Cara Mudah dan Resepi Air Katira Original Johor

resepi air balang katira
Korang! 
 —Yang betul-betul original dibuat daripada katira. Tahukah apa itu katira ? Ianya juga dikenali juga sebagai getah anggur,gond katira. 
Korang yang mana tak pernah minum atau takmau nak cuba minum air katira sebab nampak pelik tuu, korang kena buat sendiri dan cuba rasa dulu. Kadang air balang yang dibeli dari bazaar ramadan tak mewakili kesedapan air katira original tau. 
resepi air katira abu bakar
Biasalah orang berniaga yang jenis nak untung banyak, maka banyak jugak lah bahan-bahan yang di catu dan dikurangkan nya. Tapi bukan semua, masih ada juga segelintir yang ikhlas berniaga nak bagi orang makan sedap.
resepi air katira viral resepi air katira padu
Air katira sangat special sebab ia diadun dari herba semulajadi yang membantu menyejukkan badan serta boleh mengembalikan kesegaran. Adapun "hunger buster" drinks merupakan nama kedua bagi air katira. 
asal usul air katira khasiat air katira
Khasiat susu badam, kurma dan susu yang memang dah diketahui kaya dengan zat protein, potassium dan juga kalori ini adalah sangat diperlukan oleh sel-sel badan! Seseorang yang dah drained, tahap kebuluran pun boleh kembali cergas bertenaga dengan meminum minuman buah-buahan campuran katira ni, korang tahu?
resepi air katira asli
cara-buat-air-katira-original,resepi air balang katira,resepi air katira viral resepi air katira padu
Air Katira buat habuan berbuka puasa bulan Ramadan

asal usul air katira khasiat air katira

Cara Mudah Buat Air Katira Original Johor

resepi air katira original johor

Bahan-bahan nak buat air katira:


  •      1 tin susu cair
  •      2 cawan gula pasir
  •      3 keping getah anggur kering / katira* (direndam semalaman) 
  •      12 biji badam (direndam dan dibuang kulit)     
  •      3 ketul buah kembang semangkuk (direndam semalaman)
  •      1 genggam biji selasih (direndam semalaman)
  •      2 cawan cendol 
  •      1/2 cawan cincau 
  •      7 biji kurma Ajwa (bertangkai)
  •      Kismis
  •      Kacang tanah goreng 
  •      Secubit garam
resepi air katira original resepi air katira asli
Resepi Air Katira Ringkas Untuk Memulakan Bisnes Air

Langkah-langkah penyediaan Air Katira:

Bukan mudah nak membuat air katira asli. Macam-macam bahan diperlukan bagi menghasilkan air katira asli tanpa diubahsuai. Biarpun Air Katira Abu Bakar sangat popular, namun ianya telah diubah resepi menggunakan susu cair dan juga air bikarbonat iaitu soda. Jauh lari daripada resepi asli katira yang menggunakan susu dari kacang badam.

A: Langkah penyediaan Sirap pandan

     1, Sebelum membancuh air katira, korang hendaklah menyediakan sirap terlebih dahulu.
     2. Mula-mula, rebus 3 cawan air hingga mendidih.
     3, Masukkan 2 cawan gula pasir bersama daun pandan yang telah dikisar. Kacau hingga larut. 
     4. Kemudian, padamkan api. Tuang dan tapiskan air gula hijau ke dalam balang air besar.
     5. Simpan dan ketepikan dahulu.
    Resepi Air Katira Ringkas Untuk Memulakan Bisnes Air

B: Langkah penyediaan Susu badam

     1. Badam yang telah terasing dari kulit dikisar hingga halus bersama secawan air.
     2. Masak badam yang telah dikisar tadi bersama 2 cawan air hingga mendidih.
     3. Setelah mendidih untuk beberapa minit, bolehlah padamkan api.
     4. Tapis dan tuangkan susu badam ke dalam balang air yang berisi air gula hijau tadi.


C: Langkah membancuh Air katira

     1. Carik-carikkan kurma dari biji dan masukkan ke dalam balang air tadi
     2. Boleh juga jika kurma tadi dibuang biji dan dihiris nipis. Terpulang.
     3. Masukkan pula katira, biji selasih dan buah kembang semangkuk yang telah kembang
     4. Tuang susu sejat, cendol dan secubit garam. Kacau hingga sekata semua bahan-bahan.
     5. Hidangkan air katira samaada dalam gelas besar atau mangkuk pencuci mulut.
     6. Tabur kacang goreng, kismis dan cincau sebagai toppings.
     7. Sedia dinikmati sebagai "energy booster" waktu berbuka setelah seharian berpuasa!

Selamat mencuba! 


air katira diperbuat daripada apa

Asal Usul Air Katira (Sejarah air Katira)

resepi air balang katira
Dikatakan sejarah tentang asal usul air katira ni adalah berasal dari Singapura. Entahlah. Johor dan Singapura pun berjiran je kan, so ada kemungkinan jugak kan air kathira ni tersebar sampai ke Johor..
resepi air balang katira bazar ramadan
Tapi ada juga yang menyangkal dan berkeras mengatakan yang air katira sebenarnya sudah lama diamalkan dan menjadi minuman tradisi masyarakat muslim di India Selatan. Hmm..who knows.
resepi air balang katira bazar ramadan
Tak kisah lah dari mana ia datang, yang penting tokak den suko bonar dengan raso ea. Raso nak minom hari-hari lah! Eh eh. katira mai dari johor weyy bukan nogori bhahaha. tiberr!
air katira diperbuat daripada apa
air katira diperbuat daripada apa

*Katira (getah anggur) dan buah kembang semangkuk boleh didapati dari kedai senseh / kedai ubat tradisional Cina.
air katira diperbuat daripada apa

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Sedap je nie..
    Boleh try nanti..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye long. Memang sedap air katira buat berbuka puasa

      Padam
  2. Tanpa Nama18:12

    Salam,

    Nak tanya, resipi air ini untuk berapa liter?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. AS buat dulu, dapat 1 jug besar...lebih kurang 4 liter gitu.
      Memang pior rasa air katira nya

      Padam
  3. Tanpa Nama16:31

    air katira semakin dilupakan dah

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y