Cara Menyelesaikan Blacklist Telco

1/29/2019
Artikel cara Menyelesaikan Blacklist Telco ini Syu tulis sebab insiden yang berlaku baru-baru ini pada diri Syu sendiri. Untuk menyelesaikan atau memadam nama anda dari blacklist yang anda sendiri buat, ianya mudah. Anda boleh ‘clear’ kan nama anda bila-bila masa sahaja hanya dengan menyelesaikan hutang yang belum lunas dengan telco yang berkenaan.

Cara Menyelesaikan Blacklist Telco, blacklist telco, nama blacklist umobile, nak clear blaclist telco, blacklis dengan maxis, blacklist dengan celcom,


Macam mana nak tahu ada blacklist?


Eh, you should know lah! Anda yang guna talian dan perkhidmatan telco tu kan? Dan anda sendiri juga yang buat-buat lupa, tak bayar. Sampai satu-satu masa, (4x gagal bayar tak silap), nama anda akan automatik disenaraihitam.


Bagaimana cara untuk menyelesaikan blacklist telco ?



1. Pergi ke Service Centre telco tersebut sekiranya hampir dengan tempat anda dan buat pembayaran tertunggak anda secara lump sum. Dalam 24jam, blacklist akan clear.


2. Call Helpline telco, dapatkan no akaun bil anda yang tertunggak, buat pembayaran secara online (OnlineBanking ->Bill Payment) dan selepas pembayaran selesai, blacklist akan clear dalam 24 jam.



Berikut merupakan senarai nombor helpline / infoline telco-telco terkemuka kat Malaysia, untuk rujukan anda semua.



Altel : ‭0326133888‬ ‭

Celcom Prepaid / Postpaid : ‭0196011111‬

Digi Prepaid / Postpaid : ‭0162211800‬

Maxis Prepaid : 1300820120

Maxis Postpaid : 0374922123

One XOX : ‭0378825000

Tron : 1300800188

Tune Talk : ‭0327720000

U Mobile Prepaid / Postpaid : ‭0183881318

Webe : 01110001000



TAPI SAYA TAK PERNAH LANGGAN TELCO TERSEBUT. TIBA-TIBA ADA BLACKLIST?!


Benda ni dah banyak terjadi. Orang tidak bertanggungjawab telah menggunakan data peribadi kita untuk tujuan penipuan.

Baru-baru ini, Syu berhajat melanggan pelan Celcom Home Wireless untuk diletakkan di Homestay aku. 

Tapi, bila Syu cuba daftar, budak sales Celcom tu kata nama and IC Syu ada blacklist dengan U-Mobile?!!

blacklist u mobile blacklist celcom


Wutdafish!!

Coverage U Mobile kat tempat aku sucks gila kot! Apa kes pulak aku nak pegi subscribe line U mobile yang semput macam siput tu??

Seumur hidup aku tak pernah berpaling dari Maxis dowh! Sebab coverage Maxis adalah yang paling cun kot! Sama ada aku duk kat kampung aku ke, kat tempat kerja ke or even bila balik Ganu pun. So, celah mana pulak boleh mari baki tertunggak RM292.65 dengan U-Mobile??

Dengan pantas Syu Google nombor Umobile Helpline dan terus call jam itu jugak! Grr. Marah ni, marah nih.

Bila dapat bercakap dengan customer service dia, Syu dimaklumkan Syu telah melanggan postpaid dengan U Mobile atas nombor +60186609050. Memang sah ini memang fraud.

Serius sakit hati aku dibuatnya!

Tak kira siapa pun yang buat ni, dia memang syaithonn!!


