Asthma atau Lelah Boleh Sembuh Ke?

Sebelum nak masuk bab asthma atau lelah ni, first sekali Syu mohon sangat-sangat, please jangan tanya macam mana cara hilangkan asma dengan cepat atau minta petua hilangkan asma kanak kanak ya? Sebab Syu bukan doktor, tapi cuma seorang makcik yang belajar farmasi je.huks~

Jadi suka di sini untuk Syu introduce first apa itu penyakit akut dan penyakit kronik. Sebab asthma in children ada yang akut ada yang kronik.

Asthma atau lelah boleh sembuh,asthma-in-children,Petua sembuh lelah, semput boleh sembuh,ubat lelah budak,urutan untuk asma

Dalam bidang perubatan, bila doktor sebut " acute" (baca : ēkiut), ia membawa maksud sesuatu keadaan atau penyakit itu baru sahaja terjadi, dan keadaan / penyakit itu dijangka akan sembuh cepat.

Penyakit akut / acute

Contohnya Acute Rhinitis (selsema). It's just happen, macam tu je. Elok-elok tengah sihat tiba-tiba bersin tak henti dan hidung berair.

Acute juga boleh membawa maksud serangan mengejut yang sangat serius, contohnya Acute Myocardial Infarction (serangan jantung / heart attack).


Antonim bagi acute ialah " Chronic"

Keadaan / penyakit yang dianggap chronic ialah yang akan berlangsung lebih dari 3 bulan. Dan kadangkala sepanjang hayat. 


Contoh penyakit kronik

Kencing manis, hipertensi, asthma. Dalam penyakit kronik, dia boleh ada fasa " tidur"( remission) atau " terjaga" ( relapse). 

Contohnya penyakit kronik asthma yang sudah lama tak kena attack, boleh " relapse " atau datang semula serangan semput nya, mungkin sebab faktor persekitaran yg berhabuk / jerebu, atau tahap kesihatan makin rendah contohnya makin berusia / ada macam2 penyakit.


Fahami penyakit kronik supaya tak mudah tertipu

Penting untuk memahami konsep Acute vs Chronic ini, sebab ia menentukan cara rawatan, cara pencegahan, dan mempengaruhi juga lifestyle kita.

Yang penting, bila dah faham konsep acute dan chronic ni kita tidak lagi mudah tertipu dengan harapan palsu yang dijanjikan pihak yang bermotif (keuntungan) bahawa kita telah betul betul sembuh.

Contohnya asthma, ianya penyakit kronik. Bertahun tahun anda tidak semput, bukan bermakna you guys telah sembuh asthma. No!. You all cuma dalam fasa remission of asthma, mungkin sebab anda jaga pemakanan dan elak terdedah pada habuk etc.

Faham konsep acute VS chronic ini juga elak kita ditipu oleh penjual produk kesihatan yang terlampau.

Contohnya produk "sembuhkan resdung" atau "hilangkan resdung selama-lamanya". 

Hey. Mana mungkin resdung (allergic rhinitis / chronic rhinosinusitis) itu boleh sembuh, sebab ia adalah chronic disease, dan ada kaitan dengan sistemic system.

So, mommies harus sentiasa dahagakan ilmu, at least bila anak kita ada asthma, tidak la kita tak pepasal avoid hospital/klinik kerana kononnya dah temui minyak/air belut yang mana merupakan NATURAL REMEDIES yang so called SELAMAT gittew.

Mommies ingat. Nak buat apa-apa mesti ada ilmu dan ilmu itu mestilah darimereka yang ahli dalam bidang tersebut. Asma tidak boleh dipandang remeh because asthma accounts for more school absences and more hospitalizations than any other chronic illness tahu? Kajian setempat di Kuala Lumpur mendapati 13.8% daripada anak-anak mereka were asthmatic.

So kalau you all nak tahu lebih lanjut mengenai lelah atau semput di kalangan kanak-kanak, Jom ikuti Tip atau Panduan Menjaga Anak Asthma di bawah ini:

Menjaga anak budak lelah | Lelah atau semput pada kanak-kanak bawah 6 tahun biasanya berlaku disebabkan trigger dari alergen dan keadaan cuaca. Macam anak-anak Mamy Syu, doktor menerangkan yang diorang ni lelah disebabkan faktor keturunan. Well, Syu sendiri as their mom, memang sampai sekarang masih bergantung dengan MDI. Masa nak bersalin dulu pun, Syu sipi-sipi je nak kena czer sekali lagi, sebab berlaku serangan asthma.

Panduan menjaga anak penghidap asthma / lelah 

Sebelum aku nak cerita tentang tips-tips penjagaan anak yang semput ni, suka aku bawakan beberapa perkara yang mommies "must know" tentang lelah. Jom tengok satu persatu.

1) Lelah pada budak kecil lazimnya akan beransur kurang dengan pertambahan usia. Diorang tak semestinya akan membesar jadi orang dewasa yang semput. Jadi penting untuk kite sentiasa follow-up dengan doktor supaya asthma diorang dikawal dengan baik.

