Cabaran Hidup Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh

Tidak boleh elak akan wujudnya sisi buruk sesuatu perhubungan tu tak kira awak tinggal sebumbung atau jarak jauh. Tapi pasangan yang tinggal bersama ni, jarang kita dengar timbul isu-isu yang serius. Tapi, kalau pasangan suami isteri PJJ, banyak! 

Entri kali ni bukan bertujuan nak highlight kan keburukan hidup sebagai pasangan suami isteri PJJ, tapi lebih kepada pengalaman peribadi aku yang sudah lebih 5 tahun hidup PJJ dengan suami.


Kisah | Cabaran hidup sebagai pasangan suami isteri PJJ

Al-kisah, selama 5 tahun Syu hidup PJJ ni, tak pernah lah lagi Syu rasa macam ni. Cuma lately ni je I dapat rasa yang I macam dah makin boring je dengan suami huhu. Mungkin sikap Syu ni ada kaitannya dengan pembawakan baby la kot. haha ayat cliche sangat kan?

Orang perempuan bila nak justify kesalahan diorang supaya nampak macam tak bersalah, mesti guna alasan mengandung lah, hormon tak stabil lah, PMS lah, pembawakan baby lah..pffttt.

Alasan. Seribu satu alasan kita boleh create untuk menyedapkan hati dan nafsu kita. Tapi, bila fikir semula menggunakan akal dan iman, kita akan sedar sebenarnya; yang sikap kita sekarang ni adalah sangat-sangat tak betul!

Jom ikuti kisah bagaimana seseorang tu boleh develop rasa boring dengan pasangan dan hidup berumahtangga.


Bermula Dengan Mencari Salah

Suami Syu berkerja dalam bidang oil & gas, dan yang seperti semua orang maklum, kerja dalam bidang O&G ni sebulan sekali je dapat balik. Itupun hanya seminggu je tempoh cuti nya.

Tapi akhir-akhir ni, asal suami Mamy Syu balik je I asyik nak cari point untuk marah-marah dia je. Kalau tak jumpa point untuk gaduh, mamy akan sengaja cari pasal yang remeh-temeh supaya mencetuskan pergaduhan.

Apa yang dia buat semua tak kena, semuanya berbulu di mata aku! Bila I buat kerja rumah, I rasa semak tengok dia ada, tapi tak membantu. Mulut aku tak boleh nak berhenti membebel itu ini, mempersoalkan kenapa abang tak buat tu, kenapa abang tak tolong buat ni dan lain-lain.

Tapi macam biasa, dia maintain cool, tak berbunyi sepatah pun.

Begitulah hari-hari berlalu sampailah suami tu dah naik kerja semula.

Hah. Bila tima masa dia dah tak ada, rindu dia lah pulak dah! Mulalah I hantar Whatsapp ayat sendu, ayat pilu kat dia. Mengadu itu ini, ber huhu-huhu, ber sobs-sobs bagai. Wehh! Jangan kata korang..aku pun pelik dengan perangai aku sekarang ni tahu?

Malam-malam, bila semua anak dah tidur, Syu akan memikir macam-macam. Syu akan kenangkan, betapa aku hidup berdikari hanya aku dengan anak-anak tanpa suami di sisi. Setiap urusan anak-anak, I terpaksa buat sendiri. 

Hantar-jemput di sekolah, mengaji, mengasuh, malah menyara sekali pun.

Siri Ungkit-mengungkit Bersulam Ego

Bab menyara ni, I dah mula fikir yang I boleh je survive dengan pendapatan I seorang. Then bila dicucuk pula ego, lagilah bertambah buruk pemikiran aku. Aku fikir, banyak je yang aku dah tolong tampung perbelanjaan rumahtangga. Malah, aku pernah buat loan peribadi lagi untuk dia setelkan hutang kereta. Tengok, aku sedang membesarkan ego aku dengan mengungkit perkara yang aku dah buat untuk dia. Pulak tu, kos hidup PJJ ni bukan calang-calang tingginya tau..tapi teramat-amat sangatlah tingginye! Kami kena sara keperluan dua biji dapur, sewa rumah dan kenderaan secara berasingan. Korang kira lah sendiri perbelanjaan isi rumah korang, dan kali dengan dua..huhu~
Mungkin inilah yang dikatakan cabaran dan ujian hidup secara PJJ. Bila kita dah terbiasa hidup tanpa pasangan di sisi, kita secara tak sedar mengasuh diri kita "selesa" hidup tanpa dia. Dah tu, bila dia ada, mulala kita rasa rimas. Kita pulak "perasan" kononnya kita boleh hidup sendiri;berdikari.. Nak lagi jahat, bila dicucuk pemikiran tu oleh setan, kita start fikir pasal cerai dan nak bawak haluan masing-masing. Semua ni tak berlaku dalam sehari dua tau korang. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk perasaan ini develop. Bila korang mula rasa bosan dengan pasangan, itulah petanda nya korang kena baiki hubungan korang dengan segera!

