7 Persediaan kesihatan sebelum kahwin dan hamil

Selain daripada sebab rasa kasih, matlamat kita berkahwin adalah untuk mendapatkan zuriat. Alang-alang nak menambah bilangan khalifah di bumi ni, biarlah semuanya berkualiti, ye tak? opk positif bila boleh bersama, cara guna opk untuk hamil,guna opk untuk test hamil,
Bercakap tentang perancangan keluarga, bagi Syu aspek kualiti adalah lebih utama berbanding kuantiti. Bagi mendapatkan zuriat yang berkualiti, kita perlu seimbangkan dua aspek ini iaitu nature dan nurture

Mengikut Theory of Human Behavioral, nature dan nurture merupakan faktor utama dalam pembentukan peribadi seseorang.

genius-boy-from-bollywoods-film-three-idiots


Nature dan nurture

Nature menjurus kepada genetik semulajadi manusia yang terbentuk semasa dari dalam perut ibu lagi. Manakala nurture menjurus kepada pengaruh persekitaran seperti asuhan ibu bapa ataupun pengaruh rakan-rakan di mana ianya hanya akan berlaku SELEPAS anak itu dilahirkan.

Jadi untuk membentuk nature yang baik, persediaan perlu bermula dari sekarang, iaitu 3 bulan sebelum akad nikah. Ok, sekarang ni dah penghujung bulan Februari dan perkahwinan Syu dirancang akan berlangsung pada 25 Mei 2012. Ha kan just nice tu tiga bulan!

Merancang awal untuk hamil
Bagi bakal pengantin perempuan, tempoh tiga bulan ini adalah saat paling ideal untuk mempersiapkan diri kita untuk hamil. Persediaan awal untuk hamil adalah penting dalam pembentukan nature anak yang baik, serta menentukan peratusan berjaya hamil yang tinggi.

Baca juga : 10 Tips anak pintar sejak dari dalam kandungan


Oke..jom kita pergi kepada point form!

Dapatkan berat badan ideal. [Semak BMI]
    • terlalu gemuk atau terlalu kurus menyukarkan kehamilan
    • wanita obese mempunyai risiko mengalami komplikasi semasa bersalin
    • turunkan berat badan maksimum 1KG seminggu. Pengurangan berat badan ekstrem boleh menyebabkan penyusutan nutrien-simpanan dalam badan.
Elak tabiat merokok, tabiat snacking dan memakan fast food.
    • Kajian menunjukkan tabiat dia atas boleh memberi kesan kepada pertumbuhan bayi.
Kurangkan pengambilan kafein. 
    • Hadkan kepada secawan kopi sahaja sehari.
Amalkan meminum susu sekurang-kurangnya 3 gelas sehari.
    • paling baik, minum susu rumusan khas macam EnfaMama, FrisoMum atau Anmum.
Mengambil makanan tambahan (supplement)
  • Folic Acid (folate)
    • penting untuk perkembangan saraf dan otak.
    • terbukti mengurangkan risiko spina bifida.
    • sumber lain: barli, beras perang, bayam, buah kurma, gandum, keju.
  • Fish oil supplement
    • Mengandungi kandungan DHA yang tinggi.
    • DHA penting dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan.
    • Bayi dalam kandungan bergantung pada DHA simpanan dalam badan ibu. Jadi penting untuk kita mencapai kandungan DHA yang disyorkan sebagai persediaan untuk hamil.
    • kajian  Journal of Paediatrics Psychiatry: Ibu yang mengambil supplement DHA, anaknya dapat mencapai kepintaran psychomotor seawal 2 setengah tahun. (kebolehan menyusun atur, memegang sudu/pensil)
    • Sumber lain: Tuna, ikan bilis, sardin, makerel, salmon.
    • Alternatif bagi yang vegetarian: DHA supplement dari alga laut. [life'sDHA™]
Baca juga : Supplement Omega-3 untuk anak pintar | Jangan sampai ditipu sellers 

  • Zat besi (ferrous)
    • mengurangkan risiko anemic (sindrom kekurangan darah merah) baik pada ibu dan juga anak.
    • Ibu yang rendah kandungan darah merah dan haemoglobin boleh menyebabkan pertumbuhan bayi dalam perut terencat.

Baca juga : Cara Pantas Naikkan Haemoglobin ketika hamil

FAKTA nature: Untuk melihat layanan anak mu pada masa hadapan, lihatlah layanan dirimu terhadap ibu bapa mu pada hari ini...

Sampai sini dulu untuk kali ni. Nasihat aku, berikhtiarlah untuk mencapai cita-cita walaupun hakikatnya Allah lah yang berkuasa menentukan segalanya. Mudah-mudahan kita dikurniakan zuriat yang mewarisi nature pintar, berhati terang, sihat dan tinggi tahap kesabarannya...serta lain-lain sifat baik yang ada pada diri kita.

Syu: Aku bangga dan tazzabarr nak mengembangkan generasi-Syu kat dunia ni. Tak sabar nak preggy ^_^ ahaks~ gatai nau bunyik nya~cara https://siraplimau.com/tips-cepat-hamil-mengandung/guna ovulation prediction kit, ovulation test boleh kesan kehamilan, pengalaman guna opk, cara penggunaan ovulation test strip, harga opk di farmasi

7 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. nice sharing!!!!
    new info!! izin share :)

    blog saya klik sini

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:03

    @naqiah silekan.. semua kat blog ni memang ditulis untuk umum..

    ReplyDelete
  3. ni kalau prepare time muda2 sebelum kawen nice ni. tapi hidup bujang,laki plak tu.manelah rajin nak ngikut sume2 ni. bedal je. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..laki xpe..asalakan jangan merokok..sudah..
      itu adalah nature yg tak baik utk diperturunkan kedalam gene anak ^_^

      Delete
  4. Terima kasih infonya, tips yang sangant berguna untuk pasangan yang ingin berkahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semoga bermanfaat

      Delete
  5. Humm!! teringat lah pula time mama sini hamil..anak sulung kami .

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.