Penginapan Hotel di Pangkor yang Popular dan Berbaloi


Ada yang sedang mencari hotel best di Pangkor ke tu?Pangkor Hotel review
Pangkor Hotel review
Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar di Malaysia dan terletak kira-kira 90km ke barat daya Bandaraya Ipoh. Mostly penduduk di sini terdiri daripada nelayan kecil dan juga laut dalam. 
Chalet murah di Pulau Pangkor
Pangkor amat terkenal dengan ikan bilis mata birunya yang berkualiti tinggi kerana air lautnya yang bersih dan terpelihara daripada pencemaran. So tak hairanlah kalau aktiviti snorkeling tu dah jadi macam aktiviti wajib pun buat para pelancong yang berkunjung ke pulau Pangkor.
best hotels in Pangkor
Review rumah Peranginan Persekutuan Pangkor, pangkor hotel,pangkor laut resort,hotel pangkor,hotel in pangkor,Chalet murah di Pangkor,airbnb pangkor,
Pangkor Hotel review
senarai hotel best pulau pangkor 
Selain tarikan alam semulajadi dan pantainya yang cantik, Pangkor juga terkenal dengan lokasi-lokasi bersejarah seperti tapak peninggalan Kota Belanda dan batu bersurat Pangkor serta Replika Tembok Besar China.
 hotel di pulau pangkor 
But me? ahhh personally I sangat sukakan landskap pantainya yang unik, tiada dapat ia di pantai-pantai lain di Malaysia ini. 
hotel 5 bintang di pulau pangkor 
To be specific, Pantai Teluk Nipah, Pangkor 
harga chalet atas air di pulau pangkor
Berkali-kali bila Syu bercuti ke Pulau Pangkor, pastinya tidak ketinggalan untuk pergi bersantai melihat matahari terbenam dari lepas Asar sehingga melewati senja di persisiran pantai Teluk Nipah. 
 pangkor hotel near beach
Pantainya sangat unik kerana dinaungi oleh rimbunan pohon ketapang dan ara yang besar lagi rendang. Di dahannya pula tergantung buaian-buaian, ada yang terdiri daripada tayar terpakai, ada yang dari rajut dan ada juga dari kayu. 
chalet yang best di pulau pangkor
And you know what? I find peace as soon as I melabuhkan punggung ke atas buaian di situ. iya..serta merta Syu hanyut dibuai ketenangan.
pangkor laut resort
Jadi, kepada yang masih tertanya-tanya "apa yang best kat Pulau Pangkor, baik pulau Langkawi lagi", "eh, Pulau Pangkor bukan ada apa pun, bosan!", this is the answer. Mamy temui ketenangan di sini, dan this is my big why I keep coming back here for holiday.
Pangkor Hotel review
Kalau nak dibandingkan antara Pulau Pangkor dengan Pulau Langkawi, lagi seronok dan happening kalau bercuti ke Langkawi. Yes Mamy akui itu. Tapi hakikatnya, bukan semua orang mempunyai selera yang sama. 
Pangkor Hotel review
Bagi Mamy Syu yang hidup as single mom dan terikat dengan kerja hakiki, yang setiap hari mengejar masa untuk balanced kan komitmen pada mama dan abah di usia emas mereka; serta, anak-anak, kerjaya dan juga bisnes sememangnya tidak mengimpikan suasana percutian yang havoc dan happening seperti orang lain. Apa yang Mamy cari adalah tempat untuk "bernafas" dengan tenang.
Pangkor Hotel review
Aktiviti Mamy semasa bercuti adalah lebih kepada duduk lepak tepi pantai, jalan-jalan santai; ikut saja mana kaki ini nak melangkah dan singgah di mana-mana gerai tepi jalan menikmati makanan yang tekak ni rasa teringin nak makan. Sambil-sambil tu melihat panorama sunset di ufuk barat yang kian merah dan kelam.
Pangkor Hotel review
Tak ada yang nak dikejarkan. Mamy cuma datang untuk berehat.
Pangkor Hotel review
Disebabkan relaxed ambience yang ditemukan di sini, so kebanyakan visits I ke Pangkor I selalu pilih booking hotel sekitar Teluk Nipah. Tapi kadang-kadang ada juga I menginap di kawasan lain. So jom Syu review satu-persatu tempat-tempat penginapan yang Mamy Syu pernah bermalam sekitar pulau Pangkor selama 15 tahun kebelakang ini.

