Perjuangan RichWorks bantu 605,000 Usahawan

Bagaimana nak join RichWorks? Berapa harga seminar Dr Azizan? dr-azizan-osman-richworks-titan-harga-seminar, richworks-spire,richworks-titanium,richwo

2021 yang berlalu banyak memberikan memori, tidak kurang juga parut luka yang tak berdarah kepada kita semua. Kita diuji dengan bencana penyakit dan juga bencana alam seperti ribut dan banjir besar.

Bagaimanapun, entri kali ini bukan untuk meluahkan keluh kesah, apatahlagi hendak merungut. Terima kasih 2021 atas kenangan yang diberikan, dan bermula bulan pertama 2022 ini, kita bangkit lagi untuk kesekian kalinya, membuktikan yang kita 'tak sakit' dan akan bangkit! Kita pasti baik semula.

Baca juga :

RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersyukur dapat membantu hampir 605,000 individu terutama usahawan untuk bangkit dalam bisnes sepanjang tahun 2021.
fast-changing and increasingly digital economy

"Alhamdulillah, RichWorks bersama Mentor Usahawan, kekal komited nak membimbing lebih ramai orang lagi," berkata Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd satu kenyataan media.


Tambahnya, RichWorks turut berbesar hati apabila program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) dengan kolaborasi strategik Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mendapat pengiktirafan selepas disebut di dalam parlimen. Program-program begini diadakan selama tiga hari malah ada juga hingga 12 malam seperti RichWorks Business Bootcamp yang ditaja sepenuhnya demi bantu orang ramai.

richworks diiktiraf kerajaan

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga."

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.
sumbangan-bantuan-banjir-selangor-2021-dari-richworks

Menurut Radz lagi, RichWorks bersama ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Bukti Richworks bantu usahawan From Zero To Million

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Richworks Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire Richworks) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX). 


Melalui program bimbingan Spire, RichWorks menyediakan bimbingan dan motivasi kepada para usahawan untuk capai jualan 1 juta pertama,dalam setahun, dan sebanyak 72 usahawan Spire berjaya mencapai sasaran tersebut.


Lebih memberangsangkan lagi, sebanyak 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks turut mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021 itu. 


Berkata seorang ahli bijaksana, untuk berjaya, kita tidak semestinya melalui proses 'gagal' dan 'rugi' itu sendiri. Apa yang perlu, adalah belajar daripada kesilapan serta pengalaman orang lain. Dan itulah yang Richwork sedang lakukan.

Mereka memberikan bimbingan kepada usahawan berdasarkan kepakaran mereka serta 'menarik tangan-tangan yang di bawah' untuk naik dan berjaya bersama tanpa mengira level dan latarbelakang anda. 


Saksikan vt Richworks 2021 wrapping-up di bawah! Till date, this video gives me goosebumps!


Sejak tahun 2008 lagi, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Kesimpulan
Sebagai rumusan, dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Moga Visi RichWorks terkini untuk menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan menjelang 2025 dengan konten yang berorientasikan results and solutions yang mudah dicapai secara online dapat tercapai dengan jayanya! amin. - 

RichWorks.com - Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Moga segala usaha mereka dibekahi Allah SWT dan moga Tuhan mempermudahkan segala usaha RichWorks untuk terus komited membantu lebih ramai usahawan di Malaysia.

Bagaimana nak join RichWorks? Berapa harga seminar Dr Azizan? dr-azizan-osman-richworks-titan-harga-seminar, richworks-spire,richworks-titanium,richworks-tuan-raz, richworks-titan-harga-seminar
richworks-spire,richworks-penipu-tidak-benar ,RichWorks diiktiraf dalam membantu wanita.
richworks,richworks-wanita-bangkit-berniaga, RichWorks Komited bantu 605,000 Usahawan bangkit

Catat Ulasan

1 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y