Kawal Keadaan dan Cari Jalan Penyelesaian

Cepat-cepat slow talk dengan pasangan. Ceritakan semua. Ya, semuanya! Walaupun aku rimas bila dia ada di sisi, tapi hakikatnya aku sayangkan perkahwinan ni. So, kami pun berbincang. Tapi, demi mencapai matlamat untuk tinggal bersama ni, salah seorang dari kami kena korbankan karier kami. Tak apelah. Itu dah memang adat dalam kehidupan. Kalau nak capai sesuatu, mesti ada sesuatu juga yang perlu dilepaskan. Aku redha. So kalau ikut perancangan kami, kurang tiga tahun dari sekarang, kami akan kembali hidup seperti pasangan suami isteri yang normal yang tinggal sebumbung, dan bersama-sama membesarkan anak.

InsyaAllah..
Doakan kami ye kawan-kawan ^_^


Kesimpulan

Semua pengakuan yang aku tulis kat sini bukan tujuan nak membuka pekung rumahtangga aku sendiri. Tapi, aku nak sampaikan bahawa bahagia macam mana pun kita, cabaran-cabaran macam ni lambat laun pasti akan tejadi  juga bagi pasangan jarak jauh. Antara cepat atau lambat je. Well, aku bernasib baik sebab dalam kisah aku ni, suami aku bukanlah seorang yang kuat berfoya-foya ataupun buaya. Walaupun kami hidup PJJ, tapi alhamdulillah isu kesetiaan tak timbul antara kami. Aku pun tak pernah terlintas nak berlaku curang pada suami aku. Ada laki yang baru nak start flirting-flirting tu pun cepat je aku cantas. Aku tak suka! Lagipun minat aku bukan ke arah tu.

Jadi, sebagai panduan korang yang senasib dengan aku, aku nasihatkan supaya korang ikhtiar lah macam mana sekali pun untuk kembali tinggal bersama. Jangan biar lama-lama duduk berjauhan tau korang. Aku sendiri pun sebenarnya agak kesal sebab dah berlalu sampai 5 tahun, baru lah kami terbuka mata. Sayangnya takde "orang lama" yang nak share kisah diorang untuk bukakan mata kami lebih awal. Hingga kami terpaksa melalui fasa boring dalam hubungan ni barulah akhirnya kami sedar sendiri, dan bertindak. 

Cabaran hidup sebagai pasangan suami isteri PJJ


Mamy Syu: Kalau memang dah takde rasa bahagia bila duduk berjauhan ni, sebaiknya ambillah keputusan untuk duduk sebumbung dengan suami. Yang ni kena fikir masak-masak. Kalau kita yang dah berstatus jawatan tetap kat gomen ni, perlu difikir banyak kali untuk berhenti kerja. Tambahan lagi dengan keadaan ekonomi negara kita sekarang yang mana semua harga barang-barang naik ni kan? Semoga korang pun berjaya mencapai kata sepakat..

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. suami dah pjj 5thun.. dugaan paling besar adalah pengurusan masa n kewangan. sbg isteri mmg kena selalu support kt dia..jgn give up nk habiskn belajar.. so xbole bayangkan kalau 2 2 sekali pjj.. pasti lg besar dugaannya.. sabar ye.. semoga dipermudahkan semua urusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tenkiu ena..
      Moga dipermudahkam segala urusan

      Padam
  2. Salam singgah!

    Memang bukan mudah kalau duduk berjauhan. Bab trust tu satu hal, belum campur lain-lain bab lagi seperti dalam entri ni. Akak sendiri pernah berjauhan dengan suami setahun lebih sikit aje, merentasi benua lagi; itu pun dah terasa siksa yang amat. Walaupun ada kerja dan terlebih mampu berdikari, tetap juga rasa macam handicapped tau.

    Apa-apa pun semoga segala masalah akan dapat diselesaikan dengan cara paling baik. Umur perkahwinan pun dah masuk 5 tahun. Kata orang 5 tahun pertama tu memanglah masih tahap nak saling kenal-mengenali lagi dan banyak dugaannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la kan mummy. Ramai orang cakap macam tu..5tahun pertama perkahwinan memang mencabar. Harap lepas tahun ke-5 ni, perjalanan bahtera perkahwinan makin lancar.

      Padam
  3. Nama pun hidup berumahtangga ye Annur.... kalau tak diuji bukanlah berumahtangga namanya. Nasiblah suami tu jenis sabar. Kalau bukan penyabar boleh bergaduh besar jugak tu rasanya. Pompuan ni biasalah .....mmg suka mengungkit hihi....lagi lagi bab duit. Lagi lagi tengah penat, tengah marah haha.... kelakar pun ada bila difikir manusia pompuan ni ye Annur...

