Deeyeo Cotton Towel dan 12 Lagi Kegunaan Lain Tisu Basah

Deeyeo Cotton Towel organic
Pernah tak ibu-ibu di luar sana tercari-cari tisu muka, mulut dan tangan yang lembut, tapi tak mudah koyak? Ha sama lah. Mamy Syu pun memang dilema sangat bab tisu muka ni, nak-nak pula bila melibatkan penggunaan ke atas anak-anak.
deeyeo baby cotton towel
Anak mamy pula memang kesemuanya mempunyai sejarah kulit sensitif semasa bayi, jadi I perlu lebih teliti dan berhati-hati dan hanya memilih produk hypoalergenic sahaja untuk kegunaan mereka.

deeyeo tisu basah

deeyeo baby cotton towel shopee

Kertas Tisu vs Tisu Basah Bayi


Antara kebaikan tisu basah berbanding kertas tisu kering adalah materialnya. Tisu kering dihasilkan dari kertas terpakai manakala tisu basah secara umum diperbuat daripada fiber atau kapas. Disebabkan oleh perbezaan inilah yang menjadikan tisu kering tidak kukuh dan mudah hancur apabila terkena air atau digosok dengan kuat.
deeyeo baby cotton towel malaysia
Syu personally lebih memilih tisu basah untuk kegunaan harian, baik untuk penjagaan diri mahupun membersih permukaan. Namun apa yang memberi masalah adalah kondisi kulit kami anak-beranak yang kerap kali mengalami iristasi kulit akibat sensitiviti terhadap bahan yang terkandung di dalam tisu basah.
deeyeo baby cotton towel review
Mujur sekarang dah terdapat pilihan tisu 2 dalam satu, iaitu tisu kering dan basah yang didatangkan dalam satu pek!

Deeyeo Baby Cotton Towel


Multifunction tissue; satu-satunya term yang terlintas di fikiran Syu yang dapat describe secara tepat tisu organik Deeyeo ini. Selain dapat digunakan sebagai tisu kering, tisu Deeyeo juga boleh dialihfungsikan menjadi tisu basah.

Deeyeo Baby Cotton Towel merupakan tisu inovatif dari China ini sudah pasti akan membuat segala sesuatunya jadi lebih mudah dan efisyen, termasuk ketika ibu-ibu perlu travel bersama anak-anak

3 Kelebihan Utama Tisu Deeyeo

  • Ia kukuh, tidak mudah koyak tetapi teksturnya lembut seakan tuala lembut dan diperbuat 100% sumber organik tanpa komponen poliester (sintetik).
  • 5 dalam 1. Selamat untuk kulit sensitif, tangan, muka, badan (termasuk bahagian sulit) dan peralatan makan.
  • Bebas pewangi, alkohol, paraben, bahan berfluoroscent mahupun formaldehyde

10 Perkara Yang Mamy Syu Suka Tentang Tisu Deeyeo


deeyeo baby wipes

1. Teksturnya cukup lembut tetapi kuat dengan ekstra ketebalan yang mana menjadikannya mudah untuk digunakan, seperti napkin pakai buang.

2. Tidak mengandungi alkohol dan ia lembut ke atas kulit bayi.

3. Dari segi packaging pula, Syu suka sebab ianya kompak dan kemas. So sangat convenient untuk digunakan di rumah mahupun ketika kembara.

4. Dihasilkan daripada fiber semula jadi yang halus serta lembut pada kulit. Ia juga berkesan menarik dan memerangkap kotoran 4 kali lebih bersih daripada tisu basah biasa, kerana daya serapannya yang tinggi.

5. Deeyeo sesuai digunakan untuk setiap lapisan umur tidak kira dewasa mahupun bayi yang baru lahir. Ianya tidak mengandungi alkohol, pewangi dan juga bebas dari pengawet serta bahan kimia.

6. Seperti yang Mamy sebut awal tadi, Deeyeo ini pelbagai guna.Tidak terhad kepada membersihkan bayi, ia juga sangat sesuai digunakan untuk menanggalkan sisa make-up menggantikan kapas muka biasa.

7. Ia dijamin selamat digunakan untuk membersihkan mulut dan tangan bayi sehabis makan, kerana setiap helaian tisu Deeyeo telah dirawat dengan kaedah aseptik melalui wap bertekanan tinggi.

8. Berfungsi ibarat sapu tangan atau tuala kecil pakai-buang yang sangat praktikal digunakan bagi yang mementingkan kebersihan dan kesihatan.

9. Berbanding kertas tisu biasa, Deeyeo Baby Cotton Towel tahan lasak. Semasa ia digunakan, tiada serpihan tisu hancur dan melekat pada kulit.

10. Setakat sebulan kami sekeluarga menggunakan tisu Deeyeo ini, masih belum ada lagi masalah tisu berdebu dan merengsa hidung hingga mnyebabkan bersin.

deeyeo tissue texture


Ulasan Mamy Syu Mengenai Deeyeo Organic Baby Cotton Towel

Dengan harga RM 36.99, Syu dapat 6 pek tisu yang mengandungi 80 helai setiap pek. Bagi Syu ianya berbaloi sebab Syu mementingkan kefungsian sesuatu produk yang membuatkan urusan harian Syu menjadi lebih mudah.


