Ini Cara Syu Melatih Anak Tabiat Memberus Gigi Sejak Bayi

Ini Cara Syu Melatih Anak Tabiat Memberus Gigi Sejak Bayi | Syu ada sedikit panduan yang ingin dikongsikan buat ibu-ibu melatih anak memberus gigi. Tips ni berdasarkan pengalaman Syu melatih Naufal (6tahun lalu) supaya "melekat" dengan tabiat memberus gigi setiap kali mandi. So jom tengok macam mana cara Syu melatih anak tabiat memberus gigi sejak bayi.



Berikut merupakan beberapa cara mudah melatih bayi menggosok gigi, cara Syu sendiri.


1. Mulakan menggosok gigi seawal gigi pertama kelihatan keluar menembusi gusi.
Yes, memang masa tu gigi masih terlalu kecil untuk digosok. Tapi tujuan utamanya adalah bagi membiasakan bayi dengan rutin menggosok gigi. Amalkan dua kali sehari pagi dan petang, pada waktu dan jam yang sama setiap hari.

2. Posisi yang ideal
Posisi yang paling selesa untuk ibu dan bayi, adalah letakkan bayi duduk di atas ribaan,dalam keadaan bayi membelakangi kita. Sokong dagu bayi dengan tapak tangan kiri, manakala jari telunjuk dan ibu jari menarik bibir bayi keluar. Gunakan tangan kanan untuk menggosok gigi bayi. Bagi bayi yang masih belum boleh duduk, letakkan bayi berbaring atas ribaan.

Klik video di bawah untuk menonton bagaimana Syu memberus gigi budak Hawraa semasa dia berusia 6 bulan. Masa ni gigi dia dah banyak dah pun.

<null>

3. Material untuk menggosok gigi
Pada permulaan, baby below 6 months, Syu gunakan kain napkin baru. Ambil hujung sudut napkin lembap, dan balut pada hujung jari, dan calitkan sedikit ubat gigi bayi (Syu guna Jordan Baby Toothpaste) pada permukaan napkin dan mula lah menggosok dengan gerakan membulat. Bila baby dah start makan makanan pepejal pada usia 6 bulan, Syu terus introduce berus gigi pada baby, sepertimana di dalam video tadi.

4. Persediaan mental
Walaupun bayi belum pandai bercakap, namun mereka boleh memahami kata-kata ibunya. So setiap kali hendak memulakan sesi memberus gigi, bercakaplah dengan bayi you all okay?

Penting. Ask for her permission untuk memeriksa dalam mulutnya! Beritahu apa yang hendak ibu lakukan, untuk apa dan mengapa supaya mereka lebih bersedia dan rela.

Dan itulah adab sebelum apa-apa nak dibuat ke atas tubuh "makhluk bernyawa" bernama al-insanun. Biarpun dia masih kecil or baby, tetap jua dia punyai hak selaku insan / manusia yang harus dihormati.


5. Pelajaran melalui tauladan
Bila bayi dah berusia 6-8 bulan, bayi sudah boleh duduk sendiri di dalam besen mandian, atau berdiri dengan berpaut pada sesuatu. Jadi kita dah boleh berikan sebatang berus gigi di tangan anak, sambil kita jadi model memberus gigi di depan mereka.

Tunjukkan yang memberus gigi adalah perkara yang menyeronokkan. Ibu juga boleh mendendangkan melodi lagu kesukaannya dengan menggunakan suara dalam, sambil menari. 

6. Galakan psikologi dan ganjaran
Syu selalu puji dan tepuk tangan bila setiap kali selesai sesi memberus gigi. Biasanya reaksi spontan Hawraa, dari menangis, dia akan berhenti menangis dan terus tersenyum.

Jangan sesekali memberikan ganjaran berupa makanan dan atau upah dengan susu! Bagi lah hadiah lain selain dari umpan makanan. Syu senang je. Syu upah berus gigi tu je. Bagi kat tangan dia. Itu pun dah cukup hepi dah dia main olok-olok gosok gigi dengan berus gigi tu. Hehe
Jadi inilah cara Syu melatih ketiga-tiga anak Syu dari Naufal, kemudian Nufael dan kini Hawraa pula. Alhamdulillah berkesan dan mampu lekat jadi tabiat sampai lah sekarang. Naufal sekarang dah 6 tahun, dan Nufael 4 tahun. So far gigi susu diorang masih intact. Tiada stain, tiada karies, dan tiada kaviti.(^_^)

Ramai menganggap gigi susu je, takpe. Nanti keluar gigi kekal baru lah jaga betul-betul. Wrong! Salah tanggapan tu ye.

Kalau gigi susu pun dah rosak dan rongak, kuman tunakan turut menjejaskan kesihatan gigi kekal yang bakal keluar nanti. Sebab gigi kekal pada waktu tu, dah pun terbentuk dan sedia ada di bawah gigi susu.  Tak caya, tengok gambar bawah ni.


Ini Cara Syu Melatih Anak Tabiat Memberus Gigi Sejak Bayi
Sumber : Facebook PQ community

Ini merupakan tengkorak kanak-kanak berusia 3 tahun. Seperti yang kita tahu, hampir setiap manusia mempunyai 2 set gigi iaitu gigi susu dan juga gigi kekal. Mungkin juga ada di antara anda yang tertanya-tanya bagaimana gigi susu boleh bergoyang dan digantikan oleh gigi kekal kan?