Cara Menyelesaikan Blacklist Telco Yang Tidak Ketahui Akan Kewujudannya


Pertama sekali, kalau anda kena macam aku ni, you guys must lodge a police report. Kemudian kalau korang syak data peribadi korang disalahgunakan, boleh juga buat aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Akta 709 Perlindungan data peribadi (PDPA)
Antara maklumat yang dilindungi oleh akta ni adalah : Nama dan alamat, Nombor kad pengenalan, Nombor pasport, Maklumat kesihatan, Alamat e-mel, Gambar, lmej dalam rakaman CCTV, dan Maklumat dalam fail peribadi. So sekiranya korang syak yang data peribadi korang disalahgunakan oleh pihak ketiga, korang boleh mengemukakan aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi melalui email aduan@pdp.gov.my atau boleh juga dicapai melalui One Call Centre (1MOCC) 03 - 8000 8000. 

Kemudian, bawa salinan report tu ke mana-mana ofis Pesuruhjaya Sumpah untuk validate anda punya claim tu.

Cara Menyelesaikan Blacklist Telco, blacklist telco, nama blacklist umobile, nak clear blaclist telco, blacklis dengan maxis, blacklist dengan celcom,

Penipuan Blacklist telco, tiba tina nama blacklist guna maxis


Untuk kes aku ni, aku tak sediakan pulak surat sumpah untuk di cap oleh pegawai sumpah. Pun, aku tak ada idea langsung macam mana format surat akuan sumpah. 

Sebagai alternatif, aku upah kerani / typist kat situ supaya tolong buatkan surat sumpah kat aku. Biasanya, kat mana-mana firma yang menawarkan khidmat pengesahan sumpah ini, turut menyediakan servis menaip surat sumpah. 

So jangan gelabah. Upah je RM15.00 dan anda dah boleh angkat sumpah.

Selesai!

Seterusnya, anda perlu fax atau emailkan kedua-dua dokumen tadi tu ke alamat email rasmi telco tersebut. Tak pun terus bawa ke U-Mobile customer center terdekat.

And!
Make sure anda follow up, within seminggu tu kalau anda tak dengar apa-apa berita dari telco tu.

Macam aku, team customer service U Mobile mengambil masa lebih kurang 5 hari jugak untuk respond. Selepas seminggu, aku cuba call lagi helpline U Mobile tu untuk tahu status blacklist aku.


Tempoh kes 

Overall, kes aku ni dapat respon dari pihak Umobile dalam 36 hari! Bapak lama!

Itu pun setelah berkali-kali call U-mobile untuk tahu perkembangan kes. Kos jugak tu, hokey! Talian 0183881318 tu bukannya free tahu?

Diorang kata diorang kena investigate dulu kes ni. Betul ke fraud atau aku sekadar reka-reka cerita untuk mengelak dari bayar bil tertunggak.

Diorang akan reach out melalui email bila kes dah selesai disiasat.


Menunggu bagai bulan jatuh ke riba

Selepas 2 bulan, aku tak dapat seketul email pun dari Umobile. Dasar *&#$! Erghh!

Call pula, asyik kena dengar lagu ding ding deng dondeng je. Tak dapat-dapat bercakap dengan wakil customer service dia.

Lepas all the trouble yang aku terpaksa lalui selama lebih 2 bulan. Aku buat keputusan untuk memohon pelan Celcom Home Wireless menggunakan nama mak aku saja. Pffftt~ reba wey. Reba.

Betul-betul troublesome okay! 
So terpasang lah WIFI di homestay kitorang. Setel la satu bab. Bab nama aku blacklist ni tak tahu lagi ni apa khabor nye ni. Hmm.



Kos yang hangus sepanjang menyelesaikan blacklist telco

Siapalah petualang yang mempergunakan IC dan data peribadi aku untuk buat taik macam nih! Kamu memang b$&!.


1. Untuk settle kan aduan kat balai dan surat akuan sumpah, aku habis sebanyak RM16.00!

2. Bayar untuk dapatkan salinan report, RM2.00.

3. Upah typist RM15.00.

4. Cap dan sign sumpah RM 4.00.

5. Kos ke sana ke mari, RM 30.00 aku isi petrol kereta.


Ngam-ngam sampai rumah lampu indicator minyak kat dashboard tu pun menyala! Minta di refill.

