Cara Memohon Tuntutan Perjalanan Rawatan Perubatan ke Hospital bagi Pesara JPA

Masih ramai yang tidak aware akan kewujudan kemudahan claim perjalanan bagi pesara awam ini. Syu rasa, JPA perlu tingkatkan lagi publisiti tentang kemudahan-kemudahan untuk pesara kerajaan ini di akhbar dan TV. Maklumlah, pesara kan? Opkos lah mereka terdiri dari warga emas dan kurang kemahiran komputer dan gajet terkini. Kalau ada pun, mungkin segelintir.
pekeliling tuntutan perjalanan rawatan perubatan
Tuntutan Perjalanan bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital bagi Pesara Perkhidmatan Awam. Rujuk Borang JPA.BP.UBAT. B04. dan Borang Perubatan 1/09

Atau boleh download terus borang claim atau borang tuntutan perjalanan rawatan perubatan pesara tersebut dari [SINI]

Untuk pesara, JPA ada menyediakan beberapa kemudahan claim atau tuntutan bagi perjalanan unutk mendapatkan rawatan pakar, lojing/penginapan, kos rawatan (bagi rawatan yang tak tersedia di hospital kerajaan), serta ubat-ubatan yang tidak available di hospital kerajaan (melalui sistem e-Mass).

Cara Memohon Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital bagi Pesara Perkhidmatan Awam, claim perjalanan bagi pesara awam membuat rawatan pakar


Bagi menuntut kos perubatan dan perjalanan, pesara mestilah terlebih dahulu membuat rawatan di Hospital kerajaan dan menyimpan segala dokumen kewangan seperti resit bayaran, invoice, dan lain-lain.

Borang yang siap diisi, hendaklah dibawa bersama ketika menghadiri temujanji pakar, kerana dalam borang tersebut ada bahagian yang perlu di endorse dan ditandatangan oleh doktor pakar yang merawat.

Untuk mengelakkan kesulitan, adalah lebih baik membawa terus borang bagi mengelakkan kalian (waris pesakit) berulang-alik hadir ke hospital pakar tersebut hanya semata-mata untuk melengkapkan borang.

Cara Memohon Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital bagi Pesara Perkhidmatan Awam | Masih ramai yang tidak aware akan kewujudan kemudahan claim perjalanan bagi pesara awam


Selain itu, pesara juga perlu menyediakan salinan fotokopi dokumen-dokumen seperti berikut:

1. Surat pengesahan Doktor / Surat Rujukan Pakar

2. Slip kehadiran / Time Slip (original)

3. Kad Pesara (Ori dan salinan)

4. Salinan MyKad Isteri. 

5. Salinan MyKad Pesara sendiri

6. Penginapan resit hotel (bagi jarak hospital pakar yang lebih 25 KM)

7. Resit Tol / Penyata kad Touch N'Go



Cara Memohon Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital bagi Pesara Perkhidmatan Awam | Masih ramai yang tidak aware akan kewujudan kemudahan claim perjalanan bagi pesara awam

Cara Memohon Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital bagi Pesara Perkhidmatan Awam | Masih ramai yang tidak aware akan kewujudan kemudahan claim perjalanan bagi pesara awam
Save as PDF, dan print penyata / transaksi TouchN'Go anda 

Jika terdapat sebarang perntanyaan lanjut you all boleh telefon nombor dibawah atau terus ke laman web :


Borang yang telah lengkap diisi berserta dengan lampiran dan dokumen sokongan perlu  dihantar melalui pos berdaftar ke alamat KWAP:-

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)

Aras 1 Sky Tech Tower 2 MKN Embassy Techzone
Jln Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya
Selangor.

No. Tel: 03-8887 8777
Cara Memohon Tuntutan Perjalanan Rawatan Perubatan ke Hospital Pakar  bagi Pesara JPA claim perjalanan ke hospital untuk pesara,borang-tuntutan-perubatan-penjawat-awam,kelayakan-wad-pesara,
kelebihan kad pesara kerajaan,borang perubatan 1/09 hantar ke mana,tuntutan perjalanan rawatan perubatan penjawat awam,kelayakan kemudahan perubatan untuk pesara,

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Tkasih banyak23 Mami Syu aka The Mommy Blogger...konten yang amat yg amat membantu dan sgt berguna utk golongan pesara mcm Pakcik ni. Kipidap dgn lain2 konten yg dapat membantu orang ramai...Tqvm Mami Syu.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y