Lihatlah bagaimana benih gigi kekal tumbuh dari dalam rahang di bawah akar gigi susu. Gigi kekal akan tumbuh dan mengikut laluan yang “diarahkan” oleh akar gigi susu. Itulah salah satu fungsi gigi susu iaitu untuk menjadi panduan kepada gigi kekal tumbuh.

Ketika benih gigi kekal ini tumbuh, ianya akan menolak gigi susu yang berada di atasnya. Disebabkan oleh adanya daya tolakan ini, akar gigi susu akan “mereput” secara berperingkat. Semakin lama, gigi kekal akan semakin naik ke atas dan akar gigi susu pula akan menjadi semakin pendek.

Begitulah keadaanya bagaimana gigi susu boleh menjadi bergoyang dan kemudiannya digantikan oleh gigi kekal.

Ajaibkan ciptaan Allah? Dari tulang rahang yang padat itu boleh pula muncul gigi yang tumbuh dari dalamnya.

Jadi siapa kata gigi susu itu tidak penting? Tanpa gigi susu, maka hilanglah panduan yang menjadi penunjuk jalan untuk gigi kekal tumbuh.

Kerana itulah anda perlu menjaga gigi susu anak-anak anda dengan sebaik mungkin agar ianya tidak mudah rosak. Mereka masih kecil, so kita mak ayah lah yang bertanggungjawab mengatur tabiat dan amalan kebersihan mereka.

Sekian.

Entri berkaitan: Tips melatih si kecil menggunakan tandas | Potty Training

Ini Cara Syu Melatih Anak Tabiat Memberus Gigi Sejak Bayi

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Tips yg bagus. .Bole simpan dam rujuk balik nnt jika ada anak sendiri

    BalasPadam
  2. Thanks tips syu bagi. Boleh akak praktik dekat tufael pula. Baihaqi memang jenuh berkejar nak gosok gigi. Hai susah betul nak biasakan untuk berus gigi...hahaha

    BalasPadam
  3. Aida sgt pentingkan penjagaan gigi sejak anak kecik. Gigi susu pun mesti sihat dan bersih.
    Anak2 aida xde masalah gigi alhamdulillah...

    BalasPadam
  4. bagus tip yang di kongsikan...anak2 patut di pupuk dari awal supaya rajin memberus gigi

    BalasPadam
  5. mmg bagus sebenarnya melalui didikan seawal usia sebegitu, barulah nanti ada gigi yang cantik. :) terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini. :)

    BalasPadam
  6. Setuju Syu. Penjagaan gigi anak anak, kita patut dititik beratkan sejak mereka mula tumbuh gigi. Tentang kebersihan.

    Alhamdulillah. Ke 4 4 anak Ruby, tiada masalah gigi rosak dan berlubang. Syukur.

    Thanx Syu bagi tips ni

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, anak-anak nad tak sush nak berus gigi..mudah dan sennag..adik tengok kakak berus gigi dia pun nak ikut..mas akakak nad guna apps budak-budak untuk beru sgigi..so dia ikut aoa yang diaorng buat..

    BalasPadam
  8. bagus amalkan gosok gigi sejak kecil lagi. tak adalah bila umur 4-5 tahun gigi dah rosak. budak2 mmg liat bab nak berus gigi nie.

    BalasPadam
  9. Wah bagus ninkita didik dari kecil. Isu melibatkan penjagaan kebersihan diri memang x boleh pndang mudah mmg kena amik berat

    BalasPadam
  10. oh macam tu. kalau umur 11 bulan boleh tak pakai ubat gigi? anak saya da ada gigi, saya patut ajar dia jaga gigi awal2. sebelum ni tak tahu pun cara nak ajar anak gosok gigi. bagi dia berus gigi, dia main je. lepas tu malas nak bagi. haha

    BalasPadam
  11. Bagus anak diajar berus gigi dari awal.. macam TB lak.. lain jadinya.. haha.. anak memang suka berus gigi.. setiap kali cuci berak.. time tu la nak berus gigi.. 4x tukar pampers.. 4 x berus giginya.. mula2 rasa macam adoii.. tapi ada kawan kata elok la macam tu dari dia taknak gosok gigi lansung.. fuh.. start tu dah x kisah anak merengek nak brush our teeth .. (ayat yang dia suka sebut kalau nak berush gigi)

    BalasPadam
  12. Omg! Susah nak gosok gigi anak kan. Mouse mommy terus bagi MR dan MH buka berus gigi sendiri, rasa tektur tu, main olok-olok berus gigi ... mereka x nak mouse mommy pegang berus gigi, kononnya nak DIY berus gigi sendiri. Sabar je lah!

    BalasPadam
  13. Same way my parents teach me. They even teach me not be afraid of the dentist. Hehehe.

    BalasPadam
  14. akak sendiri akui susah nak ajar anak-anak memberus gigi.. hahahaha~ padahal benda tu fun kot.. akak pernah duduk sekali dalam bilik air, bukak youtube dokumentari pasal gigi rosak ( try cari nanti ) sambil borak2 kenapa kena berus gigi elok2.. hahahaha~ sejak dari tu anak-anak akak takut kalau gigi rosak.. adeiiiiiiiiiii..

    BalasPadam
  15. Setuju sgt. Penting jaga gigi anak since dari kecik. Bagus tips ni. Hehe

    BalasPadam
  16. Hahahah macam saya lah, memang sangat particular bab gigi ni, Azriel dari bayi lagi saya dah didik die memberus gigi. Budak2 mmg susah nak suh die berus gigi. Ape lagi altenatif llain guna napkin lah

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y