Pangkor Bay View Resort Teluk Nipah, Pangkor

teluk nipah chalet tepi pantai
Review rumah Peranginan Persekutuan Pangkor, pangkor hotel,pangkor laut resort,hotel pangkor,hotel in pangkor,Chalet murah di Pangkor,airbnb pangkor,

Seingat Mamy lah kan, hotel Pangkor Bay View Resort Pangkor ni merupakan hotel terawal yang kami menginap sekitar tahun 2005, masa tu mamy masih study di Matrikulasi Pulau Pinang. 
senarai hotel di pulau pangkor 
Zaman itu, untuk menempah bilik hotel ini, kami adik beradik perlu buka buku Yellow Pages yang sangat tebal, malah lebih tebal daripada senaskhah Al-Quran tau!? Dari situ kami dapatkan nombor telefon front office hotel ini. What a memories kan. 
pangkor laut resort
Hotel ini sangat sederhana rekaannya, namun cukup selesa kalau sekadar nak tidur, salin pakaian dan membersihkan diri. Keadaan bilik airnya boleh dikatakan agak memuaskan walaupun tahap kebersihannya tidaklah mencapai piawaian kebersihan bilik air di rumah. Tak kisahlah, yang penting masa tu kami dapat bilik ground floor dan tekanan airnya kuat ahaks~
pangkor laut resort
Masa tu kami enam beradik masing-masing dah dewasa, jadi ma abah menyewa 2 bilik sebelah-menyebelah, di mana lelaki sebilik dengan abah, yang anak dara pula sebilik dengan mama. Bagaimanapun fungsi interconnected-room (ada pintu tengah antara bilik) membuatkan kami sekeluarga tidak terpisah walaupun berada di bilik berasingan. 
pangkor laut resort
So kalau kalian mempunyai keluarga besar, bolehlah consider untuk menginap di sini. Oh ya, untuk mendapatkan adjoining room sebegini, kalian perlu menelefon terus front desk hotel ya. Option ini tidak terdapat dalam website atau portal tempahan tau.
pangkor laut resort
Pangkor Bayview Beach Resort
  • Concept : Cozy chalet 
  • Phone : 056853540 / 0125273550 
  • Location : Teluk Nipah, Pangkor
  • Beach: 30 m walking distance 
  • Rates : MYR <200
  • Air-cond : Yes
  • Breakfast : Excluded
  • WIFI : Yes
  • Fridge : No
  • Swimming pool : Yes
  • Adjoined rooms : Yes
  • Rating : 6/10

pangkor laut resort

Anjungan Beach Resort, Teluk Nipah

Review rumah Peranginan Persekutuan Pangkor, pangkor hotel,pangkor laut resort,hotel pangkor,hotel in pangkor,Chalet murah di Pangkor,airbnb pangkor,
Looking for hotels with swimming pool in Pangkor Island? Anjungan Beach Resort is the best

Sebaik sahaja check in dan melalui garden area untuk ke bilik, ada 3 ke 5 ekor burung enggang (hornbill) datang menyapa. Ya Allah terkejut pada mulanya, tapi sesaat lepas tu mamy jadi kagum seketika melihat spesies burung 'rare' ini betul-betul semeter di depan mata. Bagi Syu, kehadiran burung-burung ini sememangnya menjadi fakotr penarik orang berkunjung ke hotel Anjungan ini.
Pangkor Holiday Resort
Selain itu, suasana bilik yang luas dengan pencahayaan yang sangat baik juga turut menjadi selling point buat Anjungan Beach Resort. Selain bajet, room space juga menjadi salah satu concern utama Syu dalam pemilihan bilik hotel. Bukan apa, ada sesetengah hotel itu biliknya memang sempit dan tidak selesa, sehinggakan kita terpaksa solat di atas katil kerana kekangan ruang.  
mini swimming pool Teluk Nipah Pangkor
Pada ketika itu, kami request bilik menghadap laut tapi malangnya tiada pilihan family room yang menghadap ke laut.  Sarapan yang disediakan juga menepati dengan selera kami sekeluarga. Pendek kata, berbaloi la dengan apa yang kita bayar.
Hotel Kolam di Pulau Pangkor
Anjungan Beach Resort and Spa 
  • Concept : Tropical resort
  • Phone : 056851500
  • Location : Teluk Nipah, Pangkor
  • Beach: 10 m walking distance 
  • Rates : MYR <350
  • Air-cond : Yes
  • Breakfast : Included
  • WIFI : Yes
  • Fridge : Yes
  • Swimming pool : Yes
  • Adjoined rooms : Yes
  • Rating : 7.5/10
pangkor laut resort

