10 Tips Anak Pintar Sejak Dalam Kandungan

10 Tips Anak Pintar Sejak Dalam Kandungan | Mempunyai anak bijak adalah impian semua ibu-bapa. Namun, tahukah anda bahawa proses mendidik anak jadi pintar boleh dilakukan sejak dari dalam kandungan lagi? Mari kita lihat 10 tips (insyaallah) melahirkan anak dengan maximum brain function:
petua anak bijak

10 Tips Anak Pintar Sejak Dalam Kandungan


1. Berikan nama yang baik
Sebelum lahir lagi, berikan nama yang baik untuk bakal bayi. Ajak bayi berbual bersama-sama dengan memanggil nama penuhnya. Semasa Trimester 1, mungkin belum ada apa-apa lagi. Apabila mula masuk Trimester 2, usap perut dan selalu berkomunikasi dengan bayi.

2. Berbicara dengan bayi
Ucapkan kata-kata seperti, “Sayang, ini mama ni. Mama sayang sangat adik. Mama tak sabar nak tunggu adik keluar. Nanti besar jadi anak yang soleh/solehah ya. Patuhi perintah Allah. Jaga mama dengan ayah baik-baik”. Kadang-kadang, tanpa sedar, seakan-akan bayi memahami bahasa kita. Tindakan refleks seperti menendang perut akan membuat kita tertawa sendirian. Pada Trimester 2, bayi sebenarnya sudah mengenali suara ibu mereka. Jadi, selalu-selalulah berkomunikasi dengan mereka.

3. Bayi mahukan sentuhan ayah juga
Ayah mungkin tidak dapat merasa ‘tendangan’ si bayi. Cuba dekati perut ibu, ucapkanlah sesuatu yang baik-baik untuk bayi. Untuk lebih keseronokan, mungkin si ayah boleh merakam suara dan kata-kata, dan dengarkan menggunakan ‘headphone’ pada perut ibu.

4. Dengarkan ayat-ayat suci Al-Quran
Jika sudah puas bercakap dengan bayi, si ayah juga boleh mengalunkan ayat-ayat Al-Quran pada bayi. Jika ada kelapangan, solat berjemaah dengan si ibu. Selesai solat, baca Al-Quran bersama-sama. Andai ada masa terluang, bahkan dalam kereta sekalipun, dengarkan ayat-ayat suci selalu pada bayi. Mudah-mudahan, apabila besar kelas, boleh menjadi seorang hafiz/hafizah.

5. Bacakan cerita pada bayi
Selain Al-Quran, jika si ibu membaca buku-buku ilmiah yang lain, bacakan sekali kuat-kuat. Biar si bayi dengar akan isinya. Mudah-mudahan terang hatinya selepas keluar nanti. Rangsangan dan sentuhan pada bayi amat penting dalam membina ‘bonding’ antara keduanya. Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu dalam keadaan gembira, begitu juga bayi. Elakkan ‘stress’ kerana secara tidak langsung, bayi akan merasa tekanan itu juga.

6. Penuhi keperluan nutrisi dalam pemakanan
Bakal ibu perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan sampai pada bayi. Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang halal. Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui seperti rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut.
7. Penerimaan dengan hati yang terbuka
Si ibu perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian, cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Secara tidak langsung, emosi negatif ini akan sampai pada bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang hamil.

8. Ibu akan membuat latihan matematik dan muzik
Untuk merangsang otak bayi, dikatakan ibu ini akan menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan ayah akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Semestinya soalan-soalan yang sukar. Latihan matematik yang di lakukan sewaktu bayi di dalam kandungan dipercayai dapat melatih otak bayi untuk menjadi lebih bijak. Latihan ini di lakukan sehingga bayi dilahirkan.

9. Mempelajari alat muzik & bahasa asing
Mempelajari bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola akan membuatkan kanak-kanak itu lebih bijak. Dikatakan, dengan bermain muzik, seperti belajar bahasa, otak kiri dan kanan akan dirangsang sepenuhnya dimana pemprosesan maklumat bahasa dan muzik akan melibatkan fungsi kedua-dua belah otak kiri dan kanan.

10. Pemakanan yang istimewa turun-temurun
Antara makanan yang boleh diamalkan adalah kacang badam atau almond, buah kurma tau tamar, dan makan ikan dengan banyak (tanpa kepala). Kepala ikan dipercayai mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak sewaktu bayi di dalam kandungan. Juga boleh mengambil pil minyak ikan DHA+ sebagai nutrisi tambahan.

Selamat mencuba mommies!!

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Tips yang baik...ada antaranya akak amalkan sebelum bersalin. Moga anak anak kita menjadi anak anak yg soleh solehah...Aamin

    BalasPadam
  2. Wow bagus la tips ni..tapi tip no 8 tu tak penah practise masa mengandung 🤣..tp actually ade satu supplement yg my O&G recommend mkn which is i lupa nama supplement tu..mahal la jugak dlm 60 satu kotak utk 1 month..tp Alhamdulillah..anak yg keluar cerdik bijak..bagi saya yg penting aura positif tu..tu sgt penting..anyways thanks for sharing 👍🏻👍🏻

    BalasPadam
  3. bagus ni...memang dari dalam kandungan nak kena jaga semuanya

    BalasPadam
  4. Yertarik dengan tips no 8 dan 9. Kesimpulannya, si ibu banyakkan buat aktiviti sihat dan merangsang minda. Semuanya untuk membantu perkembangan baby. Good shares :)

    BalasPadam
  5. Tertarik dengan perkongsian tips ini...terus rasa nak mengandung lagi...

    BalasPadam
  6. Tips yang terbaik buat mereka merancang kehamilan.

    BalasPadam
  7. Btul..saya mg suka buat add maths masa mngandung ank2 saya...
    Lagi 1 suka baca buku2 kimia masa saya belajar dlu

    BalasPadam
  8. Saya ni masih dalam sekolah menengah.. tapi bila saya sudah hamil, saya akan datang balik... >.<
    Tips sangat bak...

    BalasPadam
  9. Best baca tips ni walaupun belum berkahwin. Mana tahu amalkan nanti.

    BalasPadam
  10. Tips yang menarik.. memang kena jaga awal dari kandungan baru la anak lahir dengan hebat

    BalasPadam
  11. sangat bagus tips ni...will let my fren who about to pregnant know...

    BalasPadam
  12. Wahhh bgus tips. Nanti mengandung bolrh follow tips ni kan.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y