Review Susu S26 Gold. Genap 6 tahun dah Mamy Syu bersama S26

Hye all. Sebab ramai sangat tanya bagus ke susu S26 so hari ini Syu nak share lah tentang produk susu dari Wyeth yang mana Syu dah guna ia sejak dari zaman anak sulung I si preemie Naufal. Sudah enam tahun pun.

Dulu nya abam Naufal, mamy beri dia minum susu membesar Wyeth S-26 seawal usia 9 bulan lagi. Kalau you all follow kisah Naufal, then you knew yang Naufal ni lahir dengan berat 1.8kg je. Sejarah perkembangan berat badan Naufal tak memuaskan, until I cuba susu tepung S26 sma. Lepas pada tu, cepat je naik kilo budak ni setiap bulan. *dengan izin Tuhan jua*.

Kali ini adiknya little Araa pulak! Graf berat badan Araa duk main kat border line je sejak masuk umur setahun itu hari. 

Memanglah orang kata anak bila daha 'dapat kaki' akan jadi sangat aktif dan menyebabkan berat badannya susah nak naik. Tapi concern Syu sebagai seorang ibu memang nak tengok anak membesar dengan seimbang lah tinggi dan berat badannya. 

Tak boleh tinggal diam lah aku pun kalau tengok anak melonjong dan meninggi saja, tapi takmau melebar bambam! huhu. Lengkung graf berat badan yang mendatar tu bagi Syu umpama mak tak bagi makan lah. arghh!

Awalnya Syu syak susu badan Syu ni yang dah mula berkurang. Yup. As I start makan pil perancang Yasmin, berat badan Araa pun tiba-tiba dah tak berapa cantik.

Maybe side effect pil Yasmin dah menjejaskan kualiti susu badan Syu. Sudah lah si Araa ni sejenis payah makan nasi. Asyik nak menyusu je. hmm.. 

So masa Araa masuk umur 14 bulan I decided untuk topup dengan susu formula S26.

6 sebab kenapa saya suka susu S26 Gold Progress, harga susu s26, status halal susu s26, susu formula untuk anak sembelit,

Asalnya nak beli S-26 SMA Progress je, tapi bila dah sampai supermarket, I macam tertarik pulak nak cuba S-26 Gold Progress. 

I tengok S26 Gold ni ada penambahan baru, yang dulunya tiada. Kemudian I pun baca la belakang kotak dia tu. Baca punya baca, tiba-tiba I jadi berminat nak try sebab nampak agak promising di situ ~ahaks.. 

Katanya, susu S-26 Gold terbaru ni ada tambahan α-lipids (alpha lipids) yang dihasilkan melalui teknologi yang dipatenkan. 

Katanya lagi, α–lipids ni mengandungi elemen-elemen asas yang penting bagi perkembangan otak. Dia tulis, bila susu S26 Gold ni ditambah α-lipids, proses perhubungan antara neurons otak anak kita akan berlaku dengan cepat dan efisyen.

Hmmm..

Jadi α-lipids ni macam, dia pergi kat otak sana lepas tu dia "kejutkan" lah setiap sel neuron-neuron otak anak kita tu supaya segera bangun dan mula "bercakap" antara satu sama lain, kan?

Who thinks the same..angkat tangan! ~ahaks. Ke ada yang tak paham mamy Syu cakap apa? 

Fufufuu mamy kau pun satu. Kau bagi analogi pun..analogi yang complicated teruks! haha

Ok sambung.
Jadi α-lipids ni penting jugak lah ye. Selama ni kita ingat DHA dan AA saja penting untuk perkembangan otak anak kita, betul tak mommy? 

Well, sebenarnya Syu berpengalaman lama juga menggunakan susu S-26 SMA tu, dan itu pun I dah cukup puas hati dah dengan kualtinya dan feedback nya terhadap penghadaman anak.

Supposedly S26 Gold ni, mesti lah lebih lagi dari S26 SMA kan? Sebab Gold kot! Seharusnya ia berkualiti premium lah kan. Simple logic, right?


Testimoni susu S26 Gold Untuk Perkembangan Bayi

Kalau mommies tertanya-tanya adakah semua kelebihan susu S-26 yang disenaraikan dekat kotak tu, benar-benar akan beri manfaat kepada anak kita atau tak. Jom tengok kat bawah ni.

Syu akan huraikan satu persatu beberapa manfaat yang Syu nampak melalui observation dan progress anak sendiri.


Perkembangan fizikal (melalui penilaian BMI)
Feedback susu S26 yang paling jelas dan ketara sebenarnya. Berat badan baby Araa meningkat macam roket lepas topup susu formula. Ahh kalau Syu tak tengok BMI Araa pun Syu tetap boleh nampak dari mata kasar yang Araa makin berisi daripada sebelumnya. Alhamdulillah
s26 review malaysia testimoni susu s26 sample susu s26 s26 0-6 bulan susu s26 price status halal susu s26 susu formula anak sembelit harga s-26
"Rambut dah lah tak ada. Nampak kepala je besar Araa" Atok dia kata. huu~



Perkembangan kognitif
Araa agak cepat belajar berbanding dengan abang-abang nya semasa seusia ini dulu. Abangnya Naufal dan Nufael pada usia 14 bulan ni, belum pandai bermain olok-olok (pretend play). Tapi baby Araa dah pun pandai olok-olok berbual melalui telefon, biarpun yang dipegangnya tu cuma remote control TV je. Alahai.. kiut sungguh!


Ketahanan imun bayi
Baby Araa setakat ini belum pernah diserang selesema dan batuk yang melarat, hingga perlu bantuan nebuliser. Alhamdulillah. Demam pun baru sekali. Itupun bila diperiksa rupanya Araa mengalami tonsilitis, dan sebab itulah demam panasnya berlarutan.


Perkembangan sosial
Dari segi PR (public relation), baby Araa pandai menyapa orang. Selain tu seawal usia 15 bulan Araa dah pandai bersalam dan mencium tangan orang dewasa apabila dihulurkan tangan. 

Kalau diperhatikan di kalangan kanak-kanak lain di nurseri, Araa juga sangat menyerlah dengan sifat friendly dia berbanding yang lain. Dia nampak sangat selesa get along dengan sesiapa pun, dan dia sangat suka memberi pelukan kepada orang yang dia sayangi, especially bila dia berjumpa Opah nya.



Kelebihan susu S26 Gold Untuk Penghadaman Bayi

Yeah rumusan serat oligofruktosa di dalam susu S26 Gold Progress ni works really well dalam memelihara sistem penghadaman anak kita dengan bertindak sebagai prebiotik yang menyuburkan koloni bakteria baik dalam usus. 

Salah satu sebab mamy pilih untuk berikan susu S26 ni juga kat anak ketiga mamy adalah faktor risiko sembelit! Previously abam Naufal dan Nufael tak mengalami sembelit selepas mamy introduce susu formula S26, so it supposed to be okay juga lah bagi Araa.kan?

Genetik lebih kurang sama kan. Kan adik-beradik. Ragam perut pun takkan jauh beza kot.

Dan tekaan I betul. Hari-hari Araa mesti akan poo-poo jam 7 pagi consistently tanpa gagal. haha lawas molek!


7 sebab kenapa Syu suka susu S26 Gold Progress

Kalau tadi Syu dah cakap pasal kelebihan susu ni spesifik untuk baby kan. Sekarang let's talk about us, dari sisi parents pula hahaha. Apa kelebihan Susu S26 hingga kini sudah 6 tahun bertakhta di hati ibu Naufal-Nufael-Hawraa ni ye.?


1. Tak ragu-ragu soal Halal 
Dulu masa zaman Naufal minum susu S26 ni sekitar hujung tahun 2013, timbul kontroversi isu logo halal pada susu S26 ni bukannya logo halal rasmi Jakim. Ohh~Tapi akhirnya semua terjawab, bahawa logo halal luar negara pun ada yang diiktiraf Jakim dan ada yang tidak. So far, logo halal pada S26 adalah yang dikitiraf JAKIM.

2. Kurang manis
Susu S-26 ni sebenarnya tanpa gula (sukrosa). Kalau pada lidah orang dewasa memang ewwWw! Tak sedap! Tawar! Tapi Syu memang suka susu tawar macam ni, sebab ia lebih mimic kepada susu ibu. Tidaklah anak kita develop jadi seorang yang sweet tooth pula nanti. Bila anak dah ketagih gula, ibu nya pula yang teruk nak menjaga gigi mereka. fuff~
s26 review malaysia testimoni susu s26 sample susu s26 s26 0-6 bulan susu s26 price status halal susu s26 susu formula anak sembelit harga s-26
Ngee~ Cantik kan gigi saya?



3. Senang didapati di pasaran
So far Syu tak pernah hadapi masalah putus bekalan susu S26 lagi. Pergi lah ke bandar mana pun, as long as bandar tu ada Speedmart, insyaAllah ada jual susu S-26. Pun kalau nak lagi senang, boleh beli je dekat Shopee : Wyeth Official. Klik-klik masuk bakul, bayar, dan tunggu je susu sampai. Free shipping lagi tau!

review-susu-s-26-susu-s26-malaysia-mamy-syu-annur




4. Reliable dan established
Syu rasa setakat ni jenama Wyeth Malaysia belum ada lagi isu susu tercemar atau susu tiruan and so forth. Bagi Syu brand Wyeth memang dah terkemuka dan boleh dipercayai dari segi mutu dan kebersihan pembuatannya. 


5. Kerap dapat free-gift
Bulan lepas I dapat free tuala baby, jenis microfibre lagi tau. Lembut je. Bulan ni I dapat pula Kiddiz Glass Container. Berbaloi sangat, sebab bekas tu sekarang I gunakan untuk letak bekalan nasi dan lauk Araa ke nurseri. Bekas tu boleh reheat dalam microwave.

s26 review malaysia testimoni susu s26 sample susu s26 s26 0-6 bulan susu s26 price status halal susu s26 susu formula anak sembelit harga s-26

Itu belum cerita 6 tahun lalu punya hadiah percuma. Macam-macam I dapat termasuklah buku interaktif Misi Arif, board mainan berbentuk hexagon, organizer box bentuk robot dan macam-macam lagi.


6. Boleh tebus point
Point ini paling best. You all memang rugi kalau guna susu S26 tapi tak join S-MAMA Club! klik >sini untuk join< Sebab setiap pembelian susu S26, you guys boleh collect point. Dan point tu boleh tebus macam-macam barang ekslusif termasuklah kalau nak tebus susu S26 Gold Progress semula pun. Jimat banyak oii~


7. A peace of mind
I boleh tenang dan tarik nafas lega walaupun Hawraa kurang makan nasi. Tapi Hawraa memang seorang peminum susu tegar. Dalam sehari paling kurang 6 botol dia minum susu! Tapi alhamdulillah bacaan BMI masih cantik dan ideal lagi. Physically memang tak nampak 'bam-bam' tapi tak pernah la lagi tergelincir dalam group underweight.

s26 review malaysia testimoni susu s26 sample susu s26 s26 0-6 bulan susu s26 price status halal susu s26 susu formula anak sembelit harga s-26



Recommended?

Ya Syu berani recommend pada mommies out there untuk cuba rangkaian susu S26. Dari pengalaman Syu, tak kisah sama ada S26 SMA atau S26 Gold, kedua-duanya pun elok. Tapi I nampak S26 Gold better quality and works well for baby Araa.

Namun sehebat mana pun susu formula, tetap tak boleh menandingi khasiat susu ibu.

Tapi kalau dah usaha, susu badan tetap jugak kurang, jangan pula teragak-agak nak introduce susu formula kat baby you all. By the way, gagal menyusukan anak eksklusif susu badan pun bukannya satu jenayah atau dosa besar okay!

Kita dah usaha, tapi rezeki anak kita dapat menyusu badan setakat itu aje..redha je la. Janganlah memikir sampai kemurungan pula. Nonono. Lagipun susu formula bukan racun okey?!

Cuma mommies kena bijak lah memilih susu yang terbaik mengikut keperluan dan kesesuaian baby. Kalau baby intolerate dengan laktosa, nak tak nak mommies kena la cari rumusan khas tanpa laktosa atau susu rumusan hypoallergenic. gittew. 

Selagi belum berjumpa susu yang serasi, keep searching okay? Yang penting jangan cepat putus asa. Semua ibu nakkan yang terbaik untuk anaknya. Mommies boleh request free sample kalau nak test anak boleh terima ke tak. Try tengok dekat laman web diorang di www.wyethnutrition.com.my

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Syioknya tengok berat anak bertambah.. Ibu is struggle nak naikkan berat anak yg mkin nampak tulang.. *-*

    BalasPadam
  2. Anakpon 2y baeu tukaq s26 gold progress sbb dia reject susu lame.berat cantek naek, badan jd berisi, buang air besar xsembelit dah.tp mmg akan jd kuat buang air kecikyer? Dulu 4pampers seharipon xlencun sgt, la ni 6pampers lencun😂😂

    BalasPadam
  3. Mcm mana nk kumpul point yer x thu plk saya bleh tebus point... Ank dri awal mmg mnum s26 gold

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama16:14

    HI . boleh ke kalau tukar susu s26 step 2 (biasa) kepada s26 gold step 3? umur anak 1t 3b

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y