Tapi paling aku ralat adalah MASA AKU yang dah banyak terbuang. Time is priceless okay.

Rugi masa aku dari jam 11 pagi sampai ke 4.30 petang menguruskan hal nih sahaja! 

Aku mohon kesusahan yang terpaksa aku harung ni, Allah pulangkan balik kat hamba Allah yang berkenaan tu.

Kau ingat, aku tunggu dekat Balai Polis tu dekat 3 jam, dengan baby Araa mengamuk nak tidur nya..senang?! Huh!


Koyak rabak tahu emosi aku pada ketika tu!
Korang yang kerja kedai telekomunikasi tu, please la kerja dengan jujur. Jangan salah guna kuasa yang ada. Mengeksploitasi maklumat dan data peribadi customer untuk kepentingan diri adalah dosa besar! 

Dosa khianat, dosa pecah amanah, dosa menipu, dosa mencuri duit orang (secara halus) dan dosa menyusahkan seorang ibu beranak 3 ini tanpa sebab.

Hidup ini sementara sahaja. Takutlah kamu pada api neraka! Janganlah ikut cara hidup golongan yang nanti jadi kayu api dalam neraka.

Sekian. #doneDakwah




***************UPDATE 2021***************

Entri ini Syu update sebab setelah 2 tahun berlalu dan kes aku ni tergantung sepi, tak selesai.

Syu cuba contact customer service Umobile dan tanya perkembangan dan status blacklist guna nombor IC.

You know what? Nama syu masih lagi blacklist tahu?

Wadefin jelly fish cincau U Umobile! 

Peliss aku tak suka mencarut. Tapi this time ohh! Marah betul rasa.

Akhirnya setelah bertungkus lumus aku menahan amarah, terlepas jua amarah makian carutan kepada customer service umobile hari tu.

So sorry awak. I know awak tak salah. Yang salah ada majikan awak, kepala umobile.

Dia boleh kata yang akaun tu sah dan bukannya fraud. Sebab katanya signature aku dekat police report tu match dengan sign semasa sign up postpaid dengan umobile few years ago.

Aku mintak dia emelkan borang sign up yang dikatakan ada signature aku tu. Dia kata maaf, they dont have it. So tak boleh nak bagi kat aku.

Sekali lagi wadefish! 

Macam mana depa buat verification yang tandatangan aku tu sama dan match, sedangkan depa tak ada dokumen pendaftaran tu?

Seriuslah wey! Kau cakap berbelit macam ulor. Mana satu betul ni.

Marah betul ni.

Tapi buat seketika aku letak phone untuk tenangkan diri dan emosi. Aku jerit macam histeria tau tak? Tapi tekup dengan bantal la. Lepas puas menjerit, aku teguk air sejuk, basuh muka dan kepala, dan aku dail semula nombor U-Mobile.

Kali ni dapat cakap dengan pegawai khidmat pelanggan perempuan, bernama Shafiza. Lembut je dia bercakap, sedikit sebanyak menyejukkan hati aku sikit.

So sekali lagi Syu request untuk semak blacklist dengan menggunakan IC. Dia pun jawab nama aku ada outstanding amount RM292.65 dan perlu dijelaskan keseluruhan jumlah tersebut untuk whitelist kan balik nama aku.

Dia pun ada terangkan, benda yang sama macam yang customer service yang aku bercakap mula-mula tadi, bahawa setelah siatan dibuat, kes aku ini dikatakan genuine, dan bukannya fraud. hmm okay..okay.

Fahamlah aku dunia kini. Bila seorang rakyat marhaen macam kita ni cuba berhadapan dan cuba menuntut hak kita dari syarikat-syarikat gergasi begini, maaf! kau takkan menang!

