Penting! Penjagaan kesihatan oral ketika mengandung

Kenapa penjagaan kesihatan oral ketika mengandung ni penting? | Penjagaan kesihatan gigi dan mulut yang sempurna ketika mengandung adalah penting kerana perubahan hormon dan cara pemakanan ketika mengandung boleh menyebabkan risiko penyakit gusi meningkat. Kalau diikutkan, penjagaan dental sepatutnya bermula dari sejak mula-mula kita merancang untuk hamil lagi. Korang boleh baca artikel Dental Care & Pregnancy – sebagai panduan lengkap bagi bakal ibu dan para ibu muda dalam menjaga kesihatan oral.

penjagaan kesihatan pergigian ketika mengandung

Langkah penjagaan kesihatan oral ketika mengandung.

Ketika mengandung, perubahan hormon membuatkan gusi cenderung untuk bengkak dan berdarah. Keadaan ini bakal meningkatkan risiko penyakit seperti gingivitis dan penyakit-penyakit periodontal yang serius kerana keadaan gusi yang bengkak ini akan menggalakkan makanan terperangkap di dalamnya. 

Dipercayai, 18 daripada 100 kelahiran pramatang adalah disebabkan oleh jangkitan gusi. jadi, jangan sesekali korang pandang enteng pada masalah kesihatan pergigian masa korang mengandung okey?

Gunakan ubat gigi berfluorida
Disebabkan mengandung ni boleh mempengaruhi kesihatan pergigian kita, so mommies kena lah lebihkan penekanan terhadap kebersihan oral tu sepanjang tempoh mengandung. Disarankan agar mommies memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida bagi membantu menguatkan gigi. 

Selain tu, dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan, baby dalam perut dah mula membina tulang dan gigi. Jadi, fluorida ini dapat membantu baby korang develop gigi yang kuat dan sihat.

Jangan tinggalkan amalan mencuci celah gigi dengan menggunakan flos.
Ketika mengandung, gusi mommies akan jadi lebih lembut serta bengkak dan ia menggalakkan sisa makanan mudah terperangkap di celah antara gusi dan gigi. Jadi, amalan memflos gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dapat membantu mengelakkan masalah gusi yang lebih serius. 

Gunakan berus gigi lembut atau sederhana lembut untuk memberus gigi dan berkumur dengan cecair pencuci mulut tanpa alkohol setiap kali selepas memberus bagi meneutralkan asid gula di dalam mulut.

Prosedur memutihkan gigi.
Rawatan pemutihan gigi adalah tak digalakkan sepanjang tempoh mengandung. Walaupun tiada kajian yang menunjukkan bahawa rawatan pemutihan gigi berpotensi membahayakan kandungan, namun para doktor gigi bersepakat untuk menangguhkan rawatan pemutihan ini sehingga baby dilahirkan. Namun, korang boleh juga memutihkan gigi secara alami dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur korang. Antaranya:

- Campurkan serbuk soda penaik, dengan beberapa titis jus lemon menjadi pes pekat, dan gonyoh ke atas gigi korang secara lembut.

- Sediakan skrub gigi dengan melenyek sebiji stawberi, garam dan soda penaik. Asid malik di dalam strawberi bertindak menyingkirkan kesan kuning dari kopi dan teh yang lekat pada permukaan gigi.

- Kumur mulut dengan 15ml minyak tanak (minyak nyior) atau minyak kelapa dara. Asid laktik yang terkandung dalam minyak kelapa bukan sahaja mengurangkan kesan kuning gigi, malah ia juga boleh membunuh kuman di dalam mulut.


Prosedur rawatan dental ketika mengandung. Selamatkah?
Jika korang memerlukan rawatan pergigian, seeloknya tunggu selepas trimester pertama. sebab masa tiga bulan pertama tu, organ penting baby sedang terbentuk, jadi lebih baik kita elakkan je sebarang prosedur yang mungkin berisiko terhadap perkembangan janin. 

Syu pun, lepas booking buku pink pada minggu ke-9, memang kena buat pemeriksaan gigi. Tapi temujanji untuk buat rawatan tampalan adalah pada minggu ke-13 kehamilan Syu. Lagipun, masa tu jangan letak pape lah dalam mulut. Confirm aku muntah haha..mabuk terok!

Prosedur X-ray ketika mengandung?
Sebaik-baiknya, pengambilan imej dari sinar-x patut dielak ketika mengandung kecuali dalam keadaan kecemasan. Sekiranya keadaan di mana x-ray perlu diambil, pemakaian apron berplumbum diwajibkan untuk melindungi bayi dari sinaran-X.

Sekiranya berlaku jangkitan, boleh kah ibu mengambil antibiotik?
Ada sesetengah prosedur pergigian, jika melibatkan abscess atau gusi membengkak dan sakit, doktor gigi mungkin akan memberikan antibiotik. Terdapat beberapa antibiotik kategori B yang dikira selamat diambil ketika mengandung seperti Penicillin, Amoxicillin dan Clindamycin. [disemak : MIMS]

Boleh kah penyakit periodontal menjejaskan kesihatan bayi?
Seperti yang dinyatakan di atas, penyakit berkaitan pergigian boleh meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang dan kurang berat badan. Selain itu, setelah bayi dilahirkan, tahap kesihatan oral ibu yang tidak memuaskan bakal mendedahkan bayi kepada risiko penyakit pergigian. 

Kuman-kuman dari mulut ibu mudah berpindah melalui perkongsian sudu, ciuman, menhancurkan makanan bayi di dalam mulut ibu, dan hembusan bagi menyejukkan makanan sebelum menyuap bayi.
Apa kata Mamy Syu
Kesihatan oral adalah sangat penting dari apa pun ketika mengandung. Risiko berlakunya "pregnancy tumor" atau epulis adalah tinggi bagi ibu yang mempunyai poor oral hygiene. Selain itu, faktor perubahan tabiat pemakanan seperti mengidam makanan yang manis-manis dan juga memakan asam boleh menyebabkan gigi terhakis dan berlubang. Paling penting, jangan lupa untuk lakukan lawatan ke klinik pergigian untuk pemeriksaan gigi di peringkat awal kehamilan

check gigi  jumpa doktor gigi ketika mengandung
Sekarang ni pun KKM dah memasukkan satu section khas pemeriksaan pergigian ke dalam buku rekod kehamilan

Jangan lupa dapatkan juga khidmat nasihat doktor tentang penjagaan kesihatan pergigian ketika mengandung. Kadang tu, kerosakan gigi dan penyakit gusi tu berlaku bukan bermakna kita ni ibu yang pengotor, tapi mungkin faktor alahan di awal kehamilan tu yang menyebabkan kita mengurangkan tempoh memberus gigi, atau pendek kata kita hanya memberus gigi secara ala kadar je sebab morning sickness yang teruk. So jangan malu-malu nak bertanya. Takde siapa yang akan kecam korang kat sana ^_^

Semoga bermanfaat buat mommies semua.

.

Catat Ulasan

0 Ulasan