Resepi Kek Sarang Semut Karamel Sukatan Cawan

Māmy Syu
3
Ramai yang menggemari tektur liat-liat dan kenyal kek sarang semut atau kat Perak ia lebih terkenal dengan nama kek gula hangus. Tapi ramai yang tanya kenapa kek sarang semut tak bersarang, tiba-tiba jadi kek span pulak. Itu mungkin masalah kepanasan oven, atau terlebih pukul. So jom ikuti resepi kek sarang semut ini, untuk hasil yang sure menjadi.

Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan, resepi kek sarang semut sukatan cawan, resipi kek gula hangus sedap,

Pantang larang kek gula hangus

#1 Jangan terlebih pukul. Cukup sekadar kacau manja adunan atau whisk manja sahaja. Kalau uolls dah pukul kemain laju, jangan tanya kenapa kek gula hangus tak bersarang. Ia akan menjadi tekstur dua lapisan di bawah kenyal bersarang tapi bahagian atas seperti kek span.

#2 Mesti tahu suhu oven masing-masing. Gunakan oven yang tinggi kuasa memanas. Kalau oven jenis panas sekata (plus ada ventilation fan pulak), kena lah setkan suhu tinggi sikit dari sepatutnya. Nak senang, beli je ovem thermometer. Banyak je jual kat shopee. So dengan termometer tu korang boleh faham oven masing-masing. Ada yg dekat setting 150°C, tapi bila check dengan termometer letak dalam oven, suhunya baru 130°C.

#3 Untuk dapatkan sarang semut yang cantik, korang kena memotong kek secara melintang dulu. Macam kita nak buat sandwich cake. Kan kita potong lapisan di tengah-tengah nya macam memotong roti burger. Kemudian barulah potong menegak, nipis-nipis bagi menyerlahkan sarang nya tu.

So dah khatam pantang larang di atas? Okeh! Baguih. Jom kita start.

Bahan Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan :



Bahan Gula Hangus : 

1 1/4 cawan gula putih 
1 cawan air panas mendidih 

Panaskan periuk / kuali guna api perlahan dan masukkan gula dahulu. Ratakan gula ke seluruh bahagian periuk. Bila dah start mencair jangan kacau gula.

Dah cair dan menjadi perang,tutup api sekejap,masukkan air panas. Awas percikan gula hangus ke tangan! Nyalakan semula api dan sebatikan barulah masukkan butter. Sebatikan dan tutup api. Biarkan ia sejuk.



Bahan untuk membuat Kek : 

1 cawan tepung gandum 
125 gram butter / mentega / marjerin
2 sudu teh soda bikarbonat 
5 biji telur gred B ( 4 jika Gred A ) 
1/4 cawan susu pekat 
1 sudu teh essen vanila 


Cara Penyediaan :


1: Dalam bekas pengadun kek, kacau telur bersama susu pekat manis dan esen vanilla. Guna whisk sahaja. Tak perlu kembang cukuplah sehingga telur kuning pecah dan sebati sahaja. Tambahkan butter/mentega yang telah dicairkan. Pastikan dah sejuk ya. Kacau manja biar sebati sahaja.

2: Ayak tepung bersama soda bikarbonat dalam bekas lain supaya elok bercampur semuanya. Barulah dimasukkan ke dalam bekas di langkah 1 sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-perlahan dengan senduk kayu. Kemudian masukkan air gula hangus tadi. Kacau hingga adunan sebati.

3: Alaskan loyang 7"×7" dengan kertas minyak/baking paper. kalau takde kertas minyak, griskan saja dinding loyang dengan butter dan masukkan adunan yang ditapis. Rehatkan adunan selama 1-3 jam.

4: Bakar dengan api bawah sahaja pada suhu 145°C untuk 45 minit pertama dan 10 minit lagi pada suhu 165°C . Bagi oven moden, dengan ventilation fan, dan menggunakan aplikasi haba sekata (tiada option api bawah sahaja), you all boleh bakar pada suhu tinggi sikit iaitu pada 170°C – 180°C dengan masa yang sama.

Selamat mencuba!
Kalau dah try, bagitahulah ye hasilnya macam mana ya. 
beza kek gula hangus dengan kek sarang semut, Kek Gula Hangus Sukatan Cawan, resepi kek sarang semut azlina ina,kek gula hangus kukus tanpa susu pekat

Post a Comment

3 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. sedapnya !! antara kek fevret. tapi buatnya malas hehe tukang makan ja..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Lama tak makan..nak buat sendiri kena ada kerajinan dulu :) Tq share resepi

    ReplyDelete
  3. umm adam04:19

    Saya dah buat kek ni..memang sedap sangat. Minta halalkan resepi ni ye :D kawan2 kat saudi ni rajin tempah dan saya jual dengan mereka.
    Semoga Allah berkati dan murahkan rezeki sis sentiasa..

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!