Yay! hari jumaat..again (^__^)
aku suka jumaat...not sure bout u guys..but I really2 love jumaat. Angpa suke jumaat?? 
*bukan minyak atar jumaat tu ey,kalo yg tu aku pon xsuke*

Kalo tak suka takyah cakap..kalo suka........
..pon takyah cakap gak akaka..kancing molot masing-masing.. Mata je bukak luas-luas sebab aku nak kabor benda penting pasni.

Reason why aku suka sangat jumaat adalah sebab aku suka solat jumaat. Solat jumaat kan wajib dan aku sebagai lelaki-lelaki muslim yang beriman sangat suka menunaikan kewajipan tu. *agak sinis disitu ye*

Hoh ade yg terasa ek?? padan muka.

Aku pempuan oke. Tak wajib gi masjid. Kecuali la suami aku yang bawak aku gi.
*Nape la suami aku tak penah ajak gi masjid*

Topik harini bukan nak membebel macam selalu..tapi nak perturun ilmu yang dah hampir-hampir melimpah-ruah ni.Ilmu ape??.... 

hah bace sampai abes..then angpa sendiri gitau AS ilmu ape oke.

Secara tradisinye..dalam family AS..setiap kali jumaat msti makan mewah. *itulah AS sangat suka jumaat* Kalo dulu kecik-kecik..pon sama.

Bukan sebab meraikan pape, tapi sebab jumaat lunch break panjang. Jadi ma AS banyak masa nak sediakan lauk yang pelbagai..dan walopon sekarang ma dah pencen..benda ni tetap berterusan.. Dah jadi budaya pon. Abah pon biasanya beli macam2 pada hari jumaat untuk dimasak.

Bila dah banyak lauk pekerja pon kena lah banyak gak an. Habis seluruh family AS kerah ke dapur. Abg ngan adik pon sekali turun. Rasekan! Jangan tau nk makan sedap je! Mulut aku la yang paling bising sekali bila tengok depa wat keje. Biasalah laki.. Hiris bawang pon terkial-kial..mane boleh aku diam. But then again at the end of the day, kami satu family have so much fun together.. Bagus kan.

Dan harini AS amik kontrak buat ayam ngan adek bongsu AS (A'ah namenye). Sayur, drinks, desert dan lain-lain lauk pauk, ma yg handle.

Ini dia...Ayam rendang thai. *Rupa buruk mesti tak sedap*

rendang-siam-resepi-turun-temurun

[missing image]

Cara nak buat nye senang je. First, taruk bahan * dalam blender. kisar!

Tumis bahan * yang dah dikisar tadi sampai naik bau dan garing (garing: bahan jadi terasing dari minyak). Pastu tabur daun limau purut.

Next blend pulak bahan #. Tonggah # dalam kuali sebaik sahaja bahan * tadi garing.

Biarkan. Bila dah mendidih boleh la masukkan ayam dan tambah air. Buh gula agak2 dalam 5 sudu besor dan garam 4 sudu kecik. (agak2 je lah, bubuh je sesedap rasa)


Biar lagi sampai kering dan ayam masak.. siap! 

Haha..tak paham?? Orait arr tu. Aku bukan pengacara rancangan memasak...

takyah pakai ayat skema-skema pon kan. Ilmu memasak? Hoho takwujud. Aku bukan nak mengajar korang masak..aku ni tukang cerita je (^^,) Tapi pesanan dari aku jangan ikut resepi aku oke. Resepi ni dah tersasar jauh dari resepi original ma aku. Daun limau purut serai segala..aku yg memandai tambah.


P/S : walopon susah nak caye tapi abah aku puji sedap oke!

Abah aku paling cerewet tentang makanan pon buley puji. Jadi ia merupakan satu penghargaan yang tak ternilai. 

hinss..hinss...megah nye akuuu..

Petua ma: Basuh ayam dengan tepung gandum. Ayam tak berbau hanyir dan lambat basi