Menu Pantang Bersunat Simple dan Tip Penjagaan Luka Cepat Kering dan Sembuh

Musim cuti sekolah memang ramai mommy and daddy ambil peluang untuk khitan anak lelaki. Sama lah juga dengan Mamy Syu sendiri. ohh actually budak Naufal dan Nufael ni Mamy dah booking khatan di klinik semasa cuti penggal persekolahan Disember 2022 lalu lagi. Tapi entah datang dari mana virus Covid menyerang seorang demi seorang anak-anak Mamy.
makanan pantang sunat laser
Setibanya tarikh yang ditetapkan, kami empat beranak masih lagi menjalankan kuarantin kendiri di rumah, maka nak tak nak, terpaksa lah ditangguh dahulu prosedur khitan mereka berdua pada bulan 12 tahun lepas. Risau juga sebab dah letak booking fees and deposit sebanyak RM100 kat klinik masa book tarikh itu hari. 
makanan pantang sunat laser
Mujur lah polisi Klinik Azhar dan Rakan-rakan tak zalim. Mereka tak burn deposit, sebaliknya pihak klinik menetapkan tarikh baharu iaitu pada 19 Februari 2023, yang jatuh pada minggu pertama cuti persekolahan penggal akhir.
pantang bersunat berapa lama
Seusai prosedur berkhatan di klinik, dua beradik ni masih steady dan boleh tersenyum lagi tatkala keluar dari surgery room. haha steady lah kan masing-masing masa ni, berjalan dan melangkah pun laju je sebab kesan suntikan bius masih belum wear off. Haa.. Lepas pulang ke rumah dari klinik, masa tu barulah bermula drama yang sebenar!
pantang bersunat berapa lama
  
Baca juga : Sunat Bayi Perempuan  

Penjagaan Yang Baik Anak Bersunat Menjamin Luka Cepat Kering

menu-pantang-bersunat-tip-penjagaan-luka-berkhatan,tips_penjagaan_anak-berkhatan-menu-pantang-anak-sunat


Tak kisahlah sama ada sunat cara tradisional menggunakan khidmat tok mudim atau memilih bersunat laser di klinik, asal namanya berpantang, maka perkara yang paling penting adalah penjagaan semasa luka masih belum kering harus lebih teliti. Penjagaan yang baik akan menjamin luka cepat kering dan membolehkan anak kita aktif semula seperti biasa dalam tempoh yang singkat.
resepi dalam pantang berkhatan
Antara aspek utama yang perlu dititikberatkan semasa menjaga anak yang baru bersunat ialah dari segi pemakanan.
resepi dalam pantang berkhatan
Pemakanan yang betul dan berkhasiat juga mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka bersunat. Paling penting bahagian yang dijahit tersebut perlu dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih, kering dan tidak diselaputi darah beku. Pembentukan darah beku yang tidak dicuci boleh menyebabkan jangkitan lalu membengkak hingga boleh membuatkan anak rasa sakit. 
pantang larang selepas berkhatan
Serius Mamy cuak dan rasa tak yakin sama ada aku boleh handle ke tak!
pantang larang selepas berkhatan
Bagaimanapun Mamy syukur sangat sebab dikelilingi oleh support system yang sangat-sangat bagus. Ayah Lang, Ummie, Cik Ngah and Ayah Ngah, Atok Opah dan saudara-mara lain banyak membantu dari segala aspek termasuklah moral support, nasihat pemakanan, penyediaan tempat dan macam-macam lagi sehinggakan aku tak terasa kurang walau tanpa kehadiran ayah kandung mereka.


Tanda-tanda Amaran Yang Perlu Diberi Perhatian

Luka berkhatan biasanya akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika sekiranya berlaku lepuhan bernanah, pendarahan yang banyak pada kawasan luka dan anak mengalami demam tinggi, terus bawa mereka berjumpa doktor.
ikan untuk pantang bersunat
Ibu bapa perlu pantau komplikasi berikut: 
  • Jangkitan / nanah - Kulit di sekitar kawasan bengkak menjadi kemerah-merahan serta terdapat cecair likat yang kelihatan seperti nanah pada kawasan luka.
  • Bengkak / bentan - Jika berlaku pembengkakan yang terlalu besar dan kelihatan merening pada bahagian sulit.
  • Jahitan terbuka - Mungkin anak mengadu lukanya rasa sakit berdenyut-denyut dan luka berair dan benang terbertas.
  • Sakit luarbiasa - Perhatikan kalau anak mengadu sakit teramat semasa membuang air kecil.
Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala bebird mereka bergesel dengan kain. Mommy and daddy jangan cemas, itu tak semestinya petanda buruk yang menunjukkan bentan atau luka tak baik-baik. 
ikan untuk pantang bersunat
Itu perkara normal sebab sebelum anak lelaki kita sunat, bahagian 'cendawan' yang sensitif itu dilitupi kulit. Kini bila dah bersunat, bahagian itu kini dah pun terdedah. rasa ngilu itu biasa. Usah bimbang, sementara nak terbiasa. Lama-lama anak adapt pada perubahan tu jadi perasaan ngilu itu pun akan beransur-ansur hilang.
berkhatan boleh makan roti

Langkah Persediaan dan Tips Penjagaan Luka Berkhatan

  • Sebelum bersunat :

    • Explain kepada anak tentang kebaikan bersunat dan manfaatnya pada kesihatan dan juga menurut Islam. 
    • Tak salah kalau sediakan sedikit reward or saguhati bagi meraikan anak berkhatan. Mamy janji bagi cash sahaja, selebihnya terpulang pada mereka nak membelanjakannya untuk apa.
    • Jangan momokkan anak dengan ketakutan bahawa sunat itu sebagai denda atau hukuman bagi anak yang buat kesalahan.
    • Berhenti menipu anak dengan mengatakan sunat itu tak sakit. Katakan kepada mereka perkara yang sebenarnya. Encourage dan motivate mereka. Katakan sebagai anak lelaki, mereka kena berani dan kuat menahan kesakitan, demi nak jadi dewasa.
    • Prosedur sunat ada banyak. Maka penting untuk ibu ayah tentukan siap-siap kaedah yang paling kena dengan fizikal anak serta kemampuan poket sendiri. Ada beberapa pilihan iaitu smart clamp, jahitan, sutureless dan sebagainya. 
   

  • Semasa sunat:

    • Sebelum masuk ke surgery room, pastikan anak sudah mandi, makan kenyang-kenyang dan buang air kecil dan besar siap-siap. Dan tak salah juga kalau berikan mereka satu dos paracetamol sebelumke klinik.
    • Tenangkan dia di dalam bilik bedah dan ajarkan teknik pernafasan semasa cucuk bius bagi mengurangkan rasa sakit.
    • Jangan sesekali kata pada anak ”Jangan menangis, anak lelaki tak boleh nangis, malu nanti orang tengok.” Mengarut! Biarkan anak menangis, cuma kita sebagai ibu kena bantu supaya anak tidak menggelupur. Tenagkan dia, ajak dia zikir dan selawat untuk divert fokus dia terhadap kesakitan tu.
    • Nak bagi anak main gajet atau tidak, terpulang. Namun kajian ada mengatakan screen time boleh berfungsi sebagai painkiller dan hilangkan sakit dalam masa 3 saat.
resepi masakan berkhatan

  • Selepas sunat:

    • Basic penjagaan selepas berkhatan: 
      • - Tempat luka potong perlu sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan kuman. 
      • - Selepas mandi atau buang air, anginkan agar cepat kering. 
      • - Gunakan kipas portable USB dan talakan ke dalam kain
    • Biasanya jika sunat di klinik, anak anda akan dibekalkan dengan antibiotik. Comply dengan ubat antibiotik. Beri mereka antibiotik mengikut sela masa yang ditetapkan.
    • Sediakan aktiviti semasa anak dalam pantang. Tiga hari pertama anak akan banyak baring sahaja, so sediakan beberapa aktiviti selain bermain gajet, contohnya bagi mereka task menghafal sifir atau juzuk amma.
    • Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan dapat membantu pengaliran darah dan memendekkan tempoh penyembuhan luka. Cuma janganlah lasak sangat.
    • Pemakanan: Budak baru berkhatan boleh makan ayam, telur, ikan, kicap dan sayur. Pastikan pengambilan air yang mencukupi kerana air yang cukup dalam badan boleh cepatkan penyembuhan.
    • Berikan vitamin C tambahan pada anak untuk bantu pulih luka. Kalau anak suka makan buah oren, epal dan sebagainya, lagi baik. 
    • Cara cuci luka agar cepat kering
      • Boleh guna syringe atau isi air dalam botol bernozel untuk memudahkan mencuci setelah ke tandas. Kalau nak lagi molek, isikan botol dengan air normal saline (0.9% sodium chloride). ianya optional. Cuci dengan air paip biasa pun tidak ada salahnya.
  
normal-saline-cuci-luka-jahitan-berasalin-bersunat

      • Jika ada keruping, jangan gosok dengan kuat kerana akan menyebabkan luka berdarah. Apa yang boleh dilakukan ialah cuci dengan air dengan kerap. Lama-kelamaan apabila keruping sudah kembang, ia akan gugur sendiri dengan mudah
      • Minggu pertama sunat, jangan cuci tempat luka bersunat dengan dettol! Cecair antiseptik ini boleh reputkan benang dan jahitan boleh terbuka sebelum sempat luka bercantum.
    • Cuci dengan ubat kuning je untuk3 hari pertama. Beli botol spray kecil untuk isi ubat kuning. Senang, spray je. Biar bahagian dalam lipatan jahitan tu pun kena.
resepi masakan berkhatan

Menu Makanan Pantang Bersunat Bagi Luka Cepat Kering dan Sembuh

Makanan pantang bersunat untuk anak yang mudah 
Kalau dalam bab diet pantang bersunat ini, ada beberapa taboo atau kepercayaan turun temurun yang mengatakan budak baru bersunat tidak boleh makan telur, nanti bernanah. Ada yang kata tidak boleh makan ayam dan seafoods, nanti gatal tempat luka. Ada yang lebih ekstrem yang mengehadkan hanya boleh makan ikan panggang dan minum air suam setengah cawan sahaja sehari, supaya tak bengkak di bahagian potong.
Makanan pantang bersunat untuk anak yang mudah 
Apa yang I belajar, luka membengkak bukan kerana banyak minum air, tapi ianya lebih kepada kesan suntikan ubat bius yang masih belum surut, atau sama ada berlaku inflamasi akibat jangkitan di kawasan luka.
Makanan pantang bersunat untuk anak yang mudah 
For me as a modern mom dan berlatarbelakang kan bidang kesihatan, I percaya yang diet seimbang dan berkhasiat lah yang menjadi kunci bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan. Makanan berprotein tinggi termasuk telur, daging merah (beef, mutton) , daging putih (poultry), ikan, makanan laut dan kekacang terbaik untuk mempercepatkan proses pemulihan luka. 
Makanan pantang bersunat untuk anak yang mudah 
Makanan yang patut dielakkan bagi anak baru bersunat adalah makanan proses, junkfood, instant food, fastfood yang tinggi kandungan garam. Tidak dilupakan, minuman dan snek bergula tinggi juga jika diberikan kepada anak yang baru bersunat, boleh mengganggu proses pemulihan luka berkhatan.
pantang sunat laser

Cadangan Menu Pantang Bersunat yang Simple dan Cepat


First day anak bersunat. Nasi putih, ikan kerisi goreng tanpa minyak (menggunakan air fryer) dan sayur brokoli tumis. Untuk snek, buah epal merah yang besar jadi pilihan. Second day, repeat menu sama cuma tukar sayur carrot dan lettuce supaya anak-anak tak bosan. Buah oren boleh cuba bagi yang jenis navel sebab kebanyakan kanak-kanak tidak suka rasa oren sunquick yang masam.
Makanan pantang bersunat untuk anak yang mudah 
Seterusnya hari ketiga, untuk menu makanan pantang anak bersunat, masih lagi mengekalkan ikan kerisi goreng air fryer, dan sayur ditukarkan kepada sup sayur pak choi dengan bilis. Masuk hari keempat, biasanya anak-anak akan start bosan. Jadi hidangan nasi putih boleh ditukar dengan hidangan karbo yang lain seperti kentang, makaroni atau pasta. 
Menu Pantang Bersunat Simple
Cadangan menu yang sesuai dan menepati selera kanak-kanak antaranya adalah Cheesy wedges, fries, Mac n Cheese, Spaghetti carbonara, dan sebagainya. Tapi menu begini boleh buat sekali dua je la dalam seminggu. tak boleh hari-hari sebab ia boleh merosakkan anak-anakTengok mak mak yang selalu bagi anak makan fast food sahaja setiap hari pun Mamy naik seriau dan seram.
pemakanan sihat,senarai makanan sihat untuk anak,makanan sihat untuk kanak-kanak,makanan berkhasiat,jenis makanan berkhasiat,anak makan makanan sihat,

Wrapping up -  After Anak-anak Bersunat

Alhamdulillah, It's Been 2 weeks budak Naufal dan Nufael bersunat. Bagi Mamy yang ada dua orang anak lelaki bersunat serentak begini sememangnya agak mencabar, nak-nak pula bagi seorang ibu tunggal like me. But akhirnya we made it! Mereka berdua pun dah kembali melasak. Siap kayuh basikal ke perpustakaan, pergi main bola, main badminton dengan kawan-kawan 

dan...
jenis makanan sihat,makanan berkhasiat untuk anak,makanan sihat untuk bayi,makanan sihat untuk anak kecil,bayi makan makanan sihat,kumpulan makanan sihat,ajar anak makan makanan sihat
Tak tahulah ianya sekadar perasaan Mamy atau ianya real? Budak berdua ni nampak sangat tinggi pula badannya sejak-sejak lepas sunat ni.haha.
Menu Pantang Bersunat Simple

Catat Ulasan

0 Ulasan