    Apa pun moga urusan Annur hidup sebumbung dgn suami dipermudahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi orang perempuan memang unik. Mafsi nye saje dah ade 9..kan. ^_^

      Padam
  4. Tenchu intan sudi singgah! ^_^

    BalasPadam
  5. Samalah perasaan sy tu. Sy gugel utk heal kan rasa tu. Tq sbb dah cool kan sy. Sy ingat sy sorang jer rasa mcm tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga sis Siti pun berjaya temukan jalan penyelesaian ye

      Padam
  6. Tanpa Nama16:07

    sy pun rsa mcmtu jugak.. husband sy tgl di pendalaman. sy di bandar...kmi 2 2 kje di sektor gomen...tp sy xkuat dh nk harung pjj ni. kmi dh 2 tahun pjj.. kdg sy rasa nak resign..tp memikirkan keje gomen ni.. rsa tak jd pulak. tp sampai bila nak hidup mcmni.. sbb husband sy pun mmg xkn dpt tukar sbb xde sapa nak ganti dia kje di pendalaman. 😢😢 kdg2 kmi gaduh smpai sy kata nak berpisah.. tp sy nk berpisah ni sbb sy ckp nk bawak haluan memasing. bukan sbb isu kesetiaan ke apa.. sbb suami sy bkn yg suka berfoya2 n buaya darat ke apa ke... sy sygkn perkahwinan sy ni.. tp sy sygkn kerjaya sy jugak. klau boleh sy tau, sis resign ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis Anon,

      Dalam kes AS, husband AS yang resign dan balik tinggal di darat, set up business welding dan tangkap projek renovation rumah.
      Perit pada mulanya, sebab kos hidup terpaksa di tanggung atas gaji seorang.
      Sekarang dah ok sikit. Dah boleh bernafas dah sikit bila banyak projek masuk. Berkat sabar juga rasanya.
      Saya doakan Sis berjaya capai kata sepakat dan kembali tinggal sebumbung dengan husband. Amin.

      Padam
  7. Tanpa Nama22:41

    Tgh melayan perasaan sedih berpjj, terjumpa entry ni.. Huhu.. Betulla.. Semua yang AS ceritakan tu, itula yg saya rasakan sekarang ni... Sy dah hampir 7 tahun berpjj, anak sulong pn dah nak masuk darjah 1 tahun depan.. Yang paling dirasai adalah, bab anak2.. Sy merasakan seolah2 sy memikul seorang diri tanggungjawab utk besarkan anak2.. Kami berdua bekerja gomen.. Rasa agak syg utk resign, tambahan pula gaji sy lebih besar drpd husb.. Sblm ni husb bekerja di seberang laut, 3 tahun yg lepas dpt berpindah ke semenanjung, tp masih berjauhan.. Menunggu pertukaran utk tinggal bersama, bagaikan menunggu kucing bertanduk.. Terasa sgt kesian dekat anak2.. Ada ayah tapi bagaikan tiada.. Balik kadang2 2 minggu sekali, kadang2 sebulan sekali, jarang2 seminggu sekali, tu pun balik xsampai 48 jam.. Ntahla.. Mmg rasa sgt tak bahagia dgn perkahwinan sekarang, kadang2 bila biarkan diri melayan perasaan, mmg terbit rasa nak berpisah.. Tp cepat2 istigfar dan muhasabah diri.. Sbb dia jauh dn jarang balik disebabkan kekangan kerja, bukan sbb ada perempuan lain atau berfoya2.. Moga Allah berikan kekuatan utk sy harungi hari2 pjj yg tak tau bila kesudahannya ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak-banyak sabar. Itu sajalah kunci nya bagi pasangan suami isteri jarak jauh macam kita ni. BTW, kami sempat duduk sebumbing 1 tahun je. And now husband I start another new project on oil&gas industry..huhu again.
      Bila company tawarkan peluang yg tak mampu ditolak, akhirnya kami PJJ semula. Baru je lagi Ogos 2019 baru-baru ni

      Padam
  8. Tanpa Nama13:12

    aku dah 5 tahun pjj anak 2... so far ok je sebb mana nak jalan ke mana pun suami izin.. family aku pun bnyk bntu.. mungkin yg pjj jauh dri family rasa agak tertekan kot.. bnda nie pikir positif insyaallah positif. kuat ye kwan2 yg pjj Allah uji kite.. doa bnyak2 semoga dpt hidup sebumbung bersama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki you sis PJJ dengan suami, but berdekatan dengan keluarga / parents sendiri. Support dari keluarga tu lah yg membuatkan seseorang itu mampu bertahan.

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y