So recommended or not?
Of course lah recommended. Ibu-ibu yang nak dapatkan tisu Deeyeo ni, boleh terus dapatkan melalui link Shopee berikut


Dapatkan potongan RM10 dengan pembelian minimum RM50 produk Deeyeo® [kod baucar DEEYMAMY] : Deeyeo Organic Baby Cotton Towel




12 Lagi Kegunaan Baby Wipes Yang Ramai Tidak Terfikir Sebelum ini!


Dah alang-alang Syu berkongsii tentang tuala pakai buang Deeyeo ni, so Syu nak ambil kesempatan untuk kongsikan juga beberapa kegunaan lain baby wipe ini daripada hanya digunakan untuk membersihan bayi selepas buang air besar. Ibu-ibu, jom optimumkan penggunaan baby wipes ini sebaiknya
 

1. Membersihkan table-top dapur


Pasti ibu-ibu pening melihat permukaan kaunter dan slab dapur yang berlengas dan berminyak kan? Paling tak tahan, apabila percikan minyak tersebut bersepah sehingga lantai atau dinding!

Fret not! Sebab Syu ada trik bagi membersihkan kesan minyak dengan berkesan tanpa meninggalkan kesan. Gunakan tuala pengelap Deeyeo untuk mengelap bahagian yang terpercik minyak. Fiber-fiber halus pada tuala ini akan menyerap kesemua minyak yang ada.

2. Mengelap Hidung Ketika Diserang Selsema


Berikutan pandemik yang lalu, kita semua telah di didik agar menjaga kebersihan kendiri terutamanya ketika deman, batuk dan selsema. Kita digalakkan menggunakan tisu pakai buang berbanding sapu tangan biasa, bagi mengelakkan penyebaran wabak penyakit. Bagi Syu, kertas tisu biasa agak berdebu dan tidak begitu selesa kalau digunakan ketika selsema. Tetapi kalau guna baby wipes, ia sangat mudah dan tak terkoyak saat nak membuang cecair hidung.

3. Merapikan Semula rambut


Jangan terkejut, kegunaan tisu basah juga boleh merapikan rambut yang mengerbang disebabkan angin. Sapu atau lap tisu basah ini pada rambut hingga ke hujung, serta merta akan rasai kelainan pada rambut yang semakin lembut.


4. Menyental Pakaian Kotor


Kegunaan baby wipe juga menjadi salah satu jalan penyelesaian untuk hilangkan kotoran pada pakaian. Baby wipes boleh membersihkannya dengan cepat terutama apabila kita sedang berada di luar. Basahkan baby wipe dengan sedikit air, pasti cela kotoran tidak kelihatan lagi.

5. Membersihkan Meja Makan


Permukaan meja makan merupakan permukaan yang kerap kali disentuh dan terkotori oleh sisa makanan. Percayalah, kerja ibu-ibu akan lebih mudah sekiranya menggunakan baby wipe untuk membersihkan meja makan berbanding menggunakan kain buruk biasa.

6. Membersihkan Cermin Bilik Mandi


Kegunaan baby wipes juga mampu membuang kesan berkasap dari sisa sabun yang terdapat pada cermin bilik mandi. Renjiskan sedikit air pada baby wipes, lalu gosokkan pada permukaan cermin. Pasti cermin akan lebih clear dan bersih seperti baru!

7. Membersihkan Jeluak Bayi


Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi, pasti tidak dapat lari dari mengalami bayi termuntah atau jeluak di baju ibu. Namun, tak usah khuatir guna sahaja baby wipes ini untuk menghilangkan kesan susu di bahagian yang terkena jelak bayi tersebut.

8. Kotoran di Kunsyen Kereta


Kegunaan baby wipe ini juga boleh digunakan untuk membersih kotoran pada kusnyen tempat duduk kereta. Hal ini kerana, baby wipe sangat mudah menyerap cairan yang tertumpah di celah-celah fabrik kusyen kereta.

9. Bersihkan Debu


Ternyata mudah untuk bersihkan debu halus pada bingkai gambar, perhiasan dalam rumah dan juga di celah perabot kayu berukir di rumah. Syu dah cuba pun, memang hilang dan tak meninggalkan kesan bercapuk pada permukaan yang dilap tersebut.

10. Bersihkan debu kaset, CD & DVD


Pasti kalian ada simpanan kaset dan sebagainya bukan? Untuk mudahkan membersih kawasan tergores agar tidak terus rosak. Ambil Deeyeo baby wipes dan lap permukaan tersebut. Jangan gunakan bersama air, kelak akan merosakkan cakera.


11. Kaedah Alternatif Mencuci tangan


Tangan kotor dan sukar untuk mencari air terutama apabila berada dalam kereta yang terkandas dalam kesesakan lalu lintas? Gunakan baby wipe, dan gosok sehingga tangan bersih seperti sedia kala. 


12. Medium untuk Menanggalkan Solekan


Baby wipes yang mempunyai tekstur yang lembut boleh dijadikan pengganti kepada bebola kapas saat mencuci make-up.



Tak sangka, function sangat kan Deeyeo Cotton Towel ni?


So, ada juga lah kan hikmahnya dunia kita dilanda pandemik selama lebih 2 tahun ini. Hasilnya, otak semua orang berkerja lebih keras dan jadi lebih kreatif sekarang!

Betul-betul tak terjangkau dek akal fikiran lah Syu dapat menggariskan 12 lagi kegunaan lain baby wipes ni. Ilham itu hadir secara spontan sahaja kot. Bukannya ada buat brainstorming ke apa ke?

Maklumlah, dah terdidik selama lebih dua tahun hidup dalam krisis kesihatan global, kan. So semua orang jadi extra-creative dan survive dalam waktu sukar.

So, sampai sini sahaja ulasan Syu pada kali ini. Sekiranya ibu-ibu mendapati artikel ini bermanfaat, silakan share dengan menggunakan butang share di bawah. Have a nice day!
Senarai Harga Deeyeo 80PCS Facial Tissue Disposable Cotton Face Towel Wet Dry Dual-Use Wipes Eco Friendly Facial Cleansing Paper Tissue Make Up Remove Towel Terkini di Malaysia

Catat Ulasan

1 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y