Himpunlah bukti sebanyak mana pun, angkat sumpah, buat laporan sana sini, masih tidak memadai bila ianya berkaitan dengan peraturan yang dicipta sendiri oleh puak kapitalis. Mereka sangat handal mengeksploitasi  kuasa (collect & keep data peribadi customer) yang diberikan kepada mereka. Jadi cukup sampai di sini, aku angkat bendera putih mengalah saja.

Aku pun follow je instruction yang dia berikan dan terus proceed pembayaran dengan debit card. Hangus macam tu je RM292.65 bagi kat diorang. Ini story aku seorang. Entah ada beratus atau beribu orang lagi yang kena macam ni, kita tak tahu?

Keadaan macam ni la yang menjadikan orang-orang kecil dan miskin makin miskin dan terhimpit manakala yang kaya pula akan menjadi lebih kaya raya.

Aku takkan halalkan walau sesen pun duit aku, atau setitik pun keringat aku, bahkan sedetik waktu aku yang terbazir kerana nak menyelesaikan onar ni. Walillahi. Moga Allah melaknat kamu semua yang terlibat.

21 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. kalo ada hutang Telco tu settlekan sajalah kan.. baru hati senang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hutang tu kalau kita yang buat, memang kita wajib bayar lah kan. Tapi kes aniaya macam ni, memang ralat nak keluar duit.hurmmm

      Delete
  2. kesian kat puan. kalua sy kena mcm tu pun mmg gi buat report polis bagai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berkesan pun sir. Kecundang jugak kita bilis kecil. End up terpaksa bayar juga untuk bersihkan nama dari black list

      Delete
  3. Tahniah kerana telah selesaikan masalah tersebut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope. I lose the battle against them.

      Delete
  4. banyak membantu..terima kasih banyak2

    ReplyDelete
  5. umobile memang babi.. menyusahkan

    ReplyDelete
  6. Anonymous05:32

    umobile memang babi.. menyusahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep sangat menyusahkan.
      But for me, babi is far better than them.

      Delete
  7. Anonymous15:38

    Biasa la tu umobile penipu besar kapir lahanat kaut untung kaw2 tipu duit orang cara haram je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih awak. Sudahlan dalam waktu waktu sukar macam ni. Dua tahun dah kita sesak dan terkesan dengan pandemik ni tiba-tiba jerung besar dtg dan main taktik kotor untuk rembat duit kita pula

      Delete
  8. Puan, sekarang dah settle ke puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah setel awak. Sy dah update ending cerita saya ni.

      Delete
  9. I feel u sis .. Sy xprnah guna postpaid sblm ni .. Bila nk ambik phone prihatin dgn center umobile check nama ada blacklist .. Tpi dari maxis .. Lagi pelik bila pndftran tu utk brodband .. Walhal sy xpernah dftr mne2 postpaid telco .. Dkt rmh xde laptop@komputer .. Brodband tu nk cucuk celah mne ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?.betul betul tak munasabah. Situasi kita ni memang TAK AKAN SUBSCRIBE SERVICE TU.
      Sebab kita tak ada keperluan pun utk langgan.
      Tapi apakan daya kita orang kecik-kecik. Tak ada suara. Tak ada kuasa. Nak taknak secara paksa rela kita bayar juga demi nak clear blacklist, walaupun itu sebenarnya adalah onar dari pihak telco sendiri.

      Delete
  10. masalah sama pada saya sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ikhtiar cara ni. Tapi tak jamin la akan setel.
      Takut last last kena jadi kambing hitam, bayar jugak

      Delete
  11. Lepas byrn tu, agak² brapa lama blacklist akan clear. Sy dh byr dh. Tpi still blacklist. Cilka punya u mobile.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti. tapi lepas 2 hari hari saya check. Tengok dah clear

      Delete
  12. Anonymous14:55

    Mcm mak saya sian tgok dia dh buntu. Tp ni celcom beribu kot. Dh nk dekat 12 taun xda pa blh buat penat ulang alik balai n centre tp x selesai. Jahanam betoi depa guna benda HARAM!!

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.