2) Asthma atau semput yang tak dikawal dengan baik boleh menyebabkan paru-paru rosak. Selain tu boleh meningkatkan risiko untuk dapat serangan asthma yang serius yang mengancam nyawa! 

Disyorkan Ibu Baca Juga : 10 Kebiasaan Ibu Bapa yang Merosakkan Anak-anak


menjaga anak penghidap asthma lelah semput petua hilangkan semput cara tradisional tanda bayi semput minyak ajaib asma Keyword urutan untuk asma ubat semput cara islam rawatan homeopathy untuk asma ubat asma paling mujarab penyakit asma dan cara penyembuhannya ubat lelah budak cara merawat asma bayi punca semput maksud semput in english cara mengobati asma dengan bawang putih simptom penyakit asma salbutamol


Seterusnya, jom ikuti panduan penjagaan anak penghidap asthma pulak :

1) Penjagaan Persekitaran

Kawal persekitaran dari faktor pencetus asthmatic attacks seperti asap terutama ASAP ROKOK,! Alergen macam BULU KUCING, HABUK, dan bau yang kuat macam cat, bau cecair peluntur pekat (klorin), perfume, pewangi/penyegar udara pun mommies kena alert jugak. Perhatikan tanda-tanda serangan bila anak korang terdedah pada faktor-faktor yang aku sebutkan tadi.

Faktor pencetus asthma yang lain boleh jadi sebab:
--i Jangkitan virus selesema yang berlarutan jadi batuk
--ii Perubahan cuaca macam udara terlampau lembap, sejuk, atau monsun

2) Tingkatkan Pengetahuan dan Ilmu Mengenai Asthma

  • Bagi anak yang dibekalkan MDI (pam lelah, ubat sedut ), ibu bapa perlu tanya betul-betul kat doktor cara betul menggunakannya. Tanya sampai faham, tanya sampai doktor penat nak jawab tak mengapa haha.
  • Biasanya hospital atau klinik awam takkan bekalkan spacer atau chamber (corong dengan mask yang disambungkan ke MDI), so untuk keberkesanan penyampaian ubat, ibu ayah beli lah dekat farmasi. Cakap je nak spacer untuk kanak-kanak, confirm dia tahu nye.

3) Mesti tahu rawatan asthma ada dua :

Secara umum, rawatan untuk anak yang menghidap asma adalah berbeza mengikut tahap severity asma anak tersebut. Jadi penting untuk ibu ayah ketahui kedua-dua jenis rawatan asthma seperti di bawah:
  • --i rawatan pelega (untuk asthma akut)
  • --ii rawatan pencegah (untuk asthma kronik)
Rawatan pelega diberikan bila berlaku serangan akut. dan rawatan pencegah diberikan ikut masa tertentu, bukan ketika serangan.
Jarang la baby diberikan pencegah, kecuali kes-kes special.

4) Fahami Objektif Rawatan Pencegah Lelah

Baik. Namanya pun pencegah lelah kan? So dah tentulah peranan nya adalah untuk mencegah dari berlakunya asthma yang kerap. Inhaler jenis pencegah akan diberikan pada yang mengalami serangan yang berulang-ulang dengan kerap. Kalo anak kalian diberikan inhaler jenis ni maknanya itu adalah ubat sedut bersteroid. Jangan panik hoii. Dengar steroid je terus meroyan.

"Tak naklah bagi anak aku, steroid ni tak elok utk anak", "Apa, steroid? Habislah anak aku terbantut tumbesaran nye nanti" pulak.

Kajian dah berlambak, yang kes bantut tu terjadi pada pesakit dose-dependant sahaja yang mana dia terpaksa ambil dos tinggi untuk mendapat kesan. Dos yang diberikan tu dah molek-molek ade dah dan paling kecil dan selamat untuk anak korang. Takde pengamal kesihatan yang nak anak korang sakit.

5) Fahami Objektif Rawatan Pelega Lelah

Tujuan rawatan pelega adalah untuk melegakan semput apabila berlaku serangan. Apa yang dilegakan? Ia mengurangkan kesan bronchospasm (ketat dada) semasa serangan.

  • Objektif pelega ni lah yang susah nak dicapai kalau di rumah. Ubat pelega yang biasa diberikan adalah Salbutamol. Terpulang pada keadaan, doktor boleh bagi syrup, atau MDI. Kalo syrup, then ok la. Pujuk lah cemana pun, asalkan anak telan dos yang mencukupi.
  
  • Masalah selalu berlaku bila nak menggunakan MDI pada anak kecil. Macam Syu cakap tadi lah, sebaiknya untuk kanak-kanak, mommies kena guna spacer. Kalo tak, debu wasap MDI tu cuma terlekat sama ada penuh atas lidah, atau kat belakang kerongkong. Ye! Bahan aktif pelega tu GAGAL SAMPAI KE PARU-PARU. Sebaliknya bahan aktif yang terkumpul tu akan terserap masuk ke aliran darah dan meningkatkan lagi kesan sampingan.

6) "Susah-susah sangat, lagi baik pi amik nebulizer kat klinik je."

Ok, boleh je. Tapi keberkesanan nebulizer dengan MDI lebih kurang same jer sebenarnya. Bezanya neb, kena sedut lama. MDI lebih cepat. (kalo betul caranya). 1kali neb lebih kurang dos 4-6 kali sembur MDI. Dan MDI takyah gi memana, kat rumah pon boleh. So, terpulang pada keselesaan masing-masing.

Kalau Syu, aku personally lebih suka MDI. Sebab anak-anak memang tak suka bila kena neb. Sepanjang sesi neb tu diorang akan menangis melolong-lolong. Kesian kot. Dalam nak melegakan semput, diorang sebaliknya distress pulak.

7) Buat sebuah diari khas untuk catat tentang asthma anak-anak.

Idea ni bagi aku elok mommies praktikkan. Aku memang dari dulu jenis yang particular bab-bab kesihatan ni. Tak tau lah aku ni kategori particular (cerewet) atau paranoid. Sebab bila preggy pun, aku wujudkan DIARI HAMIL. Bagi aku la, penting kot kita buat log tentang kehamilan kita. So, thats why aku ada buku catatan kecil setiap kali pregnant. Sama konsep dengan #DiariAsthma anak-anak. Catatkan setiap apa yang doktor cakap tentang lelah anak kita. So next time, mommies akan lebih bersedia dan tak panik.

8) Jangan Lagi Sekat Anak-anak Nak Beraktiviti Lasak.

Anak-anak aku pulak dua-dua pun lelaki. Aktif, lasak dan tak duk diam mereka tu masyaAllah, boleh buat maknya pula kena asma hahaha. Syu faham naluri ibu-ibu mesti risaukan tentang keadaan kesihatan anak masing-masing tapi cuba ingat balik pada objektif rawatan. 

Kita ikuti rawatan lelah ni adalah supaya anak-anak yang lelah ni dapat jalani hidup normal sama seperti kanak-kanak lain yang sihat. So, mak ayah, please biarkan saja anak-anak menjadi kanak-kanak yang selayaknya. Jangan sekat kalau anak-anak nak melasak.

9) PENTING! Jangan suka-suka nak self-medication

Bagi ibu ayah yang mempunyai anak-anak yang dah disahkan penghidap asthma. Jangan sebab korang ada ilmu sikit-sikit dari facebook dan google, korang pun dengan confident nya beli ubat cair kahak sebotol, ubat batuk sebotol, ubat selesema sebotol dan ubat penat sebotol. BAHAYA!

Sebab silap-silap haribulan anak korang boleh OVERDOSE! Kadang korang boleh terlepas pandang dengan ubat sirap jenis COMBINATION. 

Sekarang memang banyak ubat sirap untuk kanak-kanak yang dah sedia dicampurkan beberapa ubat dalam satu botol tau. Dibimbangi, ubat-ubat yang korang beli tu semuanya ada kandungan bahan aktif yang sama dan bertindih-tindah lah dos yang anak korang makan. Parah!



Mamy Syu kata : Asthma pada kanak-kanak ni jangan diambil mudah.  Asal nampak macam semput, nafas berbunyi je, kita pun dengan confident nya "diagnos sendiri" yang anak kita tu lelah. Kemudian berubat di rumah je secara alami (natural-remedy). Bagi anak minum air rebusan itu, ini, bagi madu, makanan sunnah dll. Bukan aku anti makanan sunnah, tapi nak buat sesuatu, biarlah soheh dulu.

Kadang kita tak tahu semput anak kita tu, memang hanya asthma je ke, atau ada penyakit lain yang lebih serius yang menunjukkan gejala seakan-akan asthma. Nak-nak pulak tengah musim-musim Covid ni. Simptom sesak nafas tu sama kan. So please. Jumpa doktor okey? Ubat hospital, bukan racun yang membunuh tau. (^_^) urutan untuk asma ubat semput cara islam rawatan homeopathy untuk asma ubat asma paling mujarab penyakit asma dan cara penyembuhannya ubat lelah budak cara merawat asma bayi punca semput maksud semput in english cara mengobati asma dengan bawang putih simptom penyakit asma

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Betul, nak sembuh susah tapi boleh kawal dan ikhtiar supaya ia tidak menjadi mudarat..

    BalasPadam
  2. Insyaallah, semakin bsr semakin antibodi kuat, boleh sembuh

    BalasPadam
  3. semput ni bukan sakit main-main, pernah rasa rasa nak putus nyawa kalau boleh kawal insyaAllah tak memudaratkan

    BalasPadam
  4. pernah rasa semput mmg nak putus nyawa. kalau boleh kawal pemakanan dan aktiviti lasak InsyaAllah boleh kurangkan masalah kerap semput

    BalasPadam
  5. Thanks for the tips and information, one of my nephews got asthma will share this out.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y