Sambung Menyusu Bayi Selepas Susu Badan Kurang

Teringin menyusu semula bayi atau relaktasi? Relaktasi secara ringkasnya bermaksud, menyambung semula penyusuan susu ibu selepas putus susu selama beberapa bulan. Relaktasi biasanya dilakukan dengan dua cara iaitu dengan menyusukan semula bayi secara direct feeding dan eksklusif tanpa tambahan dari susu formula.

Menyusu semula atau relaktasi? Untuk apa?


ibu susu ubud, relaktasi-teringin-menyambung-penyusuan-selepas-berbulan-susu-badan-kering
Relaktasi | Teringin menyambung penyusuan bayi selepas berbulan-bulan susu badan kering?

Mengikut ulasan kaunselor laktasi, Puan Siti Nur Suraya menerusi temubual dari majalah PaMa, kebanyakan ibu-ibu muda dan berkerjaya biasanya kurang ilmu dalam penyusuan. Maka mereka cenderung memperkenalkan susu formula kepada bayi mereka seawal minggu pertama kelahiran. Perkara ini hanya mengundang masalah kekurangan susu badan kerana kurang nya rangsangan hisapan dari bayi.

Kebanyakan ibu-ibu dalam kelompok ini mengaku bahawa mereka ingin rasai kepuasan menyusukan anak sendiri dan mula membuat pembacaan dan kajian bagaimana cara untuk menyusukan semula bayi masing-masing.

Bila harus memulakan relaktasi?

Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk

Berapa tempoh relaktasi akan berhasil?

Pakar menyarankan 2 minggu untuk bersama bayi sepanjang proses relaktasi. Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti. 

Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka. Dalam sesetengah kes mereka hanya mengambil masa 2 mingu bagi menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu di tambah dengan susu formula.

Bagaimana nak melakukan relaktasi?


• Dapatkan khidmat nasihat daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah 
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi setiap dua jam sekali
• Pastikan babyi menghisap direct pada satu-satu payudara minimum 15 minit atau lebih
• Offer payudara sebelah lagi jika baby kelihatan seperti ingin menyusu lagi
• Pastikan selepas menyusukan bayi, perah kedua-dua belah payudara dengan pam elektrik selama 30 minit. SEBAB: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu makin meriah sekiranya payudara dikosongkan hingga ke titisan terakhir.
• Ibu digalakkan melakukan power pumping sekitar jam 12 pagi – 6 pagi. Kemudian pam juga setiap kali selepas menyusukan bayi dalam tempoh tidak kurang daripada 20 minit.
• Kalau baby terlampau lapar dan marah, beri dia sedikit susu formula dalam 1 oz untuk alas perut dengan menggunakan cawan kecil. Kemudian sambung  penyusuan dari payudara semula.
• Jangan beri pada baby korang puting bodow (pacifier) mahupun botol. Sebab baby perlu lebih banyak melekap pada payudara ibu bagi menjayakan proses relaktasi, bukannya dengan menghisap puting bodow.
• Panduan : Sepanjang dua minggu bersama bayi, direct feed baby korang di samping mengepam. Susu yg dipam akan disimpan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Susu perahan yang perlu ditinggalkan adalah lebih kurang 12 oz – 18 oz dalam tempoh 10jam bayi ditinggalkan.

Teknik Kangaroo Care dalam menjayakan proses relaktasi

• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu 
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Tips Mengekalkan Penghasilan Susu Selepas Mula Bekerja

• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang dan jangan stress
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari


Macam mana saya nak tahu anak saya mendapat susu yang cukup?

• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.


Alternatif lain untuk relaktasi?

Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, buah kurma, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman malt.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil tahan muntah seperti Domperidone yakni Motilium™ atau metoclopramide, Maxolon™ dibawah preskripsi doktor. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Info yang baik... Yang penting kena kuat semangat dan disiplin untuk relaktasi ni...

    BalasPadam
  2. Macam mana pula kalau bayi ni menolak utk menyusu badan ehh kerana dia dah terbiasa menyusu botol..macam mana nak buat n memujuk bayi tu menyusu badan semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk permulaan, boleh perah guna pam, dan beri menggunakan botol. Kemudiam, malam2, bila dia terjaga, nak susu, jangan bagi botol. Cuba offer breast. Biasanya dlm keadaan mamai2, baby akan isap juga.
      Paling penting, supply susu kena maintain. Pam 2-3jam sekali hingga breast kosong. Good luck

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y