Pangkor Coral Bay Resort Pasir Bogak, Pangkor

pangkor laut resort,Pangkor Coral Bay Resort, Pantai Pasir Bogak

Hotel Coral Bay Resort Pangkor ini terletak hanya 5km sahaja dari pekan Pangkor dan untuk ke resort ini, pengunjung perlu mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari Jeti Pulau Pangkor melalui jalan utama. Resort ini dikatakan sangat popular dengan menyediakan pakej yang selesa dengan harga mampu milik. 
pangkor laut resort
Pantai Pasir Bogak juga terletak hanya kira-kira dalam 200 meter sahaja dari sini. Pantai sepanjang 1.3 km ini memang terkenal dengan aktiviti berkelah, memancing, mandi-manda, sukan air, dan juga berbasikal.
pangkor laut resort
Psstt, di aras G hotel ini terdapat dua lot pasaraya bebas cukai yang sememangnya syurga buat kaum wanita ahhaha. Kalau Syu memang borong coklat saja la sebab pinggan mangkuk, beg tangan dan lain-lain tu Syu kurang minat.
pangkor laut resort
Kalau kalian datang ke Pangkor bersama keluarga besar, boleh cuba duplex apartment unit di Coral Bay ini yang mempunyai 3bilik, dapur, dan ruang tamu yang luas. Namun kalian tidak dibenarkan memasak di sini, hanya microwave sahaja yang disediakan untuk memanaskan makanan. Bagaimanapun masa Syu menginap di sini dulu, Syu cuma ambil superior room sahaja dah cukup selesa untuk kami 5 beranak sebab biliknya teramatlah luas oii~ 
pangkor laut resort
Okay, next adalah Federal Government Retreat dimana terletak hanya 1 kilometer atau 3 minit sahaja jaraknya dari Coral Bay resort sekiranya menaiki kereta. Skrol ke bawah.
pangkor laut resort pangkor island
Pangkor Coral Bay Resort & Apartment
  • Concept : Contemporary resort
  • Phone : 05 - 685 5111
  • Location : Jalan Pasir Bogak, Pangkor
  • Beach: 200 m walking distance 
  • Rates : MYR 350 - 600
  • Air-cond : Yes
  • Breakfast : Included
  • WIFI : Yes
  • Fridge : Yes
  • Swimming pool : Yes
  • Adjoined rooms : Yes
  • Rating : 8.0/10


Rumah Peranginan Persekutuan Pangkor

rumah-peranginan-persekutuan-pangkor-rumah-transit-penjawat-awam
pakej pulau pangkor 2 orang
Mamy Syu yakin mesti ramai yang masih tak tahu yang RPP Pangkor telah pun dibuka, kan? Ya, projek pembinaan Rumah Peranginan Persekutuan Pangkor ini telahpun siap sepenuhnya pada Mac 2019 dan kini merupakan antara kompleks RPP paling latest berbanding RPP Cameron Highlands dan yang lain-lain. 
pangkor laut resort
Ia telahpun dibuka secara rasmi untuk tempahan awal 2020 namun rentetan pandemik yang melanda, ia hanya mula beroperasi pada pertengahan Julai 2020 lalu. Terdiri daripada 30 unit chalet dan bilik penginapan, RPP Pangkor dijangka dapat merancakkan kembali ekonomi Pulau Bebas Cukai ini setelah 2 tahun sepi tanpa pelancong.
pangkor laut resort
Terletak hanya 12 minit berjalan kaki ke Pangkor Cable car, kawasannya yang luas dan berpagar menjadikan Federal Government Retreat ini sebagai sebuah penginapan terbaik di Pulau Pangkor bagi pelancong berkeluarga!
hotel pangkor
Terdapat empat jenis penginapan yang ditawarkan di sini. Bermula dari hostel dormitori, diikuti dengan chalet bertingkat, rumah berkembar dan juga banglo. Ok untuk harga sewaan rumah peranginan persekutuan Pulau Pangkor ni, boleh semak di bawah ni:
Pangkor Hotel review
Executives (Gred 48 ke atas)
  • Banglo 4 bilik RM 200  
Pangkor Hotel review
Semua Gred 
  • Rumah Berkembar 2 Bilik RM 150
  • Chalet Bertingkat 2 Bilik RM 100 
  • Hostel : RM 150 1 Malam
chalet tepi pantai pangkor island
Kalau nak tahu lebih banyak tentang RPP Pangkor ni, nantikan artikel pengalaman di rumah peranginan persekutuan Pulau Pangkor yang akan Syu terbitkan tidak lama lagi. Di situ Syu akan ulas lebih lanjut tentang rumah peranginan Pangkor ini dari cara-cara nak booking hinggalah nak check out, atau menuntut pulangan wang tempahan.
Pangkor Hotel review
BOOK RUMAH PERANGINAN EKSEKUTIF PULAU PANGKOR
  • Concept : homestay
  • Phone : 05 – 6851 046
  • Location : Jalan Pasir Bogak, Pangkor
  • Beach: 100 m walking distance 
  • Rates : MYR 100 - 200
  • Air-cond : Yes
  • Breakfast : n/a
  • WIFI : n/a
  • Fridge : Yes
  • Swimming pool : n/a
  • Adjoined rooms : n/a
  • Rating : 9.5/10
Pangkor Hotel review

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. tak pernah pergi lagi

    BalasPadam
  2. yong pun suka pangkor..rasa tenang jiwa nak rehat2

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama11:22

    thank for sharing list hotel near pangkor

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y