Kenangan Zaman Sekolah Tak Semestinya Sama Walaupun Kita Satu Sekolah


Original post link here https://m.facebook.com/

Membaca artikel ni, membuatkan I pun nak ulas sikit pengalaman zaman sekolah. 

Yes. Pengalaman zaman sekolah masing² adalah berbeza. So, tak perlu kot korang nak persoalkan 'kenapa dia ni sombong gila dengan kita?'

Di sekolah, ada banyak puak. Tak boleh nak lari malah sampai sekrang, di alam pekerjaan pun macam-macam puak ada.

Ada puak si cantik manis, yang bila mana mereka ni bergerak ke kantin, ke makmal ke, kelas ke, sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian. Attitute mereka pula memang extrovert dan high in confident. Jenis ni kalau ketawa tak reti perlahan. Mesti berdekah-dekah mengilai-ngilai.

Ada juga puak anak lord, puak skema, puak atlet, puak 'good-good', dan juga puak 'lubuk' selalu dipergunakan dan diperhamba. Biasanya puak anak lord dan si cantik manis la yang menguasai jaringan sosial sekolah. Typical *rolling eyes*

Tindakan mereka jarang mendapat kecaman. Buat salah pun,  bukan kena hukum malah budak lain inspired lagi nak tiru, walhal clearly ianya melibatkan perlanggaran disiplin sekolah.

I zaman sekolah tak pandai berkawan, apatahlagi nak tergolong dalam mana-mana puak, hm introvert matters. Dari form 1 sampai SPM, I sejenis lone ranger. Takde geng. Belajar pun sorang-sorang je.

Buat jahat, fly, balik bermalam walaupun minggu tu bukan minggu balik..semua I buat sorang. I takde partner in crime. Luckily, I tak pernah kantoi. Buat jahat sorang-sorang ni memang payah sikit nak kantoi.haha itu dia hacks dia!

Persepsi pada lone ranger macam Syu ni berbeza-beza. 

Ada yang kagum sebab diorang nampak macam Syu ni independent dan tahap survival tinggi gila. Ada yang dengki sebab aku buat jahat tak pernah kena. Tapi tak kurang juga yang mengata I "pathetic" lah "weird" lah.. "misterious girl" dan macam-macam label lagi yang seangkatan dengannya.

Paling tak boleh lupa, diorang label aku "budak skin". (tahun 2000, fenomena skin head, punk, gothic, budak hoppers memang popular) Masa tu aku duk sekolah asrama harian aliran RK agama. 

So called Rancangan Khas. Kah! Zaman tu, budak RK di sekolah harian memang acah-acah bagus, bajet suci. Persepsi 'Holier than thou' bersarang ketat dalam hati budak-budak RK especially yang aliran agama. Mungkin pada mereka, mereka lebih hebat dari pelajar lain dek kerana 9 subjek PMR yang mereka ambil. Hmm tambah subjek Bahasa Arab Komunikasi saja pun.

Nak cerita, punya bagus perangai budak kelas RK agama masa tu 
Diorang pulaukan aku kaw-kaw sebab konon nya aku ni budak kelas agama yang "jahat" sebab bergaul dengan budak kelas biasa, kelas bawahan. So I ni macam bikin malu dan jatuhkan maruah geng kelas RK agama la.

Turun ke dewan makan, seluruh dewan pakat "boooo" bila I berjalan ke kaunter ambil makanan. Riuh kedamat segenap dewan, bersahut sahutan sorakan menghina tu sampai I rasa kulit muka I panas gila! Gila lah! Ini sambil menaip ini pun basah pipi aku dengan air mata bila cuba mengenang kembali babak tragis yang meninggalkan parut trauma dalam diri aku sehingga ke hari ini.

Pun I bukan jenis senang mengalah. I berlagak steady, ambil lauk satu persatu, dan last sekali ambil buah dan berpatah balik menuju meja makan bahagian luar dewan.

Masa pusing tu, I angkat kepala dan pandang sekor-sekor jantan yang bersorak mengalahkan ungka dan kera tu. Tepat I tengok mata diorang. Masa tu I dapat spot kepala yang memulakan "Booo" tadi.

Dalam hati, "Aku tiarap jugak tray nasik ni atas kepala si sepet-1 ni karang!" Kat asrama masa tu ada dua orang sepet, so kitorang label sebagai sepet one (1) dan sepet two (2). Huh! Cilako kau sepet one. Dan macam-macam lagi kata makian melintas dalam kepala, bertalu talu tanpa henti. Macam berwirid!

Itu cerita zaman menengah rendah dari tingkatan satu sampai habis PMR. Lepas tu, aku dapat tawaran masuk MSRM ke tingkatan empat.

Di MRSM I masih lagi kekal sebagai lone ranger macam di sekolah lama. Bila nak kemana mana, jarang nak nampak I berjalan macam rombongan Cik Kiah pi Kuala Pilah. Paling tidak pun seorang dua je yang ikut, mengekor belakang aku sebab mereka segan nak jalan sensorang.

Budak asrama penuh, pergaulannya berbeza, jauh daripada pergaulan asrama harian. 

Di asrama penuh, pelajar lebih matang dan beradap. Ejek mengejek tu biasa. Ejek nama bapak, ejek rupa fizikal (body shaming), membahan, troll semua tu bagi I, tidak terlalu mendera emosi seperti masa I di sekolah lama, di mana I kena friend zone oleh geng bajet bagus, bajet alim.

Pun I ni jenis 'buat kering' je. Ejekan depan-depan, I balas depan-depan juga. Tapi diorang tak bermasam muka, atau nak pulaukan kau walaupun kau balas gurau kasar. Bertengkar dalam kelas hari ni, esok datang kelas pagi-pagi semua macam dah reset balik otak kepada zero. Macam takde pape berlaku.

Buli di MRSM? Ada!

Cubaan membuli I tu ada, tapi tak berjaya. sejak kecil, aku memang tak macam budak perempuan lain yang ayu-ayu, yang manja-manja gedik gitu. Aku jenis budak perempuan dengan sifat kejantanan dan sememangnya kalis buli. 

Buli orang perempuan ni tak macam budak lelaki punya buli. Buli sekadar mintak belanja hari-hari, pinjam barang tapi buat harta sendiri, kirim beli kat cafe duit tak kirim, makan stok makanan kita tanpa segan silu, sengaja menyakitkan masa bersukan, batu api dan lain-lain. So buli level biasa-biasa je, yang tak melibatkan keganasan fizikal. Orang kata ianya boleh tepis tepis lagi.

So, I takde masalah kalau geng MRSM ajak reunion. Kalau kena masa dan tarikh nya, I tak sibuk kerja, I akan hadir.

Tapi untuk sekolah SMK lama aku tu, hmm kalau ada gathering kecil-kecilan macam buat team konvoi beraya pun payah aku nak pergi. Bukan sombong, tapi nak elak dari berjumpa segelintir makhluk-makhluk yang pernah buat zaman PMR aku macam neraka.

By the way, now I balik berkhidmat di sekolah lama I pun haha. Cukup ironi kan? nyampah! 

Sepatutnya I BOLEH SANGAT KALAU NAK DATANG gathering yang diorang buat sebab I'm staying here in the same town where my school is located kot.

Tapi ermmm. Thank you, but no thanks!

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Tahniah kerana berkhidmat di sekolah lama. Betul tu, di sekolah ada macam2 group, ada sekepala, ada tidak, dalam kelas group lain, luar kelas group lain. Belum lagi yang kena anti ngan kawan-kawan. 😅

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y