5 Wishlist My 1st Year Motherhood Journey Sudah tercapai!

Māmy Syu
2
5 Wishlist "My 1st-Year-Motherhood Journey" Sudah tercapai! | Baby Ora a.k.a Hawraa aku ni terasa begitu pantas membesar. Sedar tak sedar si bulat Ora sudah pun memasuki bulan ke 9 kehidupannya. Terasa seperti baru bulan lepas ibu lahirkan awak. Cepat sungguh awak membesar sayang! 

Sebenarnya ibu ada 5 wishlist yang ibu senaraikan sejak ibu lahirkan awak Ora. 



Jom mommies, lengkapkan wishlist ini sebelum baby mencapai usia setahun. Sebab semua kelima-lima wishlist ni memang moment yang terhad untuk bayi bawah setahun saja. Lepas anak usia setahun, mommies takkan dapat peluang lagi melakukan 5 wishlist ini.


Sebab apa tak boleh?
Baby bila dah mencapai umur setahun, mereka akan mula lincah, aktif dan semakin banyak akalan. 

Jadi sebelum mereka semakin membesar, jom hayati detik indah bersama si kecil dengan 5 cara bonding ini!!


1. Melaram berbagai jenis baby carrier

Yang ni di Wonder Food Museum, ibu melaram dengan Mamaway Baby Ring Sling. Tidur je baby dalam kantung ni hihi

Sebelum baby Ara setahun ni lah ibu boleh nak melaram memakai baby carrier. Agak-agak kalau Ora dah setahun dan beratnya mencapai lebih 10kg, nak kendong dengan kendongan lagi, kau rasa? Agak-agak berapa jam dapat bertahan tu ye? haha

Ibu melaram dengan Tugeda Ideal babywearing pula selama 2 jam pusing-pusing Museum of Illusions

Biarpun baby carrier yang Xu beli ni kedua-duanya ergonomik, dan boleh dilaras mengikut saiz baby, hingga 2 tahun, tapi your ibu is very tak sanggup nak kendong awak sampai usia 2 tahun. Very da! Setakat awak 7-8kg ibu boleh gagah lagi. Itu pun cukup sejam, ibu kena release baby carrier dan rehat. Kalau tak, nanti nak tidur malam jenuh sapu minyak angin lah kat pinggang ibu ni ha.

Tapi, jujur-jujurnya lah kan. Apa sangat la dengan lenguh-lenguh tu berbanding bonding yang erat lagi mesra dengan baby Ora. Priceless okay!

Ibu hargai sangat setiap saat Ora berada dalam kendongan. Sangat warm seolah-olah ibu mendakap awak sepanjang jalan. Nak-nak pula bila baby Ora terlentok ke dada ibu dan ketiduran. Ohh~ Bergetarr naluri keibuan ibu ni oii~




2. Mengenakan pakaian beragam pada baby

perkara yang mesti dilakukan bersama bayi sebelummereka berumur 1 tahun, 5 Wishlist "My 1st Year Motherhood Journey" Sudah tercapai!

Pakaian beragam untuk baby sebenarnya terhad. Tapi Xu gunakan apa yang ada, mix and match saja haha. Kawaii tau! Kalau diorang dah besar dan dah 'dapat kaki' nanti, ruas badan diorang dah panjang dan tak nampak chibi, kementot macam sekarang ni dah.

Tak tahu apa itu chibi? Cuba search kat google "marvel avengers chibi". Apa yang keluar? 

Superheroes yang watak ganas pun nampak comel kan. hihi~ So itulah maksud chibi. Ianya bulat dan pendek. Macam Powerpuff Girls gittew!



3. Keluar holiday dengan baby


Seawal 3 bulan lepas habis pantang pun ibu dah bawa baby Ora bercuti. Kami sekeluarga ber staycation di sebuah banglo mewah di sekitar Zoo Negara. Seronok! Kita buat BBQ, mandi di kolam renang dan ber-photoshoot ramai-ramai. Sebulan selepas tu kami terasa nak tengok pantai pulak. So sekali lagi ber-staycation, tapi kali ni di Lexis Suite, Penang.



Sebenarnya, bercuti dengan baby tak renyah dan susah sebenarnya, nak-nak pula baby Ora  masa tu baru berumur 4 bulan. Dia cuma tidur, menyusu, poo-poo, menyusu lagi and repeat haha. 

Ada sesetengah mommies memilih untuk tidak travel bila ada baby kecil. Susah katanya. Mungkin definisi 'susah' bagi mereka adalah barangan keperluan baby yang banyak dan pelbagai. So susah nak bergerak.

Well, memang betul. Tapi Xu just stay positive, berlapang dada dan hadap saja. BTW perjalanan kami balik kampung (Terengganu)pun dah memakan masa selama 4-5 jam di atas jalan raya. so, alah bisa tegal biasa lah kan~

Enjoy je holiday anda ok?!
Baby kita ni takkan kekal jadi baby selama-lamanya nya pun. Sampai suatu masa, kita mesti akan rindu nak berjalan dengan baby lagi. Masa tu barulah ohh~ "If only I could turn back time.."



4. Rakam gambar dan video keletah baby


Gambar? memang dah penuh memori phone tu. Itu belum kira bernaskhah-naskhah photobook dah atas rak tu. Rasa tak cukup-cukup kan tangkap gambar baby?

Baby tengah nyenyak tidur, snap! Baby makan, snap! Baby nak pakai lampin pun snap jugak haha. Tapi Xu lebih suka record video. Dengan merakam video, kita boleh tengok balik riak wajah comel, aksi gelagat tak terduga, dan bunyi tangisan / ketawa baby. Indahnya ohh bila dikenang~~

Bila record, kita dapat nampak perkembangan dia secara berperingkat-peringkat tu jelas. Setiap bulan dapat satu akal, bulan depan akal lain pula hihi. Macam pertama kali baby membalas senyuman ibu, pertama kali baby keluarkan suara bubbling, ketawa dan sebagainya.

Kalau nak sebut semua momen yang berharga untuk di record, memang takkan habis senarainya. Setakat yang Xu mampu record je lah. Kadang-kadang kita ter miss jugak bila first time dia tunjuk gelagat tu.

Contohnya pertama kali Hawraa bertepuk tangan. Itu ibu missed. Sebab masa tu Hawraa ada dengan babysitter. Boleh je ibu record kemudian nya, tapi bukan lah lagi 'aksi pertama kali' namanya. huhu tapi momen baby Hawraa dan abam Naufal ada sesetengahnya telah diabadikan dalam VLOG Xu di youtube.




5. Menulis blog / pregnancy journal

Semuanya tentang kelahiran baby Hawraa telah Xu coretkan di dalam entri My Pregnancy Journey 2017-2018. Niat asal nak buat ringkas saja, tiba-tiba jadi panjang lah pulak haha. Kemudian, masa Hawraa lahir, terdapat beberapa komplikasi kelahiran dan kena warded dalam seminggu gitu. Korang boleh baca sini -> Pneumothorax | Komplikasi akibat bayi tertelan mekonium

“Wah, banyak masa kau Xu, tulis blog bagai” hahaha

perkara yang mesti dilakukan bersama bayi sebelummereka berumur 1 tahun, 5 Wishlist "My 1st Year Motherhood Journey" Sudah tercapai!


Well, practice makes perfect. Aku kan penulis blog, remember? hihi Skill menulis panjang berjela-jela ni bukan datang dengan petik jari je. Ianya diasah, ok. Diasah. Janganh salah faham. Aku bukan nak membongak apatahlagi nak bermegah. Cuma aku nak kata kat sini, menulis jurnal baby taklah sesusah menulis blog parenting.

Buat jurnal, cukup sekadar meluahkan perasaan dan memori indah yang dilalui bersama baby, setiap hari. Macam diari lah, tapi ianya lebih banyak cerita pasal milestone baby lah.Nanti bila baby dah setahun lebih, boleh la mommies bacakan jurnal ni kat baby sebagai bedtime story. Kan lebih 'dekat' di hati kan?

Bila dia sudah masuk tadika dan pandai membaca, kongsikan semula jurnal atau blog mommies kat dia! Kalau aku jadi anak, ohh bahagianya bila membaca jurnal ibu kita yang mencatatkan setiap detik kita membesar. Berkata dalam hati "Sayang sungguh ibu kat aku" 


Post a Comment

2 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. wahhh.. bab melaram dgn babycarier tu suka.. nampak stylo bila berbabywearing kan sis.. hehe.. yg lain tu pun agreed jugak.

    ReplyDelete
  2. Setuju, best ada blog boleh coret macam2 pasal baby, lepas tu nnt baby dah besar, boleh bagi dorg baca pula hal2 time dorg kecil ...

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!