Formula Untuk Cipta Jaguh Cilik Badminton

Formula Untuk Cipta Jaguh Badminton - Modul Kejurulatihan dan Teknikal | Lagenda badminton negara YBhg. Datuk Misbun Sidek semasa ditemui di Manjung Badminton Arena sempena acara Kejohanan Badminton Remaja Terbuka, telah menyatakan visi beliau untuk mencipta jaguh badminton negara menerusi modul yang mantap. 

Tambah beliau, demi mencapai visi tersebut, beliau mahu Malaysia mencari formula khusus yang diselaraskan untuk diguna pakai oleh semua jurulatih seluruh Malaysia, termasuk latihan teknikal bagi skuad jurulatih negara.
intensive badminton training for kids -Nusa Mahsuri Training Programmes  I would like to inform that Nusa Mahsuri, a professional badminton club in Malaysia
Kejohanan Badminton Remaja Terbuka BBSAP

Kejohanan Badminton Remaja Terbuka yang mendapat sokongan dari Persatuan Badminton Perak ini berlangsung selama dua hari bermula 14 Mac hingga 15 Mac 2020. Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP), sebuah perbandaran di bawah syarikat pemaju hartanah tersohor di Perak, Taraf Nusantara Sdn. Bhd.

Misbun yang baru dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) awal Februari lalu berkata,

"Saya sudah menyediakan satu siri modul latihan yang telah diguna pakai selama ini hingga mampu melahirkan jaguh sehebat Datuk Lee Chong Wei"
"Saya tidak akan berada di sini selama-lamanya, tetapi modul yang saya sediakan ini boleh digunakan oleh jurulatih lain"

Sumbangan beliau sebagai individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton seperti Rashid Sidek, Roslin Hashim dan Datuk Lee Chong Wei sudah tentu akan menjadi 'peninggalan' besar dalam arena sukan berprestij ini biarpun selepas khidmat kejurulatihan beliau berakhir suatu masa nanti.

badminton training for kids
Datuk Misbun bersama salah seorang peserta program latihan badminton intensif Nusa Mahsuri

Dalam pada itu Datuk Misbun juga sempat menyentuh berkenaan reputasi skuad negara di persada dunia. Katanya, untuk memastikan ranking badminton negara kekal di tangga tertinggi, Malaysia perlu konsisten menghantar pemain negara untuk berentap di gelanggang antarabangsa, tanpa teragak-agak akan potensi pemain.

badminton lesson for kids for fun and excellence

Sama seperti penganjuran kejohanan badminton terbuka remaja ini, beliau percaya bahawa kejohanan sebegini bakal membuka jalan lebih luas dalam pencarian bakat baru di daerah ini sekaligus dapat menyemarakkan lagi industri sukan badminton negara.

Selain itu, Datuk Misbun juga amat menghargai inisiatif pemaju Bandar Baru Setia Awan Perdana membina dewan yang memuatkan enam gelanggang badminton bersempena dengan nama beliau. Dengan terdirinya Dewan Datuk Misbun Sidek itu nanti diharapkan dapat menggilap bakat dan potensi pemain pelapis sekaligus dapat diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

program pembangunan badminton remaja nusa mahsuri
Sesi temuramah santai Syu dengan Datuk Misbun

So harapan peribadi Syu di sini, semoga kelab Nusa Mahsuri dapat menubuhkan akademi latihan Nusa Mahsuri di wilayah utara tanah air, khususnya Manjung ni la. Mana tahu, suatu hari nanti supremo badminton lahir dari negeri Perak pula. hihi jangan-jangan salah seorangnya adalah my sonAbam Naufal ke kan?! kan?

So macam mana Datuk? On tak on cadangan saya ni? hihi
Sebagai penutup, Syu ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BBSAP dan Intelectasia yang telah memberi peluang Syu untuk meet and greet lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek di sepanjang lawatan media ke daerah Manjung ini

program latihan badminton-pusat latihan badminton
.



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Wahhh.. Dapat jumpa depan depan ye..
    Teringat pulak cite kartun anak anak sidek.
    Sampai harini masih terbayang..

    BalasPadam
  2. Bagus effort Datuk. Walaupun lepas dia bersara ke nnt, segala pengajian utk bakal atlet negara dah terjamin.

    BalasPadam
  3. Datuk Misbun Sidek ni orang Kampung sy.. memang lagend, baguslah naufal minat badminton boleh sedut ilmu dengan beliau Good luck

    BalasPadam
  4. menariknya kalau dapat join main badminton kat sini kan..untung dapat jumpa misbun sidek

    BalasPadam
  5. Seronoknya dapat jumpa depan². Nampak tua dah kan Datuk Misbun. Suka tengok kartun anak² sidek dulu. Badminton famous pn sbb anak² sidek dulu kan.

    BalasPadam
  6. Oh thanks for the info and tips,wow get to meet up with Datuk Misbun

    BalasPadam
  7. Untung lah dapat jumpa Dato Misbun. Lagi beruntung kalau dpat belajar main badminton dgn dia

    BalasPadam
  8. Untung dapat jumpa Dato Misbun Sidek. Keluarga Sidek memang legend dalam sukan badminton kan.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y