Ulasan buku Hebatnya Susu Ibu! | Ibu kena sasarkan matlamat nak menyusukan anak sejak anak dalam kandungan lagi. Mana ada ibu yang tak nak menyusukan anak dengan susu badan dia sendiri. Syu yakin kot! Semua ibu nak menyusukan anak diorang, cuma kadang tu ramai yang bagi alasan "I takde rezeki susukan anak" bila tak dapat nak penuhi matlamat tu. Pernah jugak I dengar sorang akak yang baru bersalin kat hospital ni yang melabel diri dia sebagai ibu yang dah ditakdirkan sejak azali tiada susu badan. Aduii.betul ke macam tu?
Inilah dia buku Hebatnya Susu Ibu! Buku yang bersaiz poket di sebelah tu, adalah buku percuma pemberian nurse dari klinik kesihatan Bukit Payong, Terengganu masa lawatan ke klinik 7 bulan. |
Apa yang Syu faham selepas membaca buku ni?
Sebenarnya, untuk mencapai matlamat nak menyusukan anak secara ekslusif ni, yang penting sekali kita kena faham dulu fisologi badan kita. Badan kita sifatnya sukakan keseimbangan. Kalau kita minum banyak, kita akan kencing banyak. Walaupun kita dalam keadaan dahaga gila-gila sekalipun, bila kita minum, badan takkan simpan air tu untuk bekalan sampai esok. Badan kita tetap akan keluarkan balik air tu dalam tempoh yang terdekat jugak.
Itu memang takde kena mengena dengan penghasilan susu badan, Tapi, apa yang I nak sampaikan adalah, badan kita sentiasa bertindak balas untuk menyeimbangkan setiap perkara yang ada pada badan kita. So kalau nak badan hasilkan susu banyak, kita kena lah bagi signal kat badan kita. Tapi persoalannya macam mana nak sampaikan signal pada badan?
-Pam dengan kerap?
-Minum air kosong banyak?
-Amalkan konsep demand and supply?
Atau ada lagi faktor yang lebih penting?
Ilmu penyusuan comes first!
Yang sebenar-benarnya, tips nak menjayakan penyusuan secara ekslusif ni paling penting ialah ILMU PENYUSUAN. Ramai ibu yang mengabaikan ilmu ni sebab beranggapan, lepas bersalin nanti naluri keibuan tu akan memandu kita menyusukan anak dengan sendirinya secara semulajadi. Pastu kita fikir, susu akan automatik terpancut keluar sebaik sahaja baby menghisap.
Sedangkan, kita tak tahu, posisi dan cara lekapan mulut baby sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam refleks rangsangan susu badan. Kalau tak betul cara kita memangku baby, baby takkan dapat melekap dengan betul. Bila lekapan atau latching tu pon dah gagal, sorry to say, cita-cita nak susukan anak sampai 2 tahun tu hanya akan tinggal angan-angan.
Sedangkan, kita tak tahu, posisi dan cara lekapan mulut baby sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam refleks rangsangan susu badan. Kalau tak betul cara kita memangku baby, baby takkan dapat melekap dengan betul. Bila lekapan atau latching tu pon dah gagal, sorry to say, cita-cita nak susukan anak sampai 2 tahun tu hanya akan tinggal angan-angan.
Rumusan
Justeru, ketahuilah ibu-ibu di luar sana bahawa yang paling penting dalam penyusuan ni ialah ILMU. Bila kita tahu kenapa susu lambat dihasilkan sebaik sahaja dilahirkan, kenapa bayi yang baru lahir tak boleh diberikan botol susu, kenapa perlu pam sekerap yang mungkin, kenapa perlu minum air banyak, padahal mak-mak kita larang minum banyak air dalam pantang, dan sebagainya, jadi kita akan lebih bersedia untuk curb segala permasalahan yang timbul sepanjang perjalan penyusuan kita.
Permasalahan yang sering mengganggu ketenangan ibu menyusu
Adakah susu ibu cukup?
adakah bayi kenyang?
perlu ke bagi air masak pada bayi?
Semua persoalan-persoalan ni perlu kita fahami supaya kita tak cepat menggelabah, tak melatah dan mendengar cakap-cakap orang yang baby tak kenyang dengan susu ibu dan sebagainya. Bila kita berilmu, kita akan dapat meneruskan penyusuan ibu secara eksklusif dengan tenang dan hati yang lapang.
Apakata Syu
Jadi, untuk bakal-bakal ibu di luar sana, perkara paling utama penuhkan ilmu di dada dengan ilmu penyusuan. Banyakkan membaca buku, minta bantuan jururawat yang menjaga kes posnatal korang, search tips penyusuan di internet, tanya mereka yang berpengalaman menyusukan baby, dan apa cara sekali pun supaya kita boleh dan mampu menyusukan anak kita sendiri.
Harapan Syu
Harapan Syu
Mudah-mudahan korang terutamanya first-time mom yang membaca buku ni berjayalah menyusukan baby korang secara eksklusif. Memang kebanyakannya ibu yang beranak anak sulung ni selalu gagal susukan baby dengan susu badan. So it's time, untuk ubah semua tu. Jangan jadikan diri korang salah seorang daripada statistik ibu-ibu yang gagal susukan baby sulung ye? Cari ilmu sebanyak-banyaknya sepanjang mengandung tu. Supaya korang tak stres dengan masalah susu badan drop masa dalam pantang nanti.
Good luck korang!
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Bagus buku seperti ini.. Lagi bagus dari baca kisah berbukan terutamanya dari page Kisah Rumah Tangga time tengah mengandung nie kan.
ReplyDelete