmu padanya.

-------------------------------------------------------------------

Short-note Kuliah Ustaz Dato' Shamsuri Ahmad tentang Ruwaibidhoh

Suka saya nak berkongsi dengan semua tentang kupasan ciri-ciri golongan ruwaibidhoh yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Shamsuri Ahmad.

Dari apa yang saya dengar, zaman yang kita sedang lalui sekarang memang telah terlalu ramai golongan ruwaibidhah! Kita perlu sangat berhati-hati dalam mencari ilmu, dan pastikan ilmu itu datang daripada mereka yang ahli dalam bidang tersebut.


Pada pendapat saya, ciri-ciri yang Ustaz sebut tadi banyak yang berpadanan dengan mereka yang lantang memperjuangkan teori konspirasi akhir zaman. Mereka sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang tidak sahih lagi tidak berasas, dan mempromosikannya pula sehingga ramai yang tertipu dan mengambil ia sebagai pegangan dan pendirian, yang kononnya Islami.

Antara isu-isu besar yang bersangkut dengan orang ramai tapi dipromosikan sebagai benar, termasuklah
  • dakyah antivaksin (vaksin dikatakan untuk melemahkan Muslim)
  • Vaksin kanak-kanak menyebabkan budak jadi autism
  • Pandemik Covid tidak benar, hanya 'plandemik'
  • vaksin Covid sengaja dicipta untuk tanam cip RFID dalam badan agar boleh mengawal manusia
  • vaksin boleh mengubah DNA manusia 
  • Penolakan semua kaedah rawatan moden (doula, natural remedy,makanan sunnah)
  • pejuang melegalisasikan marijuan@ (ganj@) #tenagisgood
  • memperjuangkan rawatan alternatif - ganti rawatan moden
  • Covax boleh menyebabkan kemandulan dan keguguran
  • Bumi bukan sfera- bumi ini rata (flat earth conspiracy)
  • Langit itu tidak benar-ia hanya perisai ciptaan kerajaan dunia
  • Pejuangan utama teori konspirasi - nak menghalang hari kiamat / armagedon / halang dajjal (padahal Allah dah janji kiamat itu pasti)
Terbaharu, pada bulan Januari tahun ini, sebilangan aktivis teori konspirasi di Facebook telah pun dikesan, dan kebanyakannya tiada latar belakang dalam bidang perubatan. Sebahagian mereka adalah pegawai tentera, jurutera, bekas ahli farmasi (yang kini surirumah) dan lulusan doktor falsafah, (PhD bidang ekonomi). Manakala sebilangan besar yang lain hanya penganggur atau berniaga sendiri, termasuk menjual makanan tambahan atau suplemen didakwa makanan sunnah.

Di Facebook, mereka aktif berkongsi amalan alternatif yang didakwa lebih baik serta mampu menggantikan perubatan moden. Mereka turut menggalakkan orang ramai menyangkal serta mengecam program-program kesihatan kerajaan termasuklah inisiatif vaksinasi.
Disyorkan untuk Anda :


Pejuang Teori Konspirasi & Antivaksin = Ruwaibidhah?

Berat tuduhan tu! Cakap tidak boleh sebarang cakap. Mungkinkah mereka ini antara yang tergolong dalam golongan yang Nabi pesan agar berhati-hati tu? Saya sebut mungkin di situ.

Sejujurnya, saya tak tahu. Dan saya tidak layak untuk menentukannya. 

Namun, suka saya mengajak kita sama-sama belajar dan mengenali 7 ciri-ciri yang dinyatakan di dalam hadis tersebut, yang mana saya rasakan ciri-ciri berikut ada persamaan dengan golongan pejuang teori konspirasi dan antivaksin

7 Ciri Golongan Pejuang Teori Konspirasi dan Antivaksin
  • i) Mereka bukan ahli. Tetapi berbicara berkaitan isu vaksin, isu kesihatan dan saintifik melangkaui batas pengetahuan mereka sendiri. 
  • ii) Mereka bercakap berkaitan perkara umum yang bersangkut dengan semua orang (isu kemaslahatan)
  • iii) Mereka sangat pandai mempengaruhi orang dengan kata-kata (ramai follower)
  • iv) Ramai yang dengar dan percaya dengan apa yang mereka katakan
  • v) Mereka mengkhianati golongan professional kesihatan yang amanah menjaga kesihatan dan keselamatan masyarakat. (pengorbanan mereka tiada kepentingan, selain gaji bulanan je)
  • vi) Maaf sebut, banyak informasi yang menunjukkan mereka kurang ilmu. Saya cakap maaf di situ.
  • vii) Telah banyak dibuktikan pembohongan dan tipudaya mereka adalah tidak berasas. (pembuktikan melalui hasil kajian gagal dikemukakan) 

Dalam keadaan sekarang ini, saya percaya ramai yang setuju kita kini telah berada di pengunjung zaman. Maka jom sama-sama kita ambil ikhtibar dan ikut kata Nabi SAW, iaitu perlu berhati-hati dan peka dengan kewujudan golongan Al-Ruwaibhidah ini. 

Ia bukan hanya isu mindset tentang teori konspirasi semata-mata, malah ia meliputi banyak perkara lagi contohnya dalam bab siasah (politik). Malah dalam syariat dan hakikat, pun wujud golongan ini yang cuba memesongkan kita dari kaedah yang Nabi ajarkan. Iya, pokoknya, mereka ada di mana-mana. 

Mereka boleh jadi dari golongan pemerintah, golongan politik mahupun NGO. Atau mungkin mereka terdiri daripada orang yang paling dekat dengan kita? Keluarga kita ke? Kita tak tahu.

Bagi ibu-ibu macam saya pun banyak juga menerima saranan kesihatan melencong (misleading) contohnya madu. Dikatakan madu bagus untuk bayi, sedangkan faktanya madu tak boleh diberikan kepada bayi (bawah setahun) kerana risiko botulism yang tinggi. Bila saya sangkal, mereka label saya sebagai anti-makanan sunnah dan memulaukan pula saya dari komuniti.

Serba tak kena saya dibuatnya.

Terbaru, ayah saya sendiri telah disahkan positif Covid (dari jemaah masjid yang mengopi di kedai) dan beliau memang tidak mengambil vaksin. (Ya, ayah saya anti-vaksin) Sebagai anak, tidak dapat tidak daripada menjaganya sepanjang tempoh kuarantinnya di rumah. 

Ketika ini ramai lah yang menyarankan saya minum madu, air kelapa, serta kunyah habbatussauda, dan cengkih dan sebagainya bagi mendinding diri daripada diserang virus. Ya saya makan, saya turuti. Namun ditakdirkan, saya dan mak pula disahkan positif 4 hari selepas itu. Kemudian mereka kata pula "Hai, dah ambil vaksin pun boleh positif?'' dengan nada menyindir. Haihhs.

Naik hairan juga sebenarnya. Kenapa perlu golongan yang menolak vaksin ini bersikap toksik terhadap kami? Sungguh hairan. Walaupun kami ambil vaksin, kami juga tidak menolak kaedah alternatif dan natural remedy. Tapi..hmmm

Berhati-hati Agar Tidak Tergolong dalam Kalangan Ar Ruwaibidhah

Namun, disamping kita berhati-hati agar tidak diperalatkan oleh golongan ruwaibidhah ini, adalah perlu juga kita beringat supaya diri sendiri tidak tergolong antara pendusta yang suka tunjuk pandai, menyebarkan informasi tidak sahih yang kesannya boleh memudaratkan orang ramai yang mengikutinya. 

Sifirnya mudah saja. 
Kalau tak pasti, jangan kongsi, jangan pengaruhi orang.
Kalau kurang ilmu, jangan memandai-mandai atau tunjuk pandai.

Hidup ini kadang terbalik, yang luar biasa berlagak biasa saja tapi yang biasa-biasa itu pula, malah berlagak luar biasa..

Bak kata guru saya, "Bilamana seseorang berhenti belajar, maka sejak detik itu dia akan mula menipu"


Jauhkanlah diri kami ya Allah daripada menjadi seperti 'si rabun yang memimpin si buta' yang menyebar maklumat kurang tepat tanpa pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tertentu, sebaliknya hanya sekadar mengutip maklumat bulat-bulat dari internet. Nauzubillah.

Sebaiknya di hujung-hujung zaman ni, kalau kita ada pendirian yang tak sehaluan dengan orang lain, keep it to our self, tak perlu dikempen. Cukuplah sekadar kita mempertahankan pendirian kita untuk diri dan keluarga kita sendiri. Jangan pengaruhi yang lain. 

Simple je kan? Kepala pun tak serabut memikirkan hal orang lain.

Sebelum mengakhiri coretan kali ini, jom renungi sebaris kata yang mengajak kita agar tidak berlebih-lebih dan selalu berpada-pada dalam segenap hal.
  
Semoga Allah SWT jadikan kita dalam kalangan hamba-hambaNya yang berilmu, selalu merendah diri serta sentiasa beramal biarpun ilmunya tak setinggi orang lain.

  

Saya ingin memohon maaf terlebih dahulu jika artikel saya mengundang kontroversi dari pihak-pihak tertentu khususnya para anti vaksin. Saya bersedia menukar isi artikel ini jika maklumat yang disampaikan terbukti salah.


Post a Comment

14 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Memang takut bila memikirkan dunia akhir zaman... Ramai orang mula mengeluarkan pendapat masing-masing sedangkan tidak tahu hujung pangkalnya. Kita kena lebih berhati-hati je

    ReplyDelete
  2. semoga jauh la kita dari golongan ini T.T

    ReplyDelete
  3. Kak pip jenjalan singgah blog Syu.
    Boleh nampak ramai golongan mcm ni nowadays, langsung x segan silu kongsi ilmu nampak macam bijak tapi hurmmmm ... Memang kena hati2 , nnt Kita boleh terpedaya.

    ReplyDelete
  4. kalau golongan antivaksin dianggap sebagai ruwaibidhah kerana dikatakan mereka golangan yang bodoh...bagaimana pula golongan ilmuan cerdik pandai di kalangan saintis, doktor dan prof yg tidak bersetuju dgn vaksin eksperemental ini.

    ReplyDelete
  5. Anonymous00:59

    Haha klaka.. konpiden sgt nmpk? Ker korang yg pentaksub vaksin ni yg dimaksudkan Baginda Nabi sbg golongan ruwaibidhah? Nabi dh pesan, Islam bermula dlm keadaan asing & akan kembali asing maka beruntunglah org2 yg terasing.. korg yg provacc ni tlg buka mata luas2 k.. berapa ramai dh org yg terkesan slps vacc? Kematian, kecacatan etc.. mcm korg ni maybe dh terkena baru nk kaji ye x? Tu pun kalau sempat lah.. Semoga slmt la ya.. xtau nk ckp apa dh.. Wallahua'lam.. 😊✌

    ReplyDelete
  6. Terserahlah pd kamu dgn andaian kamu ini, kalau kedudukan kamu salah di mahsyar akan terjawab...saat itu kamu sanggup nk tanggung...tanggung lh hasil tangan kamu sendiri. Bab tafsiran pun ramai boleh silap sebb bkn ahli...sebenar bkn bab ahli...tp bab berhati2 itu perintah penting dlm Al Quran...terserah kpd anda. Terungkai satu persatu kelak..kamu tanggunglh apa yg kamu dh lakukan..dosa yg melibatkan ramai org..niat kami satu shj..nk semua org selamat dn yakin dgn kurniaan illahi dh hasilkan antibodi yg dpt atasi semua ini....Menteri yg pernah pegang KBS hilang duit RM100j, bleh kata xtahu...amanah tu pun dia xboleh jaga..lepas tu bab kesihatan umum..fikirlah sendiri dgn mata hati kamu...golong org yg pecah amanah ini apa perintah dn teguran dr Allah swt...sendiri faham2 jelah ya...

    ReplyDelete
  7. bagaimana pula golongan ulama suk akhir zaman, Pakar kanak-kanak mengalahkan pakar beksin bila berbicara tentang beksin, bukankah mereka itu golongan ruwaibidhah.melihatlah dengan mata hati dan berhubunglah dengan Allah kerana Allah itu Maha melihat, Maha Berkata-kata, Maha Mendengar, Maha Berkuasa.

    ReplyDelete
  8. Ikhtiar sembuh/cegah penyakit ada dua. Pertama, menggunakan sesuatu yang dapat menjadi asbab memberi manfaat dalam merawat penyakit. Kedua, meninggalkan sesuatu yang dapat menjadi asbab memberi mudhorat.

    Berhati-hatilah dalam menerima sesuatu yang dikatakan penawar. Sebagaimana di akhir zaman ini yang benar dikatakan salah dan yang salah dikatakan benar, begitulah juga yang dikatakan penawar adalah racun dan yang dikatakan racun itulah penawar.

    Siapa yang menyimpan racun? Musuh. Apa sifat musuh? Apabila diberi amanah, dia khianati. Apabila bercakap, dia berdusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila bertengkar, dia nafikan kebenaran.

    Nak tahu penawar yang dikatakan penawar itu betul atau tidak, cuba tengok sifat pemberi penawar ni. Kalau tiada ciri-ciri yang disebut di atas pada dirinya, maka betullah itu penawar. Tetapi jika kesemua ciri-ciri itu ada pada dirinya, maka waspadalah.

    WALLAHU'ALAM

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:52

    Bab hadis jangan ditafsir sendiri puan. Bahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Tuan Ustaz petik bahagian mana, dan perenggan mana yang saya BUAT TAFSIRAN TERSEBUT?

      Delete
  10. Anonymous00:25

    Sebab tu, saya jauhi golongan terpesong begini. Puak yang terpaling pandai, terpaling bijak dan cerdik dalam bidang orang lain, terpaling 'saintis' sampai tahu segala isi dalam ubat, vaksin dll. Mereka je lah yang terpaling mendapat pencerahan agung. Kita ni semua masih kesesatan pada mereka. Kita ni terpaling jahil.

    ReplyDelete
  11. Anonymous01:41

    Adakah syariat untuk vaksinasi? Fitrah manusia tanpa vaksin

    ReplyDelete
  12. Anonymous11:22

    Sekarang ni sakit badan pun salah baksin. Demam selsema pun salah baksin. Sakit kepala migrain pun salah baksin. Mati muda, mati mengejut, baby mati, salah baksin. Aduhai padahal tak baksin pun boleh meninggal juga. Boleh cacat sebab polio, boleh meninggal asbab difteria yg hampir tak ada dah org dijangkiti difteria kat malaysia ni. Ada baby 2 bulan kena pertussis asbab ada si dewasa yg tak vaksin dan jangkitkan bakteria itu kepada bayi. Alahai dah nak kaitkan segala penyakit dengan baksin pulak dah. kalau setakat pemakanan tak jaga, segala makanan sumbat dalam perut, pastu nak kecoh meninggal asbab pelbagai baksin yg lain. Cucu sepupu saya lahir sihat, meninggal lepas seminggu, tak tau sebab apa, asbab vaksin jugak ke? Asbab vaksin yg pertama macam tu ke? Banyak penyakit zaman sekarang ni asbab pemakanan dan pencemaran. Saya memg ada kawan yg keluarga dia memg tak vaksin, tapi dorg memg jaga pemakanan, mee segera, minuman bergas, makanan segera, fast food, even gula2/coklat pun tak makan, memg sgt jaga pemakanan, kalau sakit pergi hospital swasta. Org mcm tu, tak kisah la, terpulang. Yg kita ni, semua benda makan/minum, pastu nak sembang, meninggal dan sakit asbab baksin. Bila sakit, masuk hospital kerajaan, mati, salahkan hospital kerajaan buat ahli keluarga mereka mati. Padahal gula tu sendiri pun dah cukup beracun dah boleh sebabkan pelbagai penyakit dan kanser. Adoi. Kalau nak anti baksin bagai, buat sendiri diam2 sudah tak payah nak hasut orang lain supaya join jemaah